Showing posts with label NyumNyum. Show all posts
Showing posts with label NyumNyum. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Eshkrem.


Balik rumah lewat petang..

Terasa sangat dahaga..

Buka peti ais..

Minum air.


Seperti biasa, 'kastam' ini akan buka juga bahagian-bahagian lain dalam peti ais untuk melihat kalau-kalau ada perkembangan semasa..


Eh,

ADAAA!!!



Mama borong untuk seisi keluarga dan sanak sedara yang datang untuk kenduri semalam.

Selepas semua dah makan, banyak ini lagi bakinya...

Cuba teka mama borong berapa dozen????


Tetttt..

Masa dah tamat.

Aku pun tak tau. Tak tanya mama pun..he


Cuba teka sapa nak kena habiskan????

.
.
.

Ya Betulllllllll..

Aku.

Sebab kat rumah hanya tinggal:

1) K.ika yang tgh berpantang.

2) Abah pula tak layan mende ni.

3) Mama?
Mama TAK BOLEH makan banyak..
Aku tak kasi.
Nanti gula naik.


So, kita lihat, berapa lama stok ini akan bertahan..
hehe..



Sunday, June 5, 2011

XXXtra..



Rasanya lebih 5 bulan aku ngidam nak mende alah ni..

Aku terpengaruh ngan iklan kat radio.. (semua ni, iklan yg bersalah!)
Asik masuk kereta, mesti keluar iklan ni..
Meleleh saliva aku setiap kali dengar iklan dia..
Risau je kalau tak dapat cari, kang kempunan plak anak kt dlm perut ni.. (MERAPU!!)


Akhirnya, tanggal 2 Jun 2011, berjaya ketemu kedai ini di Jusco Perda..
Tak pernah mencari pun, tapi kebetulan ternampak kelibatnya kt situ, maka aku apa lagi.....

Gambar ini diambil oleh mamaku.. itu sbb kepala masuk sekerat je ye tuan2 puan2 sekalian.

Dengan excited sekali aku membuka bungkusan tersebut..

Dan....

Kecewa.




KENAPA MUKA DIA TAK SE'BEST' DALAM GAMBAR?????????

MANA BAWANG-BAWANGAN YG DIPOTONG DADU ITU??


p/s: Huh.

p/s 2: tapi aku makan dgn girang jugak... asal dah tak ngidam lagi lps ni...

p/s 3: dia kata 'prolong ur satisfaction'.. tp tak ah, terbantut ada.

=)
(p/s 4: eh, kenapa aku perlu tersenyum di situ? bkn kah ini post tak puas hati? pelik. erm, oh..mgkn sbb aku bajet senyumanku menawan. yeah. tau dah.)

p/s 5: ehhhh...ala.baju biru tu. asik pakai bj tuuu je. ok, nnti i beli bj baru ye.


Monday, May 16, 2011

Pisang dalam roti prata..


Ok.

Hari ni kita layan menu di atas ye.
Simple ja.
Roti prata yang berisi pisang..dan coklat dressing.
yummeyhhh.



Makan dalam kereta, selepas hantar k.fadh kat airport Penang.
K.fadh datang Kedah untuk acara ni.
Yaaa..betollll.. memang aku beli mende alah ni kat airport pun. Cane boleh tau?

:p

Actually cara makannya agak mencabar sedikit.
Sebab choc dressing tu cair, so dia asik nak meleleh keluar je.
Aku mengalami masalah yang sama (meleleh2 bila di gigit) jika aku makan Banana Pie by McD time dia still panas.
Tak tau la korang mengalaminya atau tak.



Cara membuatnya.
OOoohh..sonang ajo..
Buat sendiri pun boleh..



Nama dan harganya adalah seperti yang di atas.
Kalau berminat, sila cari kedai yang berkenaan.



Itu nama kedainya.
Ada tak kat tempat korang?
Cuba cek tengok.

=)


Tuesday, April 12, 2011

S'JORA





Pernah dengar mende ni?

Ini adalah sejenis air minuman. Pernah rasa?

Ada combination TROPICAL PINEAPLLE+SUSU dan juga MANGO PEACH+SUSU.




Hebat kali rasanya (sebab ada susu, so rasa a bit creamy..yummeyh). Kalau dah pernah rasa, takpa. Tapi orang Pengkalan Hulu ni baru first time tengok dan rasa. Sebab itu dia kelihatan jakun (well, seperti biasa dia mmg jakun).

Kalau anda macam orang Pengkalan Hulu ni, dan teringin mau rasa, sila pigi ke Aeon Cheras Selatan. Cari kat food court.

Tempat lain pun ada kot.. i yang tak tau.. =)




Sama tapi tak serupa. Both perisa aku coba.
=)

Tuesday, March 15, 2011

Petik stwabewy sendirian berhad...cool!! (mode: jakun)

Ok..aku memang jakun.
Baru first time berkesempatan cabut sendiri.
Tak pernah lagi sebelum ni.. tak pernah..kesian.

