Showing posts with label Me and people around me. Show all posts
Showing posts with label Me and people around me. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Aku inginkan ketenangan..

Alhamdulillah, Allah makbulkan impian aku.

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Dan semoga ibadah ini diterima Allah.



p/s: Hampir setahun masa berlalu. Tapi setiap kali teringat apa yang dah berlaku, air mata aku masih mengalir.

Aku inginkan ketenangan. Semoga kepahitan lalu pergi jauuuuuuuuuuuuuuhhhh dari aku. Semoga ia tak lagi menghantui aku.

Saturday, June 18, 2011

20 biji iPad



Saya ada seorang sepupu yang bernama Yana (bukan nama sebenar).

Dia berumur 7 tahun (ya, derjah 1 la...)

Dia tinggal di Ipoh.

Suatu hari, semasa Yana berada di rumah saya di Pengkalan Hulu:

Yana: K.ida, tgk tak kuiz Imam Muda?

Me: Tak pun. Kenapa?

Yana: Alaa... Erm, takde, k.ida tak nak masuk ke?

Me: Tak tgk pun. Senang tak soalan dia?

Yana: Senang je.. senang sangat. tau tak hadiah apa?

Me: Apa...

Yana: iPaaaddddd... ishh yana rasa nak masuk la..

Me: Masuk la..

Yana: Dia cakap kan, hadiah dia iPad. Pastu dia tulis 20 x iPad.. tau tak, yana ingat kalau menang, dapat 20 iPad. Yana dah tulis dah, kalau dapat, yana nak bagi kat ummi satu, bapak satu, makcik (my mom) satu, k.ida satu... pening jugak dok fikir nak bagi kat sapa lagi.. banyak tu.
Tapi lepas tu, baru tau.. rupanya bukan dapat 20 la k.ida.. sorang dapat 1 je.

Me: Laaa, memang la. Itu maksudnya, ada 20 pemenang akan dapat iPad. Bukan sorang menang dapat 20..

Yana: Itu la, Yana baru tau..ingatkan dapat 20. Fuhh, bestnye dapat banyak2...

Me: Dah tu, macam konfiden lak nak menang. Siap dok list nama lagi... haha. lawak la yana ni.

Yana: Heheheeee...




p/s: Dia ni, kalau bersembang macam orang besar. Bila bersembang dgn dia, saya selalu lupa yg saya sedang bercakap dgn budak bawah umur. Tak motherly langsung bahasa yg digunakan. hehe..

Tuesday, June 14, 2011

KaGEt.


12 Jun 2011 (Ahad)


Lin: Iman, u kena present utk inovasi. Depan pengarah.

Iman: Really? bila?

Lin: On 19th.

Iman: Hah? gilakkk... slide pun belum buat. I ke yg present? Siapa punya arahan?? (*mmg selalu buat poyo gaduh ngan Lin)

Lin: Persetujuan ramai. Kan hari tu dah bahagi tugas. U buat product and kena present. We all buat paperwork.

Iman: O yaka. alaaaa...

Lin: U dengan K.nurul. K.nurul present Pertandingan Kaunter.


13 Jun 2011 (Isnin)


Bos: Eh, kamu present kan inovasi?

Iman: A'ah... pasaipa tak bagitau awal date tu??

Bos: Laa.. kamu tak tau ke? c.sue ingatkan sister dah bagitau kamu.

Iman: Mana ada.. Lin yg bagitau...suka tau, bagitau last2 minit.. haishhh

(Jangan serius sgt..kami mmg begini.. selalu buat2 marah..padahal gurau ja)

Iman: Huhu.. matila. slide pun tak buat lagi..

Bos: La.. ya ka.. buatla.


14 Jun 2011 (Selasa)

K.nurul nak buat mock presentation depan kami (beberapa pegawai), before present depan Pengarah nanti.

