Sunday, March 27, 2011

Pernah tak angkat tangan ketika doa khutbah kedua?

Mari kita bicara ilmiah sikit.

Ini soal khutbah solat jumaat. Pada khutbah kedua kan ada doa...
Pernah tak korang angkat tangan menadah?


Ok. Teeeetttt. Masa dah tamat. Tak perlu jawab pun sebenarnya..tak mau dengar pun..hehe

Point yang nak disampaikan adalah, yang sunnahnya adalah tidak mengangkat tangan. Untuk penerangan lanjut, dengar ni:



Ok. Sekian saja. Terima kasih.

Pengakuan jujur: Ooo..aku pun br tau.





p/s: Kan dalam vid ni ust ada tanya jemaah samaada igt tak lagi kuliah yang dia pernah sampaikan suatu ketika dulu??

Tetibe teringat time aku kt kelas time universiti dulu.
Lecturer tanya soalan (nama lecturer adalah Drs. Riyanto Tegoh Widodo). Dia memang pernah sentuh pasal tu, tapi bukan topik utama. Tapi ramai yang tak ingat dia pernah ajar. Aku ingat dia pernah sebut pasal tu tp aku tak ingat jawapan jugak..hehe.

Bila semua tak jawab, maka dia point orang la.

Kena kat kawan aku, kawan aku tercengang (takut), then jawab "Sorry, dont know".

Lecturer tu sengih sinis.

Aku punya tempat kat depan. Aku mmg tak ingat jawapan, tp dok buat pejam2 mata dok recall la konon2nya (yes, i actually was).. sbb aku mmg ingat dia pernah sebut.. sekali buka mata, mataku bertentang dengan mata lecturer. Dan dia tunjuk aku. Errrkkkss.

Aku gabra gak, then jawab, "Sorry, I cant remember" dengan muka frust.

Lecturer tak tanya orang lain dah. Dia pause kejap. Then cakap pada kelas..

"Jawapan ini lebih menyejukkan hati saya. Bila u cakap u tak tahu, ia seolah2 saya tak pernah ajar. Atau u tak dengar apa yang saya ajar.

Bila cakap 'tak ingat', maknanya u dengar apa yang diajar, cuma tak ingat. So saya tak rasa marah sangat berbanding jika kamu cakap 'tak tahu'.... bla bla bla".

Tak pepasal kelas kena 'kuliah' tak rasmi. Tambahan pulak, lecturer ni memang sensitif.

Nasib baik juga aku bg jawapan macam tu..walaupun tidak dirancang.. kalau aku jadi kawan sorang lagi tu, gila sebulan kot segan nak jumpa lecturer.. rasa bersalah!
(tp kawan tu takde perasaan pun bila lecturer tu ceramah..huhu)

Moral of the story, how we respond to people is very important.

Bak kata pepatah, 'terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.'
huhu.

Ok. Bye.

Sunday, March 20, 2011

Nor Eisya Azzahra 7 bulan

Saja nak menayang anak sendiri sedara jugak (hehe..)


video

p/s: Dia baru belajar buat muka ape ntah.. siap bunyi "krokk..krokk" macam vavi tu.huhu
p/s 2: Pastu dah gelak2.. tokwan dia suka sangat la, sbb dulu dia memang tak mau kat orang..LANGSUNG. dan dia kuat menangis.
p/s 3: Kenapa budak kecik gelak kedengaran sangat comel ek?? aku gelak tak comel camtu pun?? (aku kan kecik jugak..ermm?? :p)


Dulu Eisya menangis macam ni:



video

Huhu..dah2..tak blh tayang lama2..fobia dengar tangisan Eisya ni..
Kesian.

Alhamdulillah sekarang dah tak menangis macam ni..tp more tu menjerit sekarang ni kalau dia menangis.. suara, kalah suara aku..huhu.

p/s 4: Love U, Eisya. Semoga membesar jadi anak solehah ye..
InsyaAllah.



p/s 5: Eh, br perasan baju iwan in both videos adalah baju yang sama..haha


Saturday, March 19, 2011

Muhasabah: Tsunami Akal dan Budi di Tanah Sendiri

Perkongsian..
(kalau kamu belum baca kat sini lagi.)


