Friday, April 29, 2011

Bone Mass Density Test


Pernah dengar pasal test ni?

Bagi yang belum tahu, ujian ni adalah untuk menilai tahap kalsium dan mineral2 tertentu yang ada dalam tulang kita. Daripada nilai tu, dapat diketahui, risiko untuk berlaku kepatahan tulang (fracture) atau risiko osteoporosis.




Result aku:

Aku berjaya memperoleh - 0.7 (kat tempat yang di garis tu..)

So, interpretasinya adalah:

Risiko adalah amat tipis.

Kalau korang boleh nampak dengan jelas gambar di atas, ia terbahagi kepada 3 zone.

Zone hijau ( -0.1 dan ke atas) : Normal
Zone kuning ( -1 hingga -2.5) : Risiko tinggi (indicates the beginning of bone loss)
Zone merah ( -2.5 dan ke bawah): Osteoporosis

So kau dapat faham aku di mana kan?

Alhamdulillah.

Tapi, tahun lepas aku buat jugak test ni. Result aku adalah 1. Errrrrrmmm....

So, kau faham kan tahap penurunan yang berlaku? huhu.

Apa2 pun, memang setiap tahun, tahap kalsium dalam badan akan menurun. Itu perkara biasa. Cuma kita boleh berusaha supaya tahapnya tidak menurun dengan kadar yang cepat dan sekaligus melambatkan proses osteoporosis.


Apa yang kita boleh berusaha buat adalah:

1) Minum susu Anlene (hehe, tak la..any susu tepung la.. bukan susu cair atau susu pekat okayy).

- ni aku buat on n off la.. tp tahun lepas lagi tak minum kot, berbanding tahun ni.. tahun ni ada la juga stok kt rumah..

2) Ambil supplement calcium (ini sekiranya tahap kalsium rendah la..kalau dah ok tak perlu la amik supplement. cukup kot dengan minum susu)

3) Kalau pagi2, jangan la dok jadi puteri lilin sangat.. tak perlu pakai payung kalau di bawah matahari pagi.. kerana cahaya matahari pagi tu akan mengaktifkan vitamin D (daripada keadaan tidak aktif) di dalam badan, lantas meningkatkan produktivitinya untuk membantu penyerapan Kalsium ke dalam tulang. Itulah antara kerja Vitamin D. Subhanallah.. semua itu hanya lah kepatuhan 'mereka' kepada Allah.

4) Kurangkan pengambilan caffein. Sehari jangan lebih 2 gelas. (okay...aku minum cawan je..so boleh lebih dari 2 cawan la kan?? kan lebih kecik dari gelas.. ;p)

- alasan! mungkin juga nilai kalsium aku menyusut disebabkan alasan ini.. ermmmm??

5) Exercise juga dapat membantu menguatkan tulang.

- ada jugak buat..tp mungkin kurang lagi kot..

6) Stop smoking.. say no to smoking ya.. no no no... ops, tak cukup... shud be NO NO NO.

7) Alcohol intake... jangan sekali2 ya.
Allah SWT pun sebut dalam al-Quran, "mudharatnya (arak) lebih tinggi dari manfaatnya". Maha Suci Allah, Maha Mengetahui segalanya.




p/s: Kawan aku dapat (-2).. ngeri. terus dia borong susu Anlene lps tu..huhu

p/s 2: Kak ika masuk wad dah tadi.. dah buka 1cm.
Semoga selamat semuanya..amiin. So esok kami ke KL.


Sunday, April 24, 2011

Bersyukur

Pesanan penaja:


Jangan lupa bersyukur..

renung-renungkan..

dan selamat beramal.

- Prof Izzi



Update.

Hari ni masuk hari ketiga aku berseorangan di rumah. Mama dan abah ke negeri seberang untuk menghadiri konvokesyen adindaku Salman Salim. Selamat dah dia menghabiskan theory2 dentistry selama 4 tahun. Tinggal lagi setahun utk menghabiskan klinikal pulak. Semoga dipermudahkan baginya. Amiin.


Kenapa aku setia tinggal kat rumah dan tak ikut mereka??

Sebab..

Aku berkhidmat untuk rakyat Baling dan sekitarnya. ---> ONCALL DAA..

Tapi mama tak pergi berdua saja dengan abah, kakak ikut sekali (kak maya).

Mereka akan balik semula insyaAllah dalam 2-3 hari lagi (cepatlah...cepatlahh.....).


Ok.

Cukup setakat ini dahulu.