K.nurul dok bising cakap nervous la, tak prepare la.. dia punya slide mmg dah siap, kami buat ramai2.. then bos cakap, "Ala..tak pa la. Kamu praktis hari ni. AHAD ni bukan present sorang.. Iman pun ada."

Iman: Hahh?? Kenapa saya ada??

C.sue: Dah kamu present yang inovasi tu..

Iman: Kenapa Ahad ni plak?? Kata 19th??

Semua: YA LAAA... 19th TU AHAD NI LA CEQ OOOIIII......

(anggapla rupa aku terkejut secomel ini)

Iman: Hah? Hah? Hahhh???. slide pun tak buat lagi niiii.

C.sue: Laa, ingat hari tu dia sebut tak siap lagi, dia tahu la Ahad ni akan present. Rupanya dia dok ingat lambat lagi 19 hari bulan.. ish budak niiii...

Iman: Arrgggghhhhh.. Lin, mai paperwork yg dah siap, i nak buat slides.


Balik rumah, baru semangat nak buat slide,

siap berangan nak buat smbil makan Super Ring yg dimasukkan ke dalam setiap jari..
sambil mendengar kuliah Ust Shamsuri..

tapi, segalanya angan2 semata..
bila teringat je nk buat slide, mata tetiba macam kena gam la pulak... *ngantuk.


Namun, akan ku usahakan jua... huhu


(Yang menambahkan kekagetan tu, sebab khamis ni kena pergi Ipoh pulak, mama ada appointment. Dah kat Ipoh, mesti nak main ngan Eisya je.. mana boleh buat keja.. Jumaat mesti akan balik rumah petang/ malam. ayarkkksss..)

Arggghh...seghabuk peghok
*serabut perut*

Monday, June 6, 2011

Eshkrem.


Balik rumah lewat petang..

Terasa sangat dahaga..

Buka peti ais..

Minum air.


Seperti biasa, 'kastam' ini akan buka juga bahagian-bahagian lain dalam peti ais untuk melihat kalau-kalau ada perkembangan semasa..


Eh,

ADAAA!!!



Mama borong untuk seisi keluarga dan sanak sedara yang datang untuk kenduri semalam.

Selepas semua dah makan, banyak ini lagi bakinya...

Cuba teka mama borong berapa dozen????


Tetttt..

Masa dah tamat.

Aku pun tak tau. Tak tanya mama pun..he


Cuba teka sapa nak kena habiskan????

.
.
.

Ya Betulllllllll..

Aku.

Sebab kat rumah hanya tinggal:

1) K.ika yang tgh berpantang.

2) Abah pula tak layan mende ni.

3) Mama?
Mama TAK BOLEH makan banyak..
Aku tak kasi.
Nanti gula naik.


So, kita lihat, berapa lama stok ini akan bertahan..
hehe..



Tuesday, May 17, 2011

Masjid Zahir, Alor Setar


Masih dalam aktiviti jalan-jalan Alor Setar lagi.
Selain pergi ke bendang, aku bawa K.fadh (actually Shima yang jadi tourist guide. Aku driver ja) pergi Masjid Zahir dan Masjid Al-Bukhori.


Sedikit sedutan gambar di Masjid Zahir:


Tajuk masjid




Ceiling


Ruang legar


Tersergam indah


Pemandangan dari masjid


Teka di mana ni??
BETULLLLLL...
Toilet.
=)



Ini pulak??
SALAH.
Bukan laman masjid.
Ini gambar kat tempat lain.
Tiada kena mengena dengan masjid di atas. haha

Ini dekat Kota Kuala Kedah.
Kami singgah juga kat situ.



p/s: Tiada gambar di Masjid Al-Bhukhori sebab takde yang best dalam camera aku. Time tu dah kalut-kalut nak minum petang dgn seorang lagi kawan. Jadi kami sekejap je kat situ.


Monday, May 16, 2011

Sawah padi nan menghijau..



Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama

Potong memotong
Membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami

Dulu padi di tumbuk _ _ _ _ _ tampi
Kini mesin jadi pengganti

(Saya tak kunci lagi lirik ni.. tak ingat perkataan kt tempat kosong tu..
talian hayat..??)


