Wednesday, October 27, 2010

DACING...OH DACING!!

HOOOPPPPP...HOOOPPPP!!!
JANGAN LARIK DULU!
TGK NI:


Haaa... hish..asal sebut dacing ja, ingat politik...asal sebut dacing ja..ingat politik.
Takde kene mengene ye.
=)

Satu lagi perkongsian hasil dari kursus Fitrah Perkasa yg baru dihadiri:

Cube kau perhatikan dacing2 ini.

Senang cite gini la. Aku dh post mende ni kt FB.
Soalannye berbunyi begini:


Dan ini jawapan2 yg aku terima kt FB.
Tak ramai yg respon.. Tak besh la uols ni!! =(
Anyway, thanks for those who responded! =)



Dan nak tau apa jawakpangnye??
Haa...neves la tu..neves la tu..

JRENGG!! (aku copy paste jwpn yg aku karang utk FB =) )

************************************
Assalamualaykum.

Seperti yg dijanjikan, sy akan bg jawapan pd keesokan harinya kan?
Tapi disebabkan esok mau ke ipoh slps kerja, maka sy post jgk jawapan ni sekarang. Alhamdulillah, smpat jugak menulis.

Ok.

Sebelum tu, mari kita recap balik soalan td.

Antara pilihan A, B, C atau D.. mana satu yang sepatutnya.

Dimana pilihan yg ada adalah seperti berikut:

A: Dunia dan Akhirat perlulah seimbang. 50%-50% la.. (12J utk D, 12J utk A)
B: Akhirat mesti perlu lebih ditekankan berbanding Dunia. Hish, alim la sket.. appada.. (14J utk A, 10J utk D)
C: Dunia mesti perlu lebih dari Akhirat. Realistik la sket.. kite kan hidup kt dunia.. (14J utk D, 10J utk A)
D: Dunia dan Akhirat, dua2 pun mesti kene PULUN habih2.. bersungguh2.. tu ha.. smpai nak patah dah dacing tu
(emm...14J utk D, 14J utk A)

Fyi, persoalan ni sy dapat masa mhadiri kursus baru2 ni..

Semasa mdapat soalan ni,
Kami ada 6 kumpulan. Antara kami, 4 jwb A, 1 jwb C, dan group kami pilih D.

Alasannya berbagai.

Utk yg pilih A, macam yg korang agak jugak kot..
Dunia Akhirat mestilah seimbang kan..hujah mereka pun begitu.

Utk yg pilih C tu, mereka ni memilih utk sincere. Mereka pilih based on apa realiti sekarang.
Manusia mengejar dunia dan meninggalkan akhirat (huh, tak ikut arahan dorang ni! Ust tanye, mana yg sepatutnya..
bkn apa yg berlaku skarang --> SALAH. PANGKAH 2 kali!! ---> hehe, ni sy ckp dlm hati time dorang bg hujah :p)

Manakala kump kami pilih D.
Hujahnya seperti yg pilih A, tp bg kami, kedua2 nya perlu kesungguhan. Sangat bersungguh.
Bekerjalah kamu seolah2 kamu akn hidup selama2nya. Dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya.
Begitu lah hujah kami. Maka, kedua2 nya perlukan kesungguhan. Tu yg dacing smpai nak patah tu. he

Lepas mendengar hujah2 kami,
Maka ust pun bg jawapan sebenar.
But before tu kami kene 'smash' la dulu..
Ust kate, "ish ish ish..kalau beginilah jawapan kamu semua...maknanya, IMAN kamu masih bermasalah. kursus ni
tak masuk betul lagi la ni.."

Kami pun...NGENNGGGG!!! Hah?? Ingatkan dah terer la berhujah td tu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KAWAN2 NAK TAU APA JAWAPAN USTAZ??

Ust tanya.
Bila disebut DUNIA, apa yg kamu nampak?
Apakah amalan utk DUNIA?
Adakah pekerjaan kamu itu kamu katakan urusan DUNIA? Adakah kamu makan dan kamu minum itu kamu katakan urusan DUNIA?
Adakah menonton TV, melancong, berhibur itu kamu katakan urusan DUNIA??