=)


Orang bujang punya lauk..
(weyy...weyy...bukan malas la..mmg suka makan gini ja :p)

Tak percaya, tengok bawah ni:


Kat kedai pun aku order yang ni paaa...
(cuma presentasi dia ja sedikit baik la dari aku..huh, blh makan sudaaa..)



p/s: Esok perlu bertolak pukul 6 pagi sbb akan ke Alor Setar. Ada taklimat.

(Whatt??? ENAM PAGII???? BIAR BENNNAAA.....)

Ya, mmg benar. Tapi dengan driver. hehe... aku sambung tidur dalam kereta. jangan risau.. :p


Ok, penutup kata.. mari aku hidangkan kalian dengan lagu yang super best ni.. br 1st time dengar terus dia menangkap telinga ini. Huda Meow yang kenalkan lagu ni.. dia yang bertanggungjawab... anyway, thanks Huda.. =)





Tuesday, April 19, 2011

How do you expect kids to listen to parents?


When....



Tarzan lives half naked



Cinderella comes back home at midnight




Pinocchio lies all the time



Aladdin is the king of thieves



Batman drives at 320km/h

Sleeping Beauty is lazy


and...



Snow White lives with 7 guys


Moral: Di samping tengok cerita2 ni, ajarin anak2 apa yang baik, apa yang tak baik..

Credit: Bilal Nadiah (friend of mine @fb. i just copypaste from her status)

Sunday, April 17, 2011

Kursus Umrah atas talian



Untuk perkongsian.

Bagi yang tak sempat mengikuti kursus yang dijalankan secara live, tengokla video ni.
Semoga dapat pencerahan.

Kebetulan jumpa koleksi video ni, so share yang ni je la.

Ada 6 parts kesemuanya:


Part 1:





Part 2:





Part 3:





Part 4:





Part 5:





Part 6:






p/s: tudiaa..lama benar tinggal. belajar masa sekolah rendah n menengah je. ni baru nak refresh balik, baru cerah sikit kepala otak ni..




Tuesday, April 12, 2011

S'JORA





Pernah dengar mende ni?

Ini adalah sejenis air minuman. Pernah rasa?

Ada combination TROPICAL PINEAPLLE+SUSU dan juga MANGO PEACH+SUSU.




Hebat kali rasanya (sebab ada susu, so rasa a bit creamy..yummeyh). Kalau dah pernah rasa, takpa. Tapi orang Pengkalan Hulu ni baru first time tengok dan rasa. Sebab itu dia kelihatan jakun (well, seperti biasa dia mmg jakun).

Kalau anda macam orang Pengkalan Hulu ni, dan teringin mau rasa, sila pigi ke Aeon Cheras Selatan. Cari kat food court.

Tempat lain pun ada kot.. i yang tak tau.. =)




Sama tapi tak serupa. Both perisa aku coba.
=)

Wednesday, April 6, 2011

Rasa BERTUHAN.

Ini merupakan lagu fav aku n gie time kami menjadi roomate kat UM dulu. Dengar lagu ni mesti hati tersentuh, i cant explain it.





Herm..dulu ada kontroversi sikit sbb Mawaddah ni kumpulan bawah Al-Arqam. Tapi personally aku rasa kebanyakan lagu-lagu dia tak menjurus ke arah Arqam sangat (wallahua'lam, aku tak pandai interpret sangat. tp literally dengar takde masalah la).

Malah lagu dia menginsafkan dan mengingatkan kita pada Allah dan Rasulullah.


Ini pulak versi arab. Kami dah hafal both version (dulu la.. sekarang kena tgk lirik balik kot utk version arab ni..hehe)


.JAUH.

Gambar diambil dari sini.


Ketika di kaunter mendispen ubat kepada seorang makcik berumur lebih kurang late 60's. Nampak tak larat makcik ni. Slow ja jalan.



Aku: Makcik, ni ubat utk bla..bla..bla.. makan macam ni.. bla..bla..bla..

Makcik: Ok. Terima kasih. Untuk berapa lama ni? Makcik minta kat doktor untuk 2 bln.

Aku: Untuk sebulan dulu makcik na. Bln depan mai sambung ubat lagi. Tapi makcik kena jumpa doktor lepas 2 bulan na.

Makcik: Tapi makcik minta 2 bulan. Susah la nak mai pulak.

Aku: Makcik dok mana?

Makcik: Dekat Pulai ja.. (Pulai lebih kurang 10min jarak ke Hosp). Tapi susah la nak mai sini. Takdak sapa nak bawak. Ni pun mintak tolong depa ni hantar (jiran dia kot).