Korang ingat lagi tak lagu tu?
Kalau korang sekolah rendah kat Malaysia, ni lagu wajib belajar kot aku rasa.. ye dak?


Ok.


Tema kita hari ini adalah.... SAWAH BENDANG.











p/s: Aktiviti keluar ke Alor Setar dengan K.fadh dan Shima. K.fadh yg punya request. Dia mempunyai hobi mahal (photography). Aku kononnya pemandu pelancong, sekali aku lak jakun lebih.. aku pun first time kot turun bendang.. dok lalu tepi je sebelum ni.. hehe

Selain bendang, kami juga melawat Masjid Zahir.

=)



Wednesday, May 11, 2011

Budak ni tak hebat langsung

Hari Keluarga Kali Pertama 2010




Bowling @ Alamanda Putrajaya.

Ni la pencapaian dia yg paling baik. Yang lain hampeh.. kecewa aku ngan dia nih..

p/s: Tetiba teringin nak main lagi...


Friday, April 29, 2011

Bone Mass Density Test


Pernah dengar pasal test ni?

Bagi yang belum tahu, ujian ni adalah untuk menilai tahap kalsium dan mineral2 tertentu yang ada dalam tulang kita. Daripada nilai tu, dapat diketahui, risiko untuk berlaku kepatahan tulang (fracture) atau risiko osteoporosis.




Result aku:

Aku berjaya memperoleh - 0.7 (kat tempat yang di garis tu..)

So, interpretasinya adalah:

Risiko adalah amat tipis.

Kalau korang boleh nampak dengan jelas gambar di atas, ia terbahagi kepada 3 zone.

Zone hijau ( -0.1 dan ke atas) : Normal
Zone kuning ( -1 hingga -2.5) : Risiko tinggi (indicates the beginning of bone loss)
Zone merah ( -2.5 dan ke bawah): Osteoporosis

So kau dapat faham aku di mana kan?

Alhamdulillah.

Tapi, tahun lepas aku buat jugak test ni. Result aku adalah 1. Errrrrrmmm....

So, kau faham kan tahap penurunan yang berlaku? huhu.

Apa2 pun, memang setiap tahun, tahap kalsium dalam badan akan menurun. Itu perkara biasa. Cuma kita boleh berusaha supaya tahapnya tidak menurun dengan kadar yang cepat dan sekaligus melambatkan proses osteoporosis.


Apa yang kita boleh berusaha buat adalah:

1) Minum susu Anlene (hehe, tak la..any susu tepung la.. bukan susu cair atau susu pekat okayy).

- ni aku buat on n off la.. tp tahun lepas lagi tak minum kot, berbanding tahun ni.. tahun ni ada la juga stok kt rumah..

2) Ambil supplement calcium (ini sekiranya tahap kalsium rendah la..kalau dah ok tak perlu la amik supplement. cukup kot dengan minum susu)

3) Kalau pagi2, jangan la dok jadi puteri lilin sangat.. tak perlu pakai payung kalau di bawah matahari pagi.. kerana cahaya matahari pagi tu akan mengaktifkan vitamin D (daripada keadaan tidak aktif) di dalam badan, lantas meningkatkan produktivitinya untuk membantu penyerapan Kalsium ke dalam tulang. Itulah antara kerja Vitamin D. Subhanallah.. semua itu hanya lah kepatuhan 'mereka' kepada Allah.

4) Kurangkan pengambilan caffein. Sehari jangan lebih 2 gelas. (okay...aku minum cawan je..so boleh lebih dari 2 cawan la kan?? kan lebih kecik dari gelas.. ;p)

- alasan! mungkin juga nilai kalsium aku menyusut disebabkan alasan ini.. ermmmm??

5) Exercise juga dapat membantu menguatkan tulang.

- ada jugak buat..tp mungkin kurang lagi kot..

