Showing posts with label Profession. Show all posts
Showing posts with label Profession. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Puasa Versus Injection

Taktau nak taruk tajuk apa.

Tapi hintnya gini la.. "Laa..nak puasa apanya..makcik dah kena cucuk dah tadi.."

Semasa mendispese ubat:

Situasi 1:

Pharmacist: Makcik puasa dak hari ni? (tanya tu sebab ada perbezaan explanation kalau dia tak puasa)

Makcik dan suaminya: Hish..puasa apa nya.. dah kena cucuk dah ni.. (IM Stemetil, utk pening)

Pharmacist: Laa..makcik, cucuk ubat tak membatalkan puasa makcik, selagi yang makcik cucuk tu bukan makanan atau supplement nak tambah tenaga atau sebagainya..

Makcik: Laa..tu ka.. ingatkan dah batal.

Pharmacist: Makcik dah makan belum? Kalau belum, teruskan la puasa kalau larat. Kalau tak larat makcik boleh buka.

Makcik: Oo..ok2.


Situasi 2:

(semasa dispense insulin)

Pharmacist: Ubat ni cucuk setengah jam sebelum makan na makcik. Kalau bulan puasa ni, setengah jam sebelum sahur, setengah jam sebelum berbuka la na.

Makcik: Haa tu la yg makcik nak tanya.. macam mana nak cucuk sebelum berbuka? Waktu berbuka tu tak payah makan lagi ka macamana? Cucuk dulu?

Pharmacist: Bukan, makcik kena cucuk agak2 setengah jam sebelum azan. Makcik kena sediakan insulin siap2 dalam badan, nanti makcik nak makan byk ni, tak dan insulin nak cover.. (nada gurau)

Makcik: Cucuk sebelum azan? Tak batal puasa?

Pharmacist: Tak makcik, boleh. =)

Makcik: Oo..ingatkan batal. ok.

Nota:

Kalau anda kena inject (faktor kesihatan), inject insulin(diabetics pts), sedut inhaler (bg asthmatic pts), masukkan ubat titis mata or telinga or hidung (faktor kesihatan), atau ambil darah/derma darah, atau cabut gigi, tampal gigi -->PUASA ANDA TIDAK BATAL.

Anda boleh teruskan berpuasa, selagi mana anda rasa boleh tahan.

Kalau rasa tak berdaya nak puasa sebab faktor2 kesihatan ini, maka anda DIBOLEHKAN BERBUKA PUASA kerana anda dalam kategori yang dibolehkan untuk tidak berpuasa (kerana sakit). Tapi, perlu digantikan (qadha') pada bulan2 yang lain.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk BERPUASA.

Firman Allah:

“(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Q.S Al Baqarah, 2:184)


Mohon sampaikan pada sanak saudara, sahabat handai yang lain juga. Mungkin ada yang masih samar. Wallahua'lam.


p/s: Boleh rujuk sini juga untuk perbincangan lanjut.


Sunday, May 8, 2011

Projek Inovasi.. (dalam proses) :p



Kami Unit Farmasi diberi tanggungjawab untuk menghasilkan 1 projek inovasi untuk Hospital Baling.

Tajuk projek: Rahsia.
Faedah: Rahsia.
Perbandingan sebelum dan selepas: Rahsia...

Semuanya masih..... RAHSIA.

Tak boleh bagi tahu lagi, nanti orang lain tiru. (hehe..mcm best je idea.)
Tunggu kami dah present nanti, baru boleh ditayangkan di sini..mana tau, korang pun takjub ngan idea ni.. (bajet..mari kita bajet hebat..ngahaha) Gurau je!






Okay. sudah. ini sekadar iklan sahaja dahulu.

p/s: Aku nampak beriya di situ, sbb projek ini aku yg bagi idea (NO.. actually idea asal dari my staff.) Jadi, aku yang dipertanggungjawabkan untuk buat product (bersama Tini) manakala kertas kerja, kawan2 lain yang buat.. semua ini pegawai yang kena buat tau.. kejam betul. tempat lain pembantu farmasi yang buat.. tp kat sini boss nak pegawai yang buat..

KYMP =(

Monday, April 4, 2011

Productivity


P = Productivity
O = Output
I = Input

Aku belajar konsep ni time pergi satu kursus yang lepas.

Simple je.
(As usual, theory..memang la simple. Tp implementation tu yang selalu problem tu.)

Ini antara konsep yang digunakan oleh Human Resource Department untuk menguruskan syarikat masing2 dan memastikan prestasi syarikat berada di tahap yang meningkat, atau kalau tiada peningkatan pun, mungkin bagi memastikan tidak mengalami kerugian.

Okay, mari berpraktikal secara theory (huh??? ape2 je lah kak limahhh)

********************************************

Situasi A: Kalau pendapatan syarikat (output) korang berkurangan, apa korang nak buat??(Ini adalah situasi di mana output adalah pendapatan)
-
-
-

TEETTTTTTT..masa dah tamat.