Aku kalau bab serius ni memang tak pandai menulis. Jadi kerja kopipes ini memang lazim dilakukan..huhu.

******************************************************************************


Lori beras terbalik.

Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.

Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.

Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.

Kebingungan.

Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.

Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.

Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.

TAHAP KEPRIHATINAN KITA

Belum pun reda gegaran dan deruan ombak ganas Tsunami di Jepun, Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tatkala kenyataan rasmi Perdana Menteri tidak kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga tradisi negara matahari terbit itu!

Mulia sungguh hati rakan ini.

Apa sudah terjadi?

KOSMO! AHAD

Menyelak akhbar di pagi Ahad, sekali lagi kita kebingungan.

Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu.

Dalam ramai-ramai tokoh daripada kalangan rakyat Jepun, Miyabi pula yang jadi pilihan.

Bimbang benar dengan kehilangan ikon penting ini.

BERITA HARIAN

Diselak pula akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Entah apa yang cuba diterjemahkan melalui lakaran itu, ia pantas melahirkan betapa rendahnya moral kita hingga kejadian bencana sedahsyat itu, dilakar sebagai bahan senda gurau tanpa sedikit pun mempertimbangkan perasaan sekalian manusia, Jepun atau tidak Jepunnya mereka, berkenaan jurnalisma terencat jiwa ini.

Apakah semua ini?

Neo-journalism versi apakah ini?

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.

Berita yang disiarkan itu menyebut:

iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted by Dancingtiger

Mungkin media perdana sama ada di arena siar atau cetak, tidak mampu menyesuaikan diri dengan era jaringan sosial semasa yang semakin menidakkan kuasa veto mereka membentuk pendapat umum.

Dalam tempoh yang begitu singkat, sesuatu yang menggambarkan kejengkelen kartunis, serta kecuaian editorial, telah menjatuhkan maruah negara. Bagaimana kalau berita ini mengusik sentimen pelabur Jepun dan antarabangsa? Inginkah hukuman setimpal itu atas sikap rakan niaga yang tidak berhati perut?

Foto kredit malaysiana.pnm.my

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

SALAH SIAPA

Habis, salah siapa semua itu?

Mahu dikata salah kerajaan, ia kerajaan pilihan rakyat.

Mahu dikata salah rakyat, siapakah pendidik-pendidik rakyat itu?

Nampaknya ia salah saya.

Salah pendakwah yang belum cukup kuat berusaha.

Justeru saya telah, sedang dan akan terus berusaha.

Saya sudah mendapat satu lagi tugasan.

Anda cukup dengan menonton sahaja?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Salam takziah dari saya untuk akal dan budi tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

****************************************************************************

Ya, apa yang berlaku di dunia sekarang memang amat menakutkan.


Kita di Malaysia ni, bersyukurlah Allah tidak turunkan malapetaka begitu walaupun hakikatnya masyarakat kita pun mungkin lebih ramai yang jauh dari Allah.


Apa yang berlaku semoga menjadi iktibar buat kita. Semoga mereka yang mengalaminya diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga kita yang mendengarnya juga mereka yang mengalaminya menjadi lebih tinggi ketakwaan kepada Allah. InsyaAllah.


p/s: Tentang keyakinan yang begitu tinggi terhadap loji nuklear tu, tetiba teringat pulak kisah Titanic.


Firman Allah,

"Sesungguhnya perintahNya, apabila Dia menhendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia" (Yaasin: 82)

Maha Suci Allah.



Women need to feel loved, men need to feel appreciated




=)



Tuesday, March 15, 2011

Petik stwabewy sendirian berhad...cool!! (mode: jakun)

Ok..aku memang jakun.
Baru first time berkesempatan cabut sendiri.
Tak pernah lagi sebelum ni.. tak pernah..kesian.

Oleh itu, izinkan aku ya? ya? :p

Ok. Intro:

Bayaran masuk untuk petik sendiri adalah RM10/person.
Min kena petik sebanyak 250gm. Kalau tak cukup, dia tambah la. Kalau lebih, tambah duit okay..jangan nak berangan nak ikat balik buah ke pokok.