6) Stop smoking.. say no to smoking ya.. no no no... ops, tak cukup... shud be NO NO NO.

7) Alcohol intake... jangan sekali2 ya.
Allah SWT pun sebut dalam al-Quran, "mudharatnya (arak) lebih tinggi dari manfaatnya". Maha Suci Allah, Maha Mengetahui segalanya.




p/s: Kawan aku dapat (-2).. ngeri. terus dia borong susu Anlene lps tu..huhu

p/s 2: Kak ika masuk wad dah tadi.. dah buka 1cm.
Semoga selamat semuanya..amiin. So esok kami ke KL.


Sunday, April 24, 2011

Update.

Hari ni masuk hari ketiga aku berseorangan di rumah. Mama dan abah ke negeri seberang untuk menghadiri konvokesyen adindaku Salman Salim. Selamat dah dia menghabiskan theory2 dentistry selama 4 tahun. Tinggal lagi setahun utk menghabiskan klinikal pulak. Semoga dipermudahkan baginya. Amiin.


Kenapa aku setia tinggal kat rumah dan tak ikut mereka??

Sebab..

Aku berkhidmat untuk rakyat Baling dan sekitarnya. ---> ONCALL DAA..

Tapi mama tak pergi berdua saja dengan abah, kakak ikut sekali (kak maya).

Mereka akan balik semula insyaAllah dalam 2-3 hari lagi (cepatlah...cepatlahh.....).


Ok.

Cukup setakat ini dahulu.

=)


Orang bujang punya lauk..
(weyy...weyy...bukan malas la..mmg suka makan gini ja :p)

Tak percaya, tengok bawah ni:


Kat kedai pun aku order yang ni paaa...
(cuma presentasi dia ja sedikit baik la dari aku..huh, blh makan sudaaa..)



p/s: Esok perlu bertolak pukul 6 pagi sbb akan ke Alor Setar. Ada taklimat.

(Whatt??? ENAM PAGII???? BIAR BENNNAAA.....)

Ya, mmg benar. Tapi dengan driver. hehe... aku sambung tidur dalam kereta. jangan risau.. :p


Ok, penutup kata.. mari aku hidangkan kalian dengan lagu yang super best ni.. br 1st time dengar terus dia menangkap telinga ini. Huda Meow yang kenalkan lagu ni.. dia yang bertanggungjawab... anyway, thanks Huda.. =)





Saturday, February 19, 2011

Kadangkala, dia memang tegas..

Tadi pergi Jusco@Perda dengan mama.

Jalan...jalan... lalu perut pun meronta untuk disuapkan barang sebutir dua nasi.

Aku nak makan Nandos, mama gak mau sih... mama nak nasi juga.. (kan dah cakap perut meronta minta nasik, haissshh!!)

Lalu, terpandang oleh kami satu kedai ini. Kebetulan pula, ianya baru disebut oleh Kak Mia beberapa hari lepas. Maka, kami pun berkeinginan juga untuk mencoba (aku je la, sbb mama x bc post kak mia..he). Tambahan pula, ianya menepati citarasa mama yang menginginkan nasi, berbanding Ayam Nandos yang hebat itu.


Bila masuk, kami order nasi, ayam penyet, dendeng belado, dan sup rawan. Penyejuk anak tekak pula, aku order pearl milk tea, manakala mama order air paling mahal di dunia.. mmg feveret mama la air ni.. AIR SEJUK! (takdak kat rumah tau air ni..kat kedai makan je blh jumpa.)

Pastu, apa yang tiba pada kami adalah seperti di bawah:

Pearl Milk Tea
Sorry la, terpaksa letak gambar air bersama model dia skali.
Package, nak buat macamana..


Sup Rawan


Ayam Penyet


Dendeng Belado

Aku sepertinya pelik melihat rupa Dendeng Belado ni.. setahu aku, Dendeng ni rupanya begini.