Skema jawapan (a.k.a jawapan aku):
Kurangkanlah pekerja (input). Atau kurangkan penggunaan input2 lain (eg: elektrik, air, paper, atau mudah cerita..kurangkan pembaziran). Atau sekiranya ada byk kedai, kurangkan. Tutup mana kedai yg nampak tak memberikan hasil yang sepatutnya. Dari situ blh kurangkan pengeluaran wang pada perkara yg tidak mdatangkan keuntungan.

Cut off bonus. Jangan bagi bonus kat depa (huhu...kejam!). Kalau dulu hantar kursus di hotel2, sekarang hantar saja mereka berkursus di dewan kolej2 tertentu tanpa perlu bermalam (pergi-balik setiap hari okay. tak kira jauh mana rumah pekerja anda). Bagi depa makan MENU SIHAT. So boleh cut bajet di situ. Begitulah kekejaman yg perlu anda lakukan.

Oleh itu, anda boleh maintain tahap productivity supaya ianya tidak jatuh dan mempengaruhi prestasi syarikat anda.

So theory bukan?? hehe. (ok, perenggan kedua tu dh dipraktikkan..huhu)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Mari cuba yang kedua pulak.

Situasi B: Kalau korang punya dana (input) sedikit. Apa perlu korang buat adik2 kakak2 abang2 sekalian??
(Ini adalah situasi di mana dana sebagai input. Sbb output anda adalah Jamuan (sbg contoh))
-
-
-
TEETTTT... dah. tak boleh tiru yg atas la. situasi berlainan.

Skema jawapan:
Kurangkanlah output.
Walaupun kadangkala kita ingat output yang banyak itu, menunjukkan lebih produktif, tetapi ia tidak semestinya benar. Perlu pada tempatnya. Kalau tinggi output tapi tak berkualiti, apa maknanya semua itu?? apa maknanya??? (buat2 emo)

*********************************************


Ok. sekian.

Ada sesiapa blurr dalam kisah ini??

Hm, mari aku explain dgn lebih lanjut dan jelas.

Al kisahnya begini.

Tadi kami meeting bulanan. Ada satu isu dibangkitkan.

  • Isu: Duit dana yang dikumpul setiap bulan nampaknya tidak cukup bagi menampung bermacam2 jamuan yang kita adakan setiap tahun. Oleh itu, dicadangkan supaya kutipan asing di buat sekiranya nak buat jamuan2 seperti jamuan birthday, beli hadiah birthday, jamuan perpisahan, jamuan raya, jamuan raikan student, etc.

(see??? banyak tak jamuan kami?? tu tak termasuk jamuan bulanan lagi tu..tp itu excepted sbb tak guna duit dana. Itu unit masing2 pakat2 kutip sesama mereka)

  • Masalah: Bila cakap pasal kutip duit, tahu2 sajalah... siapa suka? Masing2 berat untuk menyokong cadangan tu. Macam2 idea keluar untuk memastikan jamuan2 tu dapat diadakan juga. Tapi yang aku nampak, tak penting pun jamuan2 tu utk nak diadakan. I mean, bukan lah priority. Kan dah ada jamuan bulanan? Tp kami kt farmasi ni mmg kuat makan. Tu sbb susah nak terima kenyataan 'kurang jamuan' tu.

Untuk kumpul duit orang berat. Untuk guna duit dana, duit tak cukup. Tapi masih taknak mengalah, nak jugak jamuan2 tu.

Last2 kawan aku bersuara. Dia keluarkan konsep ni.

Input kurang, so output pun mesti la dikurangkan. Duit kurang, jamuan perlu dikurangkan. Tidak bermakna tak sambut besday, tak sambut jamuan raya, tak buat semua2 seperti di atas. Tp why not kita join venture ngan unit yg buat jamuan pd bulan2 tertentu tu? (harap maklum: idea join venture ni org lain yg keluarkan dulu tp dia mcm tak konfiden dan org lain tak dengar. so kwn aku amik idea tu dan perkukuhkan dgn hujah2 productivity ni.)

Pastu dorang setuju. (logik kot)

Bos (yg nmpaknya tak berpuas hati) berkata, "ok kalau mcm tu nayala sapa punya turn yg nak join venture tu. Kena buat grand2."

"We dont have to make it grand. buat mcm biasa la.. cuma kalau perlu nak tambah beli kek ka... apa ka, baru guna duit dana. Sikit2 je, tak perlu banyak. Kalau dulu makanan semua kita guna duit dana, jadi kat sini kita dah cut off bajet dari segi tu. Banyak tu blh jimat." katanya (semua dialog dalam bhs malaysia. sbb dia tu tak reti speaking ;p)

Pastu semua orang bersetuju. Dan bos terpaksa bersetuju. hehe.

Ok. Itu lah yang nak disampaikan dalam Situasi B di atas.
Sekarang ada paham??


p/s: Main bantai je mengaitkan konsep ni dengan isu di atas. Tapi macam logik je.. hermmm =)

Saturday, February 19, 2011

Hepibesdeituyu IMAN!!! =))

Hehehe..

Belum lagi da..
Tapi celebrate siap2 sbb minggu yg sepatutnya tu aku out station..huhu

Celebration dibuat bersama-sama geng hospital. Syaratnya berbunyi begini:

1. Sapa-sapa punya birthday, kami akan kumpul duit bg hadiah (bayaran setiap sorang telah ditetapkan).
2. Tuan punya birthday kena belanja makan besau.