Dan bila disebut AKHIRAT, apa yg kamu nampak?
Apakah solat itu kamu katakan urusan AKHIRAT? Apakah sedekah itu kamu katekan urusan AKHIRAT? Apakah puasa itu
kamu katakan urusan AKHIRAT?

Selagimana kamu membezakan antara perbuatan ini --> DUNIA, perbuatan itu --> AKHIRAT,
selagi itu kamu masih dikuasai pemikiran ---> SEKULAR.

OK.
Sekarang saya mau bertanya kepada kamu.
Beritahu kepada saya, apakah perkara yang dilakukan kamu seharian, yang terlepas dari perhitungan ALLAH SWT?
Adakah perkara yg dapat kamu sorokkan dari ALLAH? Adakah yang kamu katakan urusan DUNIA itu, ia tidak dihitung
Allah? Dan adakah hanya urusan AKHIRAT itu yg dihitung Allah?

Jadi.
"ZRUUUUPPPP.....ZRAAAAAPPPPP" (ust pangkah jawapan kami yg kt depan whiteboard. Erk..)
Kesemua ini adalah pemikiran SEKULARISME.

Jadi apa yg sepatutnya?

Sekarang, utk memberi jawapan, kita tak boleh guna dacing ni.
Dacing ini TAK BOLEH PAKAI! (jgn dipolitikkan ek...ingatt.... ;p)

Utk jawapannya,
Kita tak boleh pakai dacing lagi.

Kita perlu guna,


Dimana segala amalan kita, perbuatan kita, percakapan kita, walau sekecil zarah pun ia,
dimasukkan dalam satu bekas, dan dihitung. Segalanya dihitung all in one!
Tidak langsung dibezakan, mana satu amalan DUNIA, mana satu amalan AKHIRAT.
Kerana apa saja yg kita lakukan selama kita hidup di dunia ini, segalanya dihitung di AKHIRAT kelak.
(hebat dak aku lukis?? berbintang2 segala..fuhh!!)
-------------------------------------------------------------------

Ok.
Setakat ini sahaja perkongsian sy utk hari ni.
Semoga mendapat manfaat.

Wassalam.
=)
******************************************

Ok. Itu sahaja perkongsian hari ini. Semoga mendapat manfaat bg sesiapa yg membaca.
=)

3 comments:

Teku said...

kan dacing dah lama kena & perlu ditolak?? ust ni pandai ni. ada implicit & explicit meaning ni...

Xiet_Enigma said...

Woit, tak aci cek tertinggal kuiz ni kat pesbuk (mcmla aku ada pesbuk.haha)

1st: komen lukisan dulu : Boleh la cantek,byk improvement....sama taraf dah ngn aaron. OK sangat la tue. Hehehe

2nd: Ustad tu yg salah!

cth:
Jie:Iman dah makan?
A: Dah
B:Belum
Iman: Iman makan kat Warung Ali tadi

So apa kaitan contoh tu ngn ustad tu?
Hehehehe

~ I M A N ~ said...

Sebenarnye ust tu yg betul.
Kuiz aku yg SALAH..
haha

Patutnye selepas D tu, ada 1 column kosong. Tp ust tak tulis E kt column tu, thats why kami tak pilih yg selain A-D tu..

Pastu, time aku nak luis plak, aku lupe meninggalkan satu column kosong di bawah itu bagi mberi ruang kepada pilihan E.
W.bagaimanapun, kak wany jugak terer.
Sbb die boleh nmpak column E yg invisible itu..
aku pun pelik.

Lepas aku dah siap lukis, br aku prasan xde ruang utk E, tp..takkan nak lukis baru??? gigil tangan weyh.. maka, aku teruskan je post gmbr tu.hehee..

lagipun, saje je nak uji kepekaan org..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...