Rupa Dendeng Belado yang biasanya aku makan.
(Gambar ehsan dari internet)



Tapi apasal yang aku dapat ni berupa lain??? Siap celup tepung segala... apa kejadahnya semua ini????


Maka, aku panggil waiter tersebut.

Aku: Jap.
Waiter: Ye.
Aku: Ni apa ek? Rasanya sy minta Dendeng Belado.. ni bukan kot.
Waiter: (ragu-ragu)..Erm, yyyee. Ni Dendeng Belado (dgn nada yg sgt tak meyakinkan aku, kemudian dia sambung..) Erm, jap na. Saya tanya depa.
Aku: Ok.

Tapi, waiter tu tak datang balik ke kami. Aku panggil orang lain lak.

Aku: Jap dik. Ini bukan Dendeng Belado ni.. Dendeng Belado mana ada celup tepung. Cuba tgk gambar tu..mana ada kan?? (sambil tunjuk gambar pd dinding kedai..iklan x hengat ye kau..buatnye salah!) (nada i baik okay, bkn nada gado punya..).
Waiter: A ah..sorry, depa tersilap pg celup tepung.
Aku: (What??? silap??? and then ko tak btau pun silap. Marah ni..marah. Tapi ayat aku berbunyi mcm ni..) Lah..silap? Alaa, saya nak Dendeng Belado yg macam tu..
Waiter: Oh..pastu, tak mau yg ni?
Aku: Takmau (geleng-geleng). ----> Padahal, yang benarnya aku blh je makan. Tp aku nak ajar sket. Mana blh buat silap, then senyap2. Tak bertanggungjawab kot.
Waiter: Ok. Takpa, saya tukar.

Dok lama jap, baru datang daging tanpa celupan tepung.


Tapi aku masih tak puas hati.. perhatikan gambar Dendeng Belado yg sebenar di atas.. Dia sepatutnya dihiris nipis, dan diketuk2 sket br goreng/ bakar.. Tapi yg ni, seketul 'baqq' dia letak.. Haihhhh..

Tapi aku makan je la.. at least lbh baik kot dr td yg bercelop tepung tu.. huhu.

Lepas makan, aku pgl waiter.

Aku: Blh tanya sket? Sapa tukang masak ek?
Waiter: Errmm...orang jawa. (tp aku still tak konfiden dgn jawapan dia)
Aku: Orang jawa ke? Ermm..takde, ni.. blh saya bg cadangan tak? Macam ni.. Sbb sy ni suka masakan Jawa. Selalu juga makan kt kedai macam ni kt tempat lain. Tapi, rasanya Dendeng Belado dia bkn mcm ni.. Dia kena potong nipis2, then ketuk2 sket..br goreng. (Dengan belagak hebatnya aku menyatakan pendapat).
Tapi yg ni sedap dah.. yg td tu ye la silap kan.. tp yg adik bg kemudian ni mmg sedap, cuma kalau buat mcm tu mmg lg sedap tau. Cuba tgk gambar tu..kan dia nipis je kan??
Waiter: (Sengih kerang). Hee.. Dulu tukang masak lain.. tp dia dah tukar pg KL.. skarang tukang masak lain pulak.
Aku: Haa... dulu mesti Dendeng Belado macam dlm gmbr kan?
Waiter: (masih sengih kerang) Hm...yaa...
Aku: Okla. Saya cuma bg cadangan ja.. sbb tmpt lain buat mcm tu sedap tau..he
Waiter: Ok. terima kasih.

Note: Ni contoh ketegasan pertama. Aku tak puas hati utk keluar kedai selagi aku tak cakap mende ni..hehe. Poyos bukan???

Contoh kedua:

Aku pergi Nandos Jaya One 1-2 thn lepas. Time tu, ada waiter trainee. Kerek je.

Time order:
Aku tanya satu jenis dish br ni, sedap tak?
Dia jawab, "Entah. Tak pernah rasa" (gaya kerek okay)... aku cam, "hah?? ada ka jawab lagu tu???" (dalam hati ja..)