Best dak? Best kan? kan? ...... KANNNNN???? (haa..baik korang kata best!)

Jadi yang pertamanya adalah turn aku. Dan aku memilih untuk makan-makan di pizza memandangkan ada menu baru (yg dah lapok jugak la, sbb aku dah lama tak makan mende ni..huhu). Maka, kami sepakat pergi PizzaHut yg terletak di Sg Petani, yg jaraknya lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. (huhu, nak buat camner, kt baling ada KFC ja..sob sob sob).

Disebabkan nak pergi ramai-ramai, maka aku datang kerja hari khamis tu bawa Avanza bg membolehkan semua menyumbat dalam 1 kereta. Kami 7 orang saja.

Lepas kerja hari khamis, kami terus bertolak beramai-ramai ke destinasi tujuan.

**************************************

Berikut adalah sedutan peristiwa kami di sana:

Kehadiran kami disambut oleh sorang minah n sorang amoi dengan senyuman yang manis sekali.

Ini mereka. Eh, amoi tu skali ke? Ingatkan penyambut tetamu tadi..hehe.sorry.

Inilah menu baru yang aku cakap tu. Sedap. Krupp krupp bile makan.

Ya ampuun...dia ni pun skali ke dlm group ni??? Hehe..memandai je aku cakap dorang ni penyambut tetamu. Muka dah layak dah tu.. (muka manis.. *okeh, semua dibenarkan muntah.silakan)




Cik Loh n Pn Akma =)

Tak. Tak. Saya tak tamak. Dorang yang letak manyiak-manyiak atas pinggan saya.. =(
(siapa 'Saya' itu dirahsiakan)

Rasanya time ni cameraman cakap sila bersedia, tp semua orang tak endahkan dia. Kesian.
(Cameraman adalah orang yg tiada dalam gmbr, dan bukan juga Loh)

|
|
|
V
Tiba time bayar.


Korang tau tak satu perkara?

Kalau kita bayar ala-carte guna Maybank card, dapat discount 30% wa cakap lu..
Hebat bukan??

(BUAT MUKA TERKEJUT, PELIIIIIISSSSSSSSSS!!!!)

*****************************

So, nak tahu tak apa hadiah yang aku dapat??

Haaaaaa....

JERENGGGGG!!!

Suka sangat tau!!

=)

Saturday, January 29, 2011

Pharmacist or salesgirl???

Pharmacist Oncall menuju ke ward dgn bergaya sekali. Tp dia tak pakai uniform mahupun nametag. Ada 3 patients utk diberi kaunseling tentang cara penggunaan inhaler.

Pharmacist: Assalamualaikum. Pakcik mcmana? Ok tak? Saya peg farmasi. Datang utk ajar pakcik guna ubt ni..(dgn rianya dia perkenal diri. Tp pakcik tu mcm nak taknak pandang dia)

Pharmacist: (msh tak berputus asa dgn ke'ignore'an pakcik). Pakcik pernah pakai ubt ni? (Smbil bgaya mcm model iklan ubt gigi yg tgh dok tunjuk produknya dgn senyuman manis).

Pakcik: Ubt apa ni? Tak. Tak. Tak pakai la ubt ni..(masih tak bminat. Macam mengelak utk pandang pharmacist tu)

Pharmacist: (aduh,siap..pts taknak bg kerjasama pulak..mcmana nak pujuk ni?) Pakcik, pakcik kan ada penat (term org kampung untuk 'asma'). Pakcik kena pakai ubt ni. Bla bla bla..(dia explain psl asma dan kenapa pakcik perlukan ubt ni).

Pakcik: Okla. Berapa tu satu? (pakcik tu malas cakap byk)

Pharmacist: eh,tak payah bayar ni pakcik..ni ubt hospital bagi. Doc suruh pakcik pakai yg ni sbb penat pakcik masih tak ok. Ni saya mai ni nak ajar pakcik pakai la. Pakcik tak pernah guna kan?

Pakcik: (kelihatan masih keliru.)

Tiba-tiba anak pakcik yg berada di sebelah pakcik yg td hanya jd penonton drama ni bersuara, seolah-olah dia pun br faham kenapa bapanya beriaksi begitu.

Anak pakcik: Ooo..dia ingat nk datang jual ubt ni.. Ayah, ni org Farmasi ni.nak ajar guna ubt. Bkn nk jual ubt..(cakap dgn kuatnya sbb dia kata ayah dia tak brapa nak dgr).

Pakcik: Oo, bkn nk jual ubt? Ingat ka nak jual promote ubt td.. tu sbb tak mau nak dgr tu.. org bisnes ni ckp memang pandai..

Pharmacist: Lohhh..pakcik dok igt saya nk jual ubt ka.. patut tak mau nak layan. Saya dah pening dah macamana nak ckp dgn pakcik..

Semua (plus org2 katil sebelah): hahahaha..(eh,tetiba ada pelakon tambahan..sapa nak byr???)