Aku: Hmm.. tapi orang lain pun blh ambil, makcik. Makcik tak payah mai la. Mintak tolong sapa2 mai. Makcik bg surat ni (slip prescription) kt dia na.

Jiran: Oo, orang lain pun blh mai ambil? Ok..ok.. takpa la macam tu.

Makcik: Ooo..ok2.



Sambil nak berlalu, makcik tu tgk balik kt aku dan cakap dgn nada sedih,
" Anak-anak pun tak dak...semua kerja jauh-jauh".

Aku terdiam. Senyum tawar pada makcik tu tanda simpati. Air mata terus berlegar2 kt kelopak mata dan cepat2 aku ambil ubat utk patient seterusnya.



p/s: Aku pun pernah kerja jauh. Mujur aku masih belum berumahtangga/berkeluarga. So, bila mama ada appointment @Hosp Ipoh (Skin Clinic) aku akan ambil cuti utk temankan mama.


Tapi sekarang dah tinggal sekali, takde masalah la. Selalu mama minta appointment hari Jumaat, so mmg tiada masalah sbb aku di Kedah mmg cuti. Cuma kalau tak dapat hari Jumaat, aku amik cuti la.


Aku cuba menjadi anak yang taat dan berbakti pada ibu bapaku tapi aku ni masih sangat jauuuuuhh lagi nak mencapai tahap tu. Jauh. Kadang2 keras hati, kadang2 degil, kadang2 emo. Tapi hati aku sangat cepat tersentuh bila tengok ada ibu bapa yang kehilangan/ketandusan kasih sayang dari anak2. Janganlah ibu bapaku merasa benda yang sama. Na'uzubillah.


Kalau berjauhan, jangan lupa hubungi ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan leka dari pulang menjenguk ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan lupa hulurkan sedikit hasil kerja kita kepada ibu bapa. Mereka telah bersusah payah membesarkan kita sehingga kita berjaya seperti sekarang, dan mereka layak memperoleh balasan yang setimpal dengannya.


"Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak aku masih kecil."


Monday, April 4, 2011

Productivity


P = Productivity
O = Output
I = Input

Aku belajar konsep ni time pergi satu kursus yang lepas.

Simple je.
(As usual, theory..memang la simple. Tp implementation tu yang selalu problem tu.)

Ini antara konsep yang digunakan oleh Human Resource Department untuk menguruskan syarikat masing2 dan memastikan prestasi syarikat berada di tahap yang meningkat, atau kalau tiada peningkatan pun, mungkin bagi memastikan tidak mengalami kerugian.

Okay, mari berpraktikal secara theory (huh??? ape2 je lah kak limahhh)

********************************************

Situasi A: Kalau pendapatan syarikat (output) korang berkurangan, apa korang nak buat??(Ini adalah situasi di mana output adalah pendapatan)
-
-
-

TEETTTTTTT..masa dah tamat.

Skema jawapan (a.k.a jawapan aku):
Kurangkanlah pekerja (input). Atau kurangkan penggunaan input2 lain (eg: elektrik, air, paper, atau mudah cerita..kurangkan pembaziran). Atau sekiranya ada byk kedai, kurangkan. Tutup mana kedai yg nampak tak memberikan hasil yang sepatutnya. Dari situ blh kurangkan pengeluaran wang pada perkara yg tidak mdatangkan keuntungan.

Cut off bonus. Jangan bagi bonus kat depa (huhu...kejam!). Kalau dulu hantar kursus di hotel2, sekarang hantar saja mereka berkursus di dewan kolej2 tertentu tanpa perlu bermalam (pergi-balik setiap hari okay. tak kira jauh mana rumah pekerja anda). Bagi depa makan MENU SIHAT. So boleh cut bajet di situ. Begitulah kekejaman yg perlu anda lakukan.

Oleh itu, anda boleh maintain tahap productivity supaya ianya tidak jatuh dan mempengaruhi prestasi syarikat anda.

So theory bukan?? hehe. (ok, perenggan kedua tu dh dipraktikkan..huhu)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Mari cuba yang kedua pulak.

Situasi B: Kalau korang punya dana (input) sedikit. Apa perlu korang buat adik2 kakak2 abang2 sekalian??
(Ini adalah situasi di mana dana sebagai input. Sbb output anda adalah Jamuan (sbg contoh))
-
-
-
TEETTTT... dah. tak boleh tiru yg atas la. situasi berlainan.