Then, tgh2 makan tu, aku nak minta tmbah order, aku pgl dia.. angkat tangan la, sbb dia ada kt hujung kedai. Sekali dia dari jauh terlenggak2, macam tanya aku, "ye, nak apa??" Isyaratnya macam tu la.. Aku cam...haihhhh, tak bley jadi ni...

Aku panggil sampai dia datang meja. Bila dia datang,
Aku: Adik, blh tanya, dah berapa lama kerja kt sini?
Waiter: (erksss..cuak). Ermm..br 3 bln.. kenapa?
Aku: Oh..dah 3 bln? Camni, tak patut tau jawab macam tu.. kena blajar juga cara layan customer mcmana..bila org tanya sedap ke tak, jawab la dgn baik, tak pernah cuba lagi.. Kalau customer panggil, datang meja la.. takkan tannya dari jauh. Mana pernah orang buat macam tu...
Waiter: Heheheee... (ok. itu saja reaksi dia. tak minta maaf pun)

Aku tak kesah. Yang penting aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Kalau tak cakap, kang dia tak belajar lak. Kan dia pun dalam tempoh trainee..

Sbb aku berpegang pada prinsip, belajar dari kesilapan.. tak kira anda masih student ka, dah bekerja ka, dah pangkat tinggi2 ka.. tp di mana saja tahap kita, kita tetap tak blh lari dari..BELAJAR UNTUK MENJADI LEBIH BAIK. Tak kira dari penjuru mana pengajaran itu blh diambil. Tak semestinya kena buat salah dulu, br nak belajar. So, jangan berhenti belajar la.

Sekian celoteh panjang dari aku.

ERMMMM, WAIT.

ERMM...

INI NAMPAK SEPERTI CEREWET KA??


NOTE: Aku dengan kompidennye ingat Dendeng Belado ni masakan Jawa okay.. tp rupanya br google balik, oh..rupanya Minang ka..hehe... (tp x kesah la..Ia tetap tak menjejaskan argument aku yg di atas..) ;p

Sunday, January 16, 2011

Aktiviti Di Hari Besday Sultan Negeri Kelahiranku

Hari ni hari Ahad, 16 Jan 2011.
Hari besday Sultan Kedah. Epi Besdayyy Tuanku! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. =) Terima kasih sbb besday Tuanku jatuh pada hari Ahad, so kami dapat cuti pree.. wheehuu.. (pura2 gembira, sbb aku kerja jugak sebnarnya..*tak besh)

Hari ni aku ada Methadone Call.. Jadi, pepagi lagi aku dah keluar rumah. Dalam pukul 9.30 start dispense, smpai 10.30 je. Lepas tu ada appointment facial kt SP with Elisya. Muke aku kronik la..menchik.

Lepas facial dlm pukul 3pm, teringat nak jmpa pakar kulit lak. Byk aku dapat review dr orang ramai, kata tmpt ni bagus. Kt SP jgk. Ramai org pegi muka bertambah baik. Aku mmg asik plan nak pegi tp asik x sempat je.. So kali ni msti mau kasi jadi punya.. ikhtiar.. =). Perut lapo gila, blom makan. Jenguk2 kt Fairy, nampak ni..

Nak! Nak! (dah dapat pun..;p)
Lapik perut je dulu.

Aku smpai klinik tu dalam pukul 4.30pm. Alamak..tutup (aku tgk dr jauh). Tp still tak puas hati, p dekat sket. Stop depan klinik tu, sbb aku nak tau hari apa dia buka (ingatkan sbb Ahad dia tutup). Eh, rupanya hari ni bukak la. Start pkl 9am-4pm. Then mula buka blk pkl 7pm-8.30pm.

Pintu klinik tu tertutup, tp aku pelik kenapa ada org keluar masuk ikut pintu kecik seblah dia tu..So, aku pegi la nak try tgk.. Eh, bleh masuk.
Pintu besar tutup, tp pintu seblah kiri tu org dok keluar masuk..