Pharmacist: (Dalam hati, "ceyttt la pakcik.huhu").(Lalu br boleh ajar pakcik tu satu persatu. Tp malangnya berapa kali ajar pun pakcik msh xdpt demo dgn betul. Kesian. Tangan dah xkuat utk press ubt, plus poor inhalation technique. So recommend penggunaan aerochamber. Minta anak dia cari kt Farmasi luar)

Moral of the story: Datang oncall sila pakai pakaian formal ye (ini my colleague ckp. Tp i tak agree sgt). Aku rasa, moralnya ialah sila pakai whitecoat bila nak masuk wad. Otherwise pts will think that u're nobody and the worst case, jd mcm cerita di atas. Huhu.

Kalau case oncall,sila pakai nametag or cilok jap whitecoat colleagues yg depa tgl kt ofis..hehe

posted from Bloggeroid


Ada rupa salesrep ke mcm ni?? Sangat mcm nak pergi pasar malam kot. Salesrep pakai sgt skema dan smart okay.. Eh btw, psstt..psstt.. ngumpat sikit. Doc lg pakai selekeh kot.siap selipar jepun lg..hrp stethoscope kt tengkuk je org blh kenal itu doc.oh, i mean doc kt my hospital la. Hospital lain tak..(ayat cover siap2 in case dr.maria ulfa terbaca post ni.. :p )

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 19, 2011

Entry mengada-ngada nak perasan. Jangan baca.




Saja nak letak chit-chat dengan CH kat fb..sesi luahan perasaan..kelakar dan terharu.. especially when he said, 'u r great actually, we admire u' HAHAHA...gurauan yang sgt menjadi.





Haha..takde apa-apa pun yang special..org cakap dah jangan baca..nak baca gak.. kan dah tercengang-cengang...

Sesi meluahkan perasaan pasal kerja.. =)

Tuesday, December 21, 2010

Ada mimpi dak? ada mimpi dak?

Huhu..
Ni cerita time aku dispense ubat hari tu.

Ada suatu-suatu hari tu kan(ni gaya anak sedara aku bercerita), aku nk dispense ubat pada sorang patient lelaki ni.. umor around early 30 la..

Pts: Ada mimpi dak?

Aku: Ermm?? (lantas tgk nama ubat..'oo, PSY. ok' --> lantas menjawab) Ohh..mestila ada. (Sj nak melayan, kadang2 kelakar gk dorang ni).

Pts: Ada? (dia excited) mimpi apa? mimpi apa? Cerita la..cerita la..

Aku: (hah, siap. Pts ni nk cakap merapu ke ni?? mati aku..Tak boleh dilayan ni) Ok, ubat ni makan bla..bla..bla.. (explain ubat n cara makan).

Pts: Ala...ceritala, mimpi apa? mimpi apa? brapa? brapa? (bersungguh dia tanya)

Aku: (hishh, pts ni dah nk mula mengarut kot..brapa apa lak? takbley layan ni) Ok encik, dah habis na.. sy nak pgl org lain pulak ni (tanpa melayan soalan pts tersebut).

Pts: Alaa.. bgtau la.. (masih merayu)

Aku: (dah takut). Encik, bg lalu skit..sy nak bg ubat kt pts ni pulak (aku dh pgl next pts)

Pts: Alaa... (kecewa)

Dan pts tu berlalu keluar..

Aku bgtau kt kawan seblah,

Aku: Tau tak pts tu cakap apa?

C.Sue: Cakap apa?

Aku: Dia dok tanya bla..bla..bla.. (bc balik dialog kt atas, aku cerita mende tu la kt c.sue).

C.Sue: (gelak) La..hg tak tau lg ka? Dia mmg setiap kali amik ubat mesti tanya menda tu.. slalu dia tanya, "Mlm td mimpi no apa keluar?". Tak pun, "Smalam mimpi dak? no apa? no apa?"

Aku: Lahh, ya ka..Ya Allah..sy dok ingat dia nak cakap mende merapu2 sbb tanya pasal mimpi kan..huhu. Ni mesti gila sbb dok main no ekor la ni kan... na'uzubillah... haishhh...

C.Sue: huhu..ye la kot.

Patient tersebut org Melayu (kemungkinan besar, Muslim)... na'uzubillahi min zalik...

Pakcik..oo pakcik..bertaubat la pakcik ooo.. (sekadar gambar hiasan)

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Al Maa-idah (5) : 90].


Friday, December 3, 2010

Semangat methadone!

(Gambar sangat tiada kena mengena dgn cerita)


Semalam 2hb.

Time di ofis, time tgk jadual on call, tetibe tergerak utk tgk jadual methadone.
"Hah?? esok aku punye turn???"

3hb.

Aku terjage lewat. Pkl 8.30 sepatutnya aku bertolak dr rumah (sbb perjalanan almost sejam la utk ke KK Kuala Ketil tu). Start dispense pukul 9.30. Memandangkan aku bgn lewat, maka aku bersiap ala kadar je la.. cincai gitu..mandi ala p ramlee (calit air buang taik mata ja)..tepung bedak kt muka sket. siap. (tipu la sgt..aku mandi okay.. dgn tenang skali..). 9.00am br bertolak dr rmh.