Oleh itu, izinkan aku ya? ya? :p

Ok. Intro:

Bayaran masuk untuk petik sendiri adalah RM10/person.
Min kena petik sebanyak 250gm. Kalau tak cukup, dia tambah la. Kalau lebih, tambah duit okay..jangan nak berangan nak ikat balik buah ke pokok.

Aku masuk bersama Yong, so kena RM20. Kutip sebanyak 500gm.






















Komen: Buah tak banyak sangat. Dah ramai yang kutip kot. Jenuh jugak nak mencukupkan 500gm tu. Kalau ada kesempatan lain, nak try tempat lain lak..

Siapa pernah pergi port yg banyak buah?? Sebab rasa macam pernah tengok gambar orang, banyak dan besar2 je buah dia.. tp tak sure tempat mana satu..

Oh, btw hasil kutipan tak dapat dirakam kerna bateri camera sudah kong sebelum acara berakhir..huhu.

p/s: Sekalung penghargaan buat adik ipar mithali (Yong) kerana sudi menawarkan diri menjadi jurukamera. Wuuu.. best gillllllaaaaaa!! (hehehe..)

Wednesday, March 9, 2011

Mari Berfondue Bersama Iman.

Ok..tajuk mau gempak ye.. macam acara istimewa gitew (ceceyyy, macam ada ja orang nak terpengaruh.. ;p)

Suatu ketika dulu, aku pernah kepingin banget mau rasa itu fondue..maka aku menyatakan hasratku itu di sebuah laman soSIAL yang hanya ingin dikenali sebagai mukabuku (bukan nama sebenar).


Lalu dengan girang sekali kawanku,Loh (juga bukan nama sebenar) meng'tag' aku pada gambar2 yang tak sewajarnya, seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah:


Arrgghhh..ia menambahkan lagi keinginan aku untuk mencoba mende alah ni..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..aku hanya mencari-cari peluang yang membolehkan aku memenuhi keinginanku ini (eeiiii...ayat memualkan).

Nak dipendekkan cerita, minggu ketiga bulan Feb, aku berjaya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur yang bukanlah bumi asing bagi aku. Pergi tu purposely nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka.

Jadi dikesempatan itu, aku mengambil peluang untuk memenuhi impian yang masih belum terlaksana. Wheheeee...







Ini lah dia tetamu kehormat dalam title kt atas tu..


O ooo...kami dah termembazir secebis stoberi..huhu. sayang.


PUAS HATI AKU! hehe. alhamdulillah..


Saturday, February 19, 2011

Hepibesdeituyu IMAN!!! =))

Hehehe..

Belum lagi da..
Tapi celebrate siap2 sbb minggu yg sepatutnya tu aku out station..huhu

Celebration dibuat bersama-sama geng hospital. Syaratnya berbunyi begini:

1. Sapa-sapa punya birthday, kami akan kumpul duit bg hadiah (bayaran setiap sorang telah ditetapkan).
2. Tuan punya birthday kena belanja makan besau.

Best dak? Best kan? kan? ...... KANNNNN???? (haa..baik korang kata best!)

Jadi yang pertamanya adalah turn aku. Dan aku memilih untuk makan-makan di pizza memandangkan ada menu baru (yg dah lapok jugak la, sbb aku dah lama tak makan mende ni..huhu). Maka, kami sepakat pergi PizzaHut yg terletak di Sg Petani, yg jaraknya lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. (huhu, nak buat camner, kt baling ada KFC ja..sob sob sob).

Disebabkan nak pergi ramai-ramai, maka aku datang kerja hari khamis tu bawa Avanza bg membolehkan semua menyumbat dalam 1 kereta. Kami 7 orang saja.

Lepas kerja hari khamis, kami terus bertolak beramai-ramai ke destinasi tujuan.

**************************************

Berikut adalah sedutan peristiwa kami di sana:

Kehadiran kami disambut oleh sorang minah n sorang amoi dengan senyuman yang manis sekali.

Ini mereka. Eh, amoi tu skali ke? Ingatkan penyambut tetamu tadi..hehe.sorry.

Inilah menu baru yang aku cakap tu. Sedap. Krupp krupp bile makan.

Ya ampuun...dia ni pun skali ke dlm group ni??? Hehe..memandai je aku cakap dorang ni penyambut tetamu. Muka dah layak dah tu.. (muka manis.. *okeh, semua dibenarkan muntah.silakan)




Cik Loh n Pn Akma =)

Tak. Tak. Saya tak tamak. Dorang yang letak manyiak-manyiak atas pinggan saya.. =(
(siapa 'Saya' itu dirahsiakan)

Rasanya time ni cameraman cakap sila bersedia, tp semua orang tak endahkan dia. Kesian.
(Cameraman adalah orang yg tiada dalam gmbr, dan bukan juga Loh)

|
|
|
V
Tiba time bayar.


Korang tau tak satu perkara?

Kalau kita bayar ala-carte guna Maybank card, dapat discount 30% wa cakap lu..
Hebat bukan??

(BUAT MUKA TERKEJUT, PELIIIIIISSSSSSSSSS!!!!)

*****************************

So, nak tahu tak apa hadiah yang aku dapat??

Haaaaaa....

JERENGGGGG!!!

Suka sangat tau!!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...