Aku masuk bersama Yong, so kena RM20. Kutip sebanyak 500gm.






















Komen: Buah tak banyak sangat. Dah ramai yang kutip kot. Jenuh jugak nak mencukupkan 500gm tu. Kalau ada kesempatan lain, nak try tempat lain lak..

Siapa pernah pergi port yg banyak buah?? Sebab rasa macam pernah tengok gambar orang, banyak dan besar2 je buah dia.. tp tak sure tempat mana satu..

Oh, btw hasil kutipan tak dapat dirakam kerna bateri camera sudah kong sebelum acara berakhir..huhu.

p/s: Sekalung penghargaan buat adik ipar mithali (Yong) kerana sudi menawarkan diri menjadi jurukamera. Wuuu.. best gillllllaaaaaa!! (hehehe..)

Wednesday, March 9, 2011

Mari Berfondue Bersama Iman.

Ok..tajuk mau gempak ye.. macam acara istimewa gitew (ceceyyy, macam ada ja orang nak terpengaruh.. ;p)

Suatu ketika dulu, aku pernah kepingin banget mau rasa itu fondue..maka aku menyatakan hasratku itu di sebuah laman soSIAL yang hanya ingin dikenali sebagai mukabuku (bukan nama sebenar).


Lalu dengan girang sekali kawanku,Loh (juga bukan nama sebenar) meng'tag' aku pada gambar2 yang tak sewajarnya, seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah:


Arrgghhh..ia menambahkan lagi keinginan aku untuk mencoba mende alah ni..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..aku hanya mencari-cari peluang yang membolehkan aku memenuhi keinginanku ini (eeiiii...ayat memualkan).

Nak dipendekkan cerita, minggu ketiga bulan Feb, aku berjaya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur yang bukanlah bumi asing bagi aku. Pergi tu purposely nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka.

Jadi dikesempatan itu, aku mengambil peluang untuk memenuhi impian yang masih belum terlaksana. Wheheeee...







Ini lah dia tetamu kehormat dalam title kt atas tu..


O ooo...kami dah termembazir secebis stoberi..huhu. sayang.


PUAS HATI AKU! hehe. alhamdulillah..


Friday, March 4, 2011

Why am I tested?

Didedikasi untuk seorang sahabat yg berada dalam kesedihan..kesedihan sangat.. aku faham itu..

semoga diberi kekuatan oleh Allah utk menghadapi ujian ini. berat di dunia, semoga Allah kurniakan kebaikan di akhirat. insyaAllah.

Baca la artikel ni..diambil dari sini. baik utk panduan kita semua. semoga mendapat manfaat.

*************************************************************************************

In July 2006, I was watching the news report on Israel’s devastating attack on Lebanon. As I saw the images of severed bodies and heard the cries for help, the frustration and helplessness I felt was overwhelming. So I decided to pray while reciting from the mus’haf (hardcopy of the Qur’an, which is the word of God). As I was reading, I arrived at the verse:

2:214

“Or do you think that you will enter Paradise while such [trial] has not yet come to you as came to those who passed on before you? They were touched by poverty and hardship and were shaken until [even their] messenger and those who believed with him said, ‘When is the help of Allah?’ Unquestionably, the help of Allah is near.” [Qur’an, 2:214]

And that was the answer. As human beings, we will be tested. But this doesn’t mean that we are going to live our lives in perpetual hardship, because ‘unquestionably, the help of Allah is near.’ So what does it mean when we are going through hardship? Is Allah subhanahu wa ta`ala (exalted is He) angry with us? What if there is no way out?

Whenever we go through hardship, there are things we need to know with certainty. Allah (swt) tells us in the Qur’an:

65:7

“[…] Allah will bring about, after hardship, ease.” [Qur’an, 65:7]

Certain hardships are so consuming that we cannot focus on anything but the difficulty. But we have to remember that if we were to enumerate the blessings of Allah (swt), we would not be able to count them. Reminding ourselves of the other blessings in our lives helps us to see the test within the context of the grand scheme of things. Just the fact that you can make sajda (prostration), and call out, “O Allah!” is a blessing that surpasses all others.

But why?