Kat dalam org siap diri2 lagi..menuggu giliran

Tgk kt dalam..ramainyaaaa pts dok tungu. Ingatkan takde org.. Aku tanya salah sorang pts, tunggu dr pukul brapa ni kak? Dia kata, dari pukul 2..'Hah??Aiyyooo..' Aku p kat kaunter, nak tanya mcmana nak register. Then,
Jerenngggg...tudia. Nombot smpai abis..hebat kalii..

Dia suruh aku mai daftar pukul 6.30pm. Aku pun pi solat, jalan2 jap kt Tesco (tanpa beli apa2 pun..). Smpai dalam kul 6.30, aku datang balik. Aku bg ic (aku org no.4 daftar sesi mlm), sembang jap ngn salah sorang pts..
Aku: No brapa?
Adik: 97.
Aku: Oh..sesi siang lagi? Datang pkl brapa lg td?
Adik: Pkl 3. (time tu dh pkl 7)
Aku: O.. lama noo.. =)
Time aku dapat nombot 4 pun, pts siang still ramai..

Aku mula cuak. Tudia..hat sesi pg pun blom abis..aku dh la nk balik jauh lg ni..(1h pjalanan la).
Dah pkl 7.30, adik td tak kena pgl lagi. Aku p la keluar solat jap. Mujur masjid dekat. Sempat bjemaah lagi. Then balik klinik blk dlm kul 8. Eh, adik tu masih ada..huhu. Lamanya...

Smpai giliran 100 utk sesi siang. Lepas 100 tu, br dia pgl sesi malam pulak. Dalam kul 8 aku masuk. Alhamdulillah la pts2 b4 aku tak lama. Aku pun masuk tak lama. Doc bw keluar kanta pembesar, dia tgk2 muka aku, dia kata tak serius sgt. Dia bg cleanser, krim, n ubat makan. aku tanya nama ubat dia taknak btau..hmmm...

Dalam kul 9 aku siap ambil ubat semua..dan perut amat lapar sekali.
Memula ingat nak beli maggie je masak kt rumah sbb amat segan ye tuan2 puan2 sekalian, utk aku menatap makan sorang2 kt kedai..

Tp disebabkan perut terlalu lapar, dan rasa amat tak berkhasiat skali makan maggie, maka aku menguatkan semangat utk makan kt kedai sorang2. Utk tidak menambahkan keseganan, maka aku decide utk makan kt SP je, sbb takde org kenai, so aku tak segan sgt..hehe
Air Jus Cinta, Nasi putih, Tomyam ayam, Telur dadar.

Uuuu...

Teka..iman habis dak rasanya????
~lalalala...
Wheeeee....tepuk tangaaaan!!
Tomyam dia sedap sgt..slurppp.

Sapa nak try, cari kedai ni:
Kat SP. Dekat ngn central square, opposite site.

=))

Wednesday, January 5, 2011

PREJUDIS atau BERHATI-HATI?


Tak tahu mana satu.
Tapi untuk menyedapkan hati, aku rasa aku mengambil sikap berhati-hati.
(Atau berlagak sombong??haha..*tennggggg!!!)

Apa2 aja..
Asal aku bahagia suda..
Itu yang lebih penting untuk aku sekarang..

InsyaAllah
Semoga Allah bukakan hati aku, bila aku bertemu yang terbaik untukku..
=)

(Peace No War)

Monday, December 20, 2010

Julie dah kaweenn!!! wheee... (turut gumbira..) =))


Dia cousin aku..
Cousin paling rapat la.. sama batch.
Skolah rendah same, kelas same (ceyh, sbb sekolah kg kan, mmg 1Darjah 1Kelas je.. -->tgk, dari dulu lg kami dah guna konsep 1Malaysia... hidup S.K.Bekuai!!! haha)


Pastu skolah menengah, mule2 masing2 skolah berasingan. Dia di Bota (SMKASAS), while aku dapat SRP Taayah@ Ipoh. Tapi disebabkan masing2 cengeng, tak boleh dipisahkan, maka kami berjaya ditukarkan ke sekolah yg sama iaitu SMKA Baling, di mana ianya lebih dekat dgn rumah, dan yg paling penting, kami bersama lagi.. (credit to my Mama.. mmg Mama ratu air mata.. adik aku pun berjaya ditukarkan atas usaha hebat mama.. hehe. Cayalah mama!!)