10.00am (lambat 30min tu..kdg2 pts mengamuk jugak kalau kite dtg lmbat..huh, byk songeh kau!)

Sesampainya aku ke dalam pagar KK Kuala Ketil (KKKK),
"Aikk?? nape nmpak cam kete tini je?"

Sahh...aku msti silap tarikh niiii....
Adusss..

Masuk bilik dispense, tgk tinie tgh dispense..

"Ayarrkkksss...Iman salah tarikh ke?
Nape dalam jadual iman tgk smalam, Iman dispense rini?"

Tini: "Haihhh...Iman ni..mesti tgk jadual lama.. Dah keluar jadual baru la..
Iman punye turn utk tahun ni dah habis..hishh. Terkejut tinie tgk iman datang..ingatkan isteri patient..huhu"

(Hoiii..apedshal tangkap gmbar shaye tgh pakek seluar?? dush tendang dia!!)
(Selingan. Ok. Sambung.)

Trus msg Chee Hau (sbb beriye aku dok iklan kt status kate aku dispense methadone rini.)

"Chee hau, ade 1 cerita sedih.. i datang nak dispense methadone hr ni..dah tiba tgk2 tinie tgh dispense.. i simpan jadual lama daaa...huhu"

CH reply dgn kejam skali:
"Kesian u! Malang then terjumpa muka masam pulak. Lagi malang. Haha. faster pick some flower then bath. Tmrrw my turn, don't rebut. "
note: Chee hau mmg tak ngam ngn tinie..tu yg keluar ayat kejam tu..hishhh..tak paham apa mslh depa ni..tp gado2 manja ja tu..

Walaupun silap date, tp aku nak tunggu gak tinie habis dispense..dah alang2 smpai, takkan nak patah balik kot..
So, tunggu la smpai tinie habis, then ajak die sarap bersama.. pekena roti chanai satu! (satu je..).
(Wa mmg talak paham apa pasai ini olang perlu letak jugak gambar wa kt post dia ni..sudah mengong ini olang wooo -->smbil pandang sinis)



Tuesday, October 12, 2010

Penangan Video2 Pharmacist Career =)

Hehe..

Kan smalam aku post vid2 tu kan..
Actually time tgk vid tu, hati aku sgt tertarik ngan aktiviti klinikal dorang..
Dan selepas itu, semangat berkobar2 nak masuk klinikal..
Skarang ni, aku kt stor.. keje kt stor sgt byk okay..yet i'm okay with it (not to say, i love it).

Nanti kalau rajin aku nak tulis psl JD di stor perubatan.
Banyak sgt workload..pastu kita kene bersedia 24H(exaggerate) sbb bebile saje pengarah akan pgl meeting, utk kaji pbelanjaan semasa. So kite sentiasa kene ready ngan report pembelian, baki terkini dan penggunaan semasa.
Dan, kite kene sentiasa bersedia jugak utk diminta sediakan report ni..report tu.. pada bila2 masa yg dorang suke.. (kite yg tak suke!!)

Okla.
Itu tak yah cite skarang..
Orang nak cite yg ni ha..

Kan tgk vid tu..
Pastu semangat meninggi lak utk cube klinikal..
Klinikal ni mencabar sket..
Ko kene tau byk psl ubat n pkembangan terkini..
Ko tau kan, guideline keep on changing based on current study and new findings..
SO if u're in Clinical, u must be alert of all the new info.

Pastu..
Pagi td, pegi kt bos utk bg report.

Aku: Che Sue..nanti kan, kalau che sue nk re-shuffle, letak sy kt klinikal ek??
Che Sue: Biar betul kamu ni..dulu che sue nak letak, kamu kate tak sedia.. kalau nak, baik sangat.. Chee hau letih sgt..smpai nk keluar dr klinikal dh tu.. Kamu nak? ni prp br nak masuk ni..msti che sue kene buat re-shuffle jgk sedikit sebanyak..
Aku: Eh!!! Che sue...taknak la skarang..bg la sy settlekan urusan store dulu.. bg la sy terer kt store dulu.. nak tukar tu, i mean lps 2 thn la..kan che sue kate akn re-shuffle after 2 years.. time tu la sy nak masuk clinical..
Che Sue: Okay..takde mslh.. kalau che sue nak letak kamu kt klinikal pun, msti pengarah tak nak lepas kamu punye.. die msti nak suruh kamu stay store..
Aku: Ala..sy pun tak nak lagi skarang.. biar la sy bg store mantap dulu before nak tinggal pun..hehe. Org cakap after 2 tahun nnti nu.. sj je btau awal2..

Hehe..
Sangat bersemangat skali.
Siap book tu..
Semua org taknak pg klinikal..
Actually, mmg la klinikal mcabar..tp ko byk blajar la kt situ..
Best2.