There is a purpose behind the trial, and this purpose corresponds to our internal state and our relationship with Allah (swt). Allah (swt) has 99 Beautiful Names, and it should suffice us to know that He is the Most Merciful, the Most Just and the Most Wise. Your test is not being put upon you by a random being, but by the Almighty Allah, who is closer to us than our jugular vein.

Tests are a way to purify us. The Prophet ﷺ said, “No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that,” [Bukhari]. Our ultimate aim is to earn Allah’s pleasure and Jannah (paradise), and all of us fall short in truly worshiping Allah (swt) as He should be worshiped. Many of us fail to ask for forgiveness regularly, or to reflect on our state and return to Allah (swt). These tests, as burdensome as they are, ease our burden on the Day of Judgment, if we respond with patience.

Trials also have a way of reminding us of our purpose. If we are far from Allah (swt), the test is usually to bring us close to Him. Whatever heedlessness we are engaging in, the test should make us realize we have no one, no one at all, but Him.

Sheikh Ratib an-Nabulsi related a story about a man in Syria. This man would always mock Islam. He thought people who ‘wasted their time’ praying were silly. No matter how much da’wah (calling, used to refer to inviting people to learn about Islam) the sheikh gave him, the man remained in this state. He then had a daughter, and this daughter became very sick. He went to so many doctors, even traveling abroad to Europe, but no one could help him. After that, he started praying and turning to Allah (swt). Years later, his daughter was better and healthy. Both his dunya (this life) and akhira (the next life) were saved.

If we are close to Allah (swt), it is to test our resilience. Are we only close to Allah (swt) in times of ease, or does our trust extend to the times of hardship? When we are tested, do we leave the good deeds that we used to do? Allah (swt) describes such people in the following verse:

22:11

“And of the people is he who worships Allah on an edge. If he is touched by good, he is reassured by it; but if he is struck by trial, he turns on his face [to the other direction]. He has lost [this] world and the Hereafter. That is what is the manifest loss.” [Qur’an, 22:11]

This may seem counter-intuitive, but tests are also out of Allah’s love. The Prophet ﷺ said, “When Allah loves a servant, He tests him,” [Tirmidhi]. In a hadith qudsi (a hadith relating the words of Allah [swt]), Allah (swt) tells Jibreel to delay the response to the du`a’ of a servant because Allah (swt) loves hearing his voice [Tabarani]. Sometimes the answer to a test is that need for Allah (swt), those long hours spent in the night, and the tears of sincerity.

May Allah (swt) make us of those who constantly turn to Him, in hardship and ease.

*************************************************************************************

Diharap artikel ini dapat menyejukkan hati sesiapa yang sedang dalam kedukaan. Aku tak hadapi apa yang dihadapinya sekarang, tapi aku amat faham perasaan itu.. dan aku turut bersimpati.


Cuma, nasihat aku pada kamu (sahabatku tu), jangan sekali-kali berputus asa, jangan berputus harap dengan apa yang telah berlaku. Ingatlah, walaupun kita rasa dugaan ini sangat dasyat untuk kita, ada lagi orang lain yang lebih berat dugaannya dari apa yang kita hadapi sekarang.

Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi apa yang termampu ditanggung oleh dirinya.

Just in case kamu tak sedar, meh aku bagitau sekali lagi. KAMU INI SEORANG YANG KUAT SEMANGAT. ya..memang benar. kamu pasti boleh hadapinya.

Chill my dearest friend.. tak mau sedih lama-lama.. ianya tak baik untuk kesihatan mental mahupun fizikal.. cari distraction, luahkan kesedihan pada sesiapa yg terdekat (pastikan yg boleh dipercayai, jgn yg 'kawan makan kawan tau'!). sekali-kali jgn jauh dari Allah (ya..itu pasti kamu tak akan abaikan..aku yakin itu).

Kawan, kamu cantik, kamu cool, kamu bijaksana dan bijaksini, kamu happy-go-lucky, kamu best, kamu baik, kamu beriman, kamu spesel.. sape penaya kamu, dorang memang tak beshhh!! jangan pedulikan mereka.. tak besh. tak besh.. okayyyyy???

=)


p/s: Kamu tahu siapa itu kamu kan?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...