Friday, April 29, 2011

Bone Mass Density Test


Pernah dengar pasal test ni?

Bagi yang belum tahu, ujian ni adalah untuk menilai tahap kalsium dan mineral2 tertentu yang ada dalam tulang kita. Daripada nilai tu, dapat diketahui, risiko untuk berlaku kepatahan tulang (fracture) atau risiko osteoporosis.




Result aku:

Aku berjaya memperoleh - 0.7 (kat tempat yang di garis tu..)

So, interpretasinya adalah:

Risiko adalah amat tipis.

Kalau korang boleh nampak dengan jelas gambar di atas, ia terbahagi kepada 3 zone.

Zone hijau ( -0.1 dan ke atas) : Normal
Zone kuning ( -1 hingga -2.5) : Risiko tinggi (indicates the beginning of bone loss)
Zone merah ( -2.5 dan ke bawah): Osteoporosis

So kau dapat faham aku di mana kan?

Alhamdulillah.

Tapi, tahun lepas aku buat jugak test ni. Result aku adalah 1. Errrrrrmmm....

So, kau faham kan tahap penurunan yang berlaku? huhu.

Apa2 pun, memang setiap tahun, tahap kalsium dalam badan akan menurun. Itu perkara biasa. Cuma kita boleh berusaha supaya tahapnya tidak menurun dengan kadar yang cepat dan sekaligus melambatkan proses osteoporosis.


Apa yang kita boleh berusaha buat adalah:

1) Minum susu Anlene (hehe, tak la..any susu tepung la.. bukan susu cair atau susu pekat okayy).

- ni aku buat on n off la.. tp tahun lepas lagi tak minum kot, berbanding tahun ni.. tahun ni ada la juga stok kt rumah..

2) Ambil supplement calcium (ini sekiranya tahap kalsium rendah la..kalau dah ok tak perlu la amik supplement. cukup kot dengan minum susu)

3) Kalau pagi2, jangan la dok jadi puteri lilin sangat.. tak perlu pakai payung kalau di bawah matahari pagi.. kerana cahaya matahari pagi tu akan mengaktifkan vitamin D (daripada keadaan tidak aktif) di dalam badan, lantas meningkatkan produktivitinya untuk membantu penyerapan Kalsium ke dalam tulang. Itulah antara kerja Vitamin D. Subhanallah.. semua itu hanya lah kepatuhan 'mereka' kepada Allah.

4) Kurangkan pengambilan caffein. Sehari jangan lebih 2 gelas. (okay...aku minum cawan je..so boleh lebih dari 2 cawan la kan?? kan lebih kecik dari gelas.. ;p)

- alasan! mungkin juga nilai kalsium aku menyusut disebabkan alasan ini.. ermmmm??

5) Exercise juga dapat membantu menguatkan tulang.

- ada jugak buat..tp mungkin kurang lagi kot..

6) Stop smoking.. say no to smoking ya.. no no no... ops, tak cukup... shud be NO NO NO.

7) Alcohol intake... jangan sekali2 ya.
Allah SWT pun sebut dalam al-Quran, "mudharatnya (arak) lebih tinggi dari manfaatnya". Maha Suci Allah, Maha Mengetahui segalanya.




p/s: Kawan aku dapat (-2).. ngeri. terus dia borong susu Anlene lps tu..huhu

p/s 2: Kak ika masuk wad dah tadi.. dah buka 1cm.
Semoga selamat semuanya..amiin. So esok kami ke KL.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...