Tp kan..
Lps jmpe bos..
Br aku pikir panjang lagi (biase la..td tu tindakan terburu nafsu..tak pikir pnjg pun..hehe)
Dan aku teringat tugas2 clinical pharmacist kt hosp baling (selain ward round), iaitu:
- mereka jg bertindak sbg DIS (drug info services), di mana kalau sesiapa je ada soalan, tanye je kt dorang..dorang btanggungjawab utk find out jwpn.. (emm..ok la jugak..)
- mereka btanggungjawab utk keluarkan Buletin Pharmacy every month..(huhu, aku sgt tak suke ye tugas ni..)
- mereka juga perlu buat bed-dispensing, di mana semua pts yg nak discharge tak perlu amik ubat kt kaunter..mereka hanya perlu tunggu di ward, and these clinical pharmacists akn pergi pd sorang2 utk dispense, smbil bg kaunseling..hebat kan?? (ok, ini aku suke la jgk. tp actually aku tak gemar kaunseling sgt..susah la kalau dpt pts yg susah nk faham..emm..)
- mereka juga perlu analyze result TDM..hmm..ini aku sgt la tak terer sbb aku x pernah exposed ngn mende ni. Tp its not a big deal..sbb mende ni ade jadual die..cume aku tak bace la sbb aku tak perlu uruskan..hehe.. so, nak katenye..mende ni blh je jadik terer kalau dipraktis.. ok, ini aku berminat..=))

Hm..dgn memikirkan tugasan2 lain sbg Clinical pharmacist..aku jd goyah balik.."huh, tugas lain semua tak best je..aku hanye berminat ngn ward round rupenye..."

Lalu, aku terpikir lak..
Cane ek..aku taknak wat semua keje2 dorang tu..(meaning, aku taknak la amik semua JD dorang...aku cume nak wat ward round je..)

Dan datang lak idea ni..

Haaa...mgkn aku blh buat part time ward round..

Ward round ni, di mana kau ikut doktot utk tgk pts..if doktot nk tanye psl dose ke..dose adjustment ke, approp. choice of drugs ke..doktot akn refer kat kau la.. dan, kau bsama2 doktot blh discuss on plan utk manage pts.. bukankah best keje itu?? tp cabarannye, ko msti kene tau la..kalau asik nk belek buku je..tak best la.. (hmm..mcm aku akn jd gini je di awal penglibatan nnti..??hehe)

Ok..tu je nak share..

Bye. =)

Monday, October 11, 2010

I'm A Pharmacist..and I love my job =)



And we're not only dispensing medicine:


Pro's and con's as a pharmacist..



After watching these vids, they make me love my job even more =)

Sunday, October 10, 2010

Aktiviti pagi yg tak sehat..

Smalam aku tido lewat siapkan mende alah ni..


Sbb spatutnye pagi ni ada Mesy J/kuasa Ubat, di mana aku perlu bentang hasil kajian ni dlm meeting tu. (Ala..nnti2 la aku btau tentang kajian VEN/ABC ni. Kali ni nk cite psl lain la!)

Pagi2 datang keje, trus ngadap komp lagi sbb masih ada perkara yg msh belum selesai. Memang tak sempat la nak dispense pg ni..
(gilak! actually kami ade target yg perlu dicapai..setiap org ade target msg2. Macam aku, aku kene capai 15% utk dispense..tp aku br capai 10% kot..sbb byk keje sgt kt stor, so byk ari aku x pg dispense kt OPD)

Sambil2 buat tu..dpt notification emel masuk. Aku buka la..
"Title: Penangguhan Mesyuarat Ubat"
Dengan ini dimaklumkan bahawa mesy ubat yang dijadualkan berlangsung pd petang ini akan ditangguh ke 20hb okt..

Aku reply kt bos:
"Hoyeaaaahh!! Ok. Nak p dispense..hehe"

Then aku trus menuju ke OPD utk dispense..tanpa meneruskan keje yg perlu aku siapkan tu..
(aiyyoo..mau kejar itu..mau kejar ini..terpaksa lorh delay lagi..)

Tgh2 dispense tu, aku tpandang sorang pts tu dr jauh..
Pts ni die lelaki..tp cam lembut2 punye type..
Jalan lenggok kanan lenggok kiri punye..
Kalah aku..huh

Aku tgk, eh..rambut die dh panjang la..
Siap jalan lenggang lenggok smbil menggoyang2kan kepala lagi..
So rambut yg diikat tu godek2 goyang kanan kiri..

Aku pun lantas memanggil colleague yg berada di sebelah,
Aku: Hj, tu..tgk pts tu..rambut die dh panjang...hihi
(note: ni Hj mude ni..bkn pakcik2..)
Hj: Mane?
Aku: Tu..yg nak menuju ke toilet tu..tgk la..
(smbil aku cover2. Cakap x tgk hj tu..smbil tgk obat, nak tekan no smpat lagi tu..)
Hj: Ooo...hish ko ni.. dispense dulu iman..pagi2 lagi dh buat aktiviti ek..
Aku: Ngengggg!!! (huhu..maluuu!)
Tetibe Loh (another colleague) yg berada di seblah aku trus tergelak sbb aku di smash sebegitu..