Skema jawapan:
Kurangkanlah output.
Walaupun kadangkala kita ingat output yang banyak itu, menunjukkan lebih produktif, tetapi ia tidak semestinya benar. Perlu pada tempatnya. Kalau tinggi output tapi tak berkualiti, apa maknanya semua itu?? apa maknanya??? (buat2 emo)

*********************************************


Ok. sekian.

Ada sesiapa blurr dalam kisah ini??

Hm, mari aku explain dgn lebih lanjut dan jelas.

Al kisahnya begini.

Tadi kami meeting bulanan. Ada satu isu dibangkitkan.

  • Isu: Duit dana yang dikumpul setiap bulan nampaknya tidak cukup bagi menampung bermacam2 jamuan yang kita adakan setiap tahun. Oleh itu, dicadangkan supaya kutipan asing di buat sekiranya nak buat jamuan2 seperti jamuan birthday, beli hadiah birthday, jamuan perpisahan, jamuan raya, jamuan raikan student, etc.

(see??? banyak tak jamuan kami?? tu tak termasuk jamuan bulanan lagi tu..tp itu excepted sbb tak guna duit dana. Itu unit masing2 pakat2 kutip sesama mereka)

  • Masalah: Bila cakap pasal kutip duit, tahu2 sajalah... siapa suka? Masing2 berat untuk menyokong cadangan tu. Macam2 idea keluar untuk memastikan jamuan2 tu dapat diadakan juga. Tapi yang aku nampak, tak penting pun jamuan2 tu utk nak diadakan. I mean, bukan lah priority. Kan dah ada jamuan bulanan? Tp kami kt farmasi ni mmg kuat makan. Tu sbb susah nak terima kenyataan 'kurang jamuan' tu.

Untuk kumpul duit orang berat. Untuk guna duit dana, duit tak cukup. Tapi masih taknak mengalah, nak jugak jamuan2 tu.

Last2 kawan aku bersuara. Dia keluarkan konsep ni.

Input kurang, so output pun mesti la dikurangkan. Duit kurang, jamuan perlu dikurangkan. Tidak bermakna tak sambut besday, tak sambut jamuan raya, tak buat semua2 seperti di atas. Tp why not kita join venture ngan unit yg buat jamuan pd bulan2 tertentu tu? (harap maklum: idea join venture ni org lain yg keluarkan dulu tp dia mcm tak konfiden dan org lain tak dengar. so kwn aku amik idea tu dan perkukuhkan dgn hujah2 productivity ni.)

Pastu dorang setuju. (logik kot)

Bos (yg nmpaknya tak berpuas hati) berkata, "ok kalau mcm tu nayala sapa punya turn yg nak join venture tu. Kena buat grand2."

"We dont have to make it grand. buat mcm biasa la.. cuma kalau perlu nak tambah beli kek ka... apa ka, baru guna duit dana. Sikit2 je, tak perlu banyak. Kalau dulu makanan semua kita guna duit dana, jadi kat sini kita dah cut off bajet dari segi tu. Banyak tu blh jimat." katanya (semua dialog dalam bhs malaysia. sbb dia tu tak reti speaking ;p)

Pastu semua orang bersetuju. Dan bos terpaksa bersetuju. hehe.

Ok. Itu lah yang nak disampaikan dalam Situasi B di atas.
Sekarang ada paham??


p/s: Main bantai je mengaitkan konsep ni dengan isu di atas. Tapi macam logik je.. hermmm =)

Sunday, April 3, 2011

Renungan buat yang bergelar anak (oh, itu aku).

(Anugerah berharga)


When I spill some food on my nice clean dress,
Or maybe forget to tie my shoe,
Please be patient and perhaps reminisce,
About the many hours I spent with you.


When I taught you how to eat with care,
Plus tying laces and your numbers, too,
Dressing yourself and combing your hair,
Those were precious hours spent with you.


So when I forget what I was about to say,
Just give me a minute-or-two,
It probably wasn't important anyway,
And I would much rather listen just to you.


If I tell the story one more time,
And you know the ending through and through,
Please remember your first nursery rhyme,
When I rehearsed it a hundred times with you.


When my legs are tired and it's hard to stand,
Or walk the steady pace that I would like to do,
Please take me carefully by my hand,
And guide me now as I often did for you.


By Virginia Bass, El Cajon,
California


*tears*

(Nampak frame ni di rumah my aunt. Ibu, sering merindui kasih anak-anaknya. Tapi anak?? -tepuk dada tanya iman. Aku pun sama ja. Sering terleka)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...