(itu mama sy yg hebat!! bersama adindanya (mak julie))

Kalau diikutkan, Julie mmg la mudah ditukarkan sbb antara SMKA jugak..tp aku dr sekolah negeri, sepatutnya tak boleh tukar masuk SMKA..tp rezeki kan Allah dah tulis..makanya, walaupun kalau nak diikutkan, aku takde harapan dpt tukar..tp kuasa Allah tiada siapa yg dapat menghalang..hehe. Alhamdulillah.


Masa masuk SMKAB, aku yg masuk dulu..lps 2 minggu br Julie masuk.. Before Julie masuk, kebetulan ade sorang bdk kelas aku pindah sekolah, so kelas aku ada kosong..maka Julie ditempatkan sekelas ngn aku.. what a coincidence.. =). Asrama tak yah nak cakap la..mmg la satu bilik. Dari F1, smpai F3..hehe

Lepas PMR, kami dapat tawaran ke sekolah yg sama lagi iaitu KISAS..
Haa..mula kt sini la kami berpisah sikit --> berpisah kelas. Tapi dorm still sama.. =)


Lepas SPM, sekali lagi, kami dapat matrikulasi yg sama ---> KMPP.
Tapi start kt KMPP, kami mula berasingan.. kali ni, kelas lain, bilik pun lain. Bukan setakat bilik lain, bangunan pun berasingan. Bukan bangunan sebelah2, tapi jarak 2 bangunan.. cafe pun tak sama.. sbb blok dia ada cafe lain. So jarang la jugak kami berjumpa.. Cuma time nak exam aku slalu gak lepas study bilik dia.. Tapi dah tak macam belangkas dah la start dr KMPP.. (eh, actually kt KISAS pun tak belangkas sgt dah..he)

Lepas matrik, kami mengambil haluan masing2.. Julie dapat Dentistry UKM, while aku dapat Pharmcy UM. Kali ni mmg berpisah sungguh dah la..
Tak sama U dah.. tapi kitorang tetap rapat la.. belajar2 la berpisah sama...hehe

(Eh..jumpe Murtadha plak.. tp tak terkejut sgt, sbb tau dia br je kahwin dgn kawan kami Ain (KISAS) cum coursemate Julie..kechiknye dunia ni..)

Lepas grad, aku keje kt BPFK, PJ. Julie belum grad sbb course dia 5 tahun (aku 4 tahun je..). Kadang2 aku p la melepak ngn dia jugak kt UKM KL.. Pastu, lepas Julie grad, dia phydo (sort of houseman) kt Klinik Pendang. Lepas tu, kan aku apply balik kampung, aku dapat Baling. Masa tu, Julie lebih kurang nak habis phydo la jugak.. Lps phydo, posting dibuat semula. Tup2 Julie dapat Baling jugak.. tp dia di Klinik Kupang dan aku pulak kt Klinik Kuala Ketil. Dan aku kemudian bertukar plak ke Hosp Baling. Still kami dalam daerah yg sama..



Nak katenye kat sini..haih, dari kecik smpai besar...asik2 tengok muka mu ja Julie..
hehe..

Sekarang, Julie dah kawen..
Mungkin nnti dia apply pindah ikut sang suami..dah tak skali dah.. =(
But anyway, I'm really2 happy for them.
Congrats cousin!!

=)

Hmm..bila kau post gmbr dan caption ni kt FB;

Fuh..mereka ini..kalau bab ngutuk aku, mmg HEBAT sekali!! huhu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...