(p/s: ceitt..Hj ni..kalau tak die yg slalu ngumpat dulu..die yg slalu suruh aku usha kalau ade pts pelik..skali pagi2 ni jd baik la plak..ingatkan aku ade geng..huh!! Pastu, actually pts tu, dulu die yg tunjuk dulu kat aku..huhu. Malu i! Tp aku pun gelak besar kena smash gitu. ceitt ko Hj! haha..)

Monday, September 27, 2010

Kursus ICT 27.09.10 (2)

Next.

Setelah dapat merungkai rational kenapa aku perlu berada di sini, maka aku bg la tumpuan yg lebih (read: lbh sikit dr tadi) pd penceramah.
Tapi, lama2 pikiran aku melayang kembali...
Dengan takde arah tujunye, aku snap plak gmbr minah ni..tgk tu, dh la name pun silap heja..huhu

Pastu, lps abis taklimat, kami rehat for breakfast (nasi lomak).
Perhatikan susunan makanan ni..tak ke pelik lagi menyusahkan?? Kami terpaksa buat queue dlm bentuk U-Turn.. ye la..pinggan seblah Utara, nasi seblah Selatan.. pastu, lps ambik pinggan, anda terpaksa pegi balik dari depan, untuk mulai mengambil nasi, kemudian lauk..pasaipa la depa x terpikir cara susunan yg lbh bernas lagi??
(eh, iklan lagi: Kalimat is a brand name for Calcium Polystyrene Sulfonate. It is used to treat hyperkalemia (high Potassium level in the blood) due to acute or chronic kidney failure)

Ok2..
Tak larat dah nak tulis..
Meh kite ke penutup kata..
Takde, ni point penting ni (tak jugak..tp nk bgtau jugak..)
Ingat dak td awal2 aku tertinggal laptop kan?? Arahan beriye suro bw laptop..
But akhirnya..bila tiba kpd time tugasan...
jrengg..

Lohhhh....tulis tangan weyh...siryes laptop tak berguna langsung..dh la xde wayerless utk kami menyalahgunakan perkhidmatan yg ada..
maka, alhamdulillah la kami tak berpatah balik pg2 buta tadi..
kalo dak memang nak kena pelangkung organizer ni..
huhu..

Kursus ICT 27.09.10 (1)


Okay, sila abaikan tajuk di 'Title' itu ye..yg benornye, inilah tajuk sebenar prog aku pegi kt alor star td.. Ye la..yg aku perlu btolak dr rumah pkl 5.45pg tu, sbb transport gerak dr hosp pkl 6pg.. panjang ngat utk ditulis kt ruangan 'Title' di atas..

Bohsan gile aku tak bleh nak explain la..
mcm xde kene ngene je ngn kami sbg pharmacist ni..

Eh2, seblom cite psl prog ni, meh kite patah blk perkara yg blaku di pg2 buta td..
Aku janji ngn Hajar, jmpe kt pekan sbb nak pool car dgn die ke hosp. So tpt 5.45pg, both of us smpai di tmpt yg djanjikan. (note: pjalanan ke hosp adalah min 15menit..so, kami ada ckp2 mase je ye..)

Dlm kete, tanye Hajar.."Haa..hajar, bw borang dak?" (kami kene isi borang kaji selidik b4 hadir ke situ) "Eh..bawak.." Hajar jawab.

Dan suddenly aku teringat mende ni,
(tudia, troknye aku buat line..parkinson menyerang la plak..)

"Aarrrghhhh....sy lupe bawa laptop!!! cane ni??"
Eeiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... (bunyik brek kete yg ditekan hebat oleh Hajar --> ini tipu je)
"Pastu cmne? Nak patah blk ke?" Hajar tanye..
"Errm..errmm..arrrghhh, mengong!! cane ek..ermm takpelah! tak yah lah patah balik..lantak la.."
"Takpe kot..kite share je la..blh kot" Hajar pujuk..
"Herm, ok kot..ala, xpe je la..malas ah nk patah balik"

Ok. Pastu dh smpao tmpt prog..kat mane? jap:
(adus..berpinar lak mate aku bace..saje gatei nk letak jgk gmbar..tulis kt situ Hosp Sultanah Bahiyah tu..)

Dlm prog..
Wahhh..mereka hebat sekali..semua orang bw laptop..meja aku je togel..tp ada ketas tulis nota tuh..perghhh

Penceramah kate, "Okay, mula2 sy akn bg taklimat dahulu..ringkas je..kemudian br kita mulakan tugasan kita..ni kita akn spend sehari ni..mmg byk yg perlu kita buat.."
Sambil dgr taklimat (dan aku kebosanan)..maka aku buat2 jadi photographer jap..tgkp gmbr slide..ni acara xde keje la ni.. aku masih tak dpt menerima hakikat kenapa aku perlu dtg mende ni..ini psl ICT..apa kene ngene???

Pastu smbil2 dgr tu, otak aku msh bfikir rational tersebut..


(Iklan: Mobic is a brand name for Meloxicam which is a group of Non-Steroidal Antiinflammatory..used for arthtritis..it is brought to u by Boehringer Ingelheim)
Bile tgk ni, Hajar tegur.."amboi..rajinnye iman catat nota.."
Aku senyum je..
Hajar kate, "Iman, kami ngantuk la..meh nak bace nota hmpa.."
Ngehehe..bukan aku dok tulis ape input yg penceramah bg pun..
Aku dok merapu sendiri..ni tak habih lagi pikir rational why am i here lagi ni..ape je yg terkeluar dlm minda aku, semua aku tulis..
dan akhirnya, aku dpt kenalpasti dh reason kenapa kami perlu berada di sini hari ni... (takyah explain la..panjang..lgpun post ni pun dh ckp pnjang rasenye).

Ok2..aku rase nak stop kt sini dulu..japgi nak sambung blk episod ke-2..sket je lagi..


Thursday, September 23, 2010

Kenape aku panggil td tak datang, haa???

Hehe..

Ianya berlaku tadi, tatkala aku mendispens ubat di kaunter.
Patient ramai ye ari ni..tp time aku pegi dh kurang..yet still ramai la..
Bile dah ramai tu..lama2 mula la tak larat..

Kitorang guna system QMS.. yg call pgl nombor tu..
Pastu, dah dlm pkl 11.00 lebih tu, aku dah tak larat..ditambah2 dgn patient yg tak prasan bila nombor dia naik.. tekan2 xde org datang.. smpai kene pgl nama, br dtg..”loh, ko dok depan ni je? Dok leka bsembang, org pgl pun tak dengar..” Tp kadang2 kene kt makcik2, pakcik2 yg dh tua.. itu exceptional la.. Aku tak marah la kalau kene kt dorang ni.. kesian, kadang2 dorang tak blh baca nombor.. kadang2 mmg dorang tak dengar.. so aku tak marah la..

Yang aku bengang, ada kes aku pgl nombor, orgnye tak datang..tekan lagi, tak datang.. last2 aku pgl nama.. then, aku tgk dr tmpt aku, ada sekumpulan bdk skolah..ppuan la.. bile aku pgl nama, sorang nmpak mcm bgerak nk datang… tp reaksi muke macam xdgr pun aku pgl.. slow2 je dia bergerak..mcm mau tak mau.. skali mmg die yg dtg kt kaunter.. aku dh bengang ni.. dah la aku pgl nombor tak datang.. nak datang kaunter pun lembap n slow motion.. at least buat la kelam kabut sket sbb aku dh smpai tahap pgl nama, maknanya ko lena time aku pgl nombor tadi!

Pastu, bile die datang kaunter, aku tanye..” pasaipa saya pgl nombor td tak datang?” Pastu die wat bodo je..tak jawab tak respon, tp muka agk kerek sket ye.. tp aku mls ckp banyak la.. aku dispens cam biase.. pastu lps dpt ubat, bdk tu amik gitu je, tak ckp thanks ke hape..huh! kureng siot!!

Then dah lame lps kes tu..budak skolah gak..haiiihh, mai kt budak skolah ni, aku stress sket.. sbb dorang ni bdk muda..takkan kurang pendengaran gk kot? Takkan tak pandai bc nombor gk kot?? Asik dok leka sembang je tu.. pastu org pgl x dengar… dah la ramai lg patient lain dok tunggu..

Pastu ade satu budak ni..aku pgl nombor dia.. “2017” nombor ditekan dan suara tu memanggil.. takde org datang.. then aku klik ‘recall’, maka suara ppuan tu keluar lagi memanggil “2017”..aku recall lagi..”2017”..xde org datang jugak.. last2 aku pgl nama..hati dh panas ni..sapa la bdk ni.. skali bdk skolah.. td time aku pgl nombor, aku prasan la die dok sembang gelak2 ngn kawan2 die.. hah! Siap la ko adik..nak kene sound ni..

Bile die datang kaunter, aku buat muka tensen dah.. “awat saya pgl td tak mai? Tak dgr ke nombor dh pgl??” (suara terkawal, tp hati panas..muka aku rasa tak dpt nk cover sgt dh..muke sedikit marah la..)

Pastu adik tu senyum wat muka tak bersalah, (aiii dak ni..dia senyum pulakk..bengang ni).. pastu die jawab, “dah nombor lain.. sy punye no. 2071.. kt atas tulis 2017”

Ngengggggggg!!!

Aku rasa muke sedikit tebal..pastu mengelih mata ke slip preskripsi n nombor yg ditekan..

O-Ooo.. hehe.. aku yg salah tekan rupenye.. terus nk gelak, tp control la.. mana blh wat bersalah..hehe ego lagi tu!
Pastu cakap kt budak tu, “Oh..salah no. ek..ha, nasib baik..alasan diterima”, pastu aku senyum tawar je.. Lps bdk tu pegi, Tini dok gelak dh ke aku.. apala, die yg salah, marah org..and kami dok gelak sama2.. wat malu I je adik ni!

Then aku mulai berhati2 dlm melihat no. pd preskripsi..sebelum marah, aku perhati sekali lg pd slip n no yg ditekan..kalau betul kt aku, br aku marah pts..hehe (tp x marah sgt pun..ko igt aku garang sgt ke?? Huhu..takdenye..)

Moral: Jgn terburu nafsu..cek dulu b4 marah.. kadang2 kesalahan tu dr kita.. bkn org lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...