Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Rasa BERTUHAN.

Ini merupakan lagu fav aku n gie time kami menjadi roomate kat UM dulu. Dengar lagu ni mesti hati tersentuh, i cant explain it.





Herm..dulu ada kontroversi sikit sbb Mawaddah ni kumpulan bawah Al-Arqam. Tapi personally aku rasa kebanyakan lagu-lagu dia tak menjurus ke arah Arqam sangat (wallahua'lam, aku tak pandai interpret sangat. tp literally dengar takde masalah la).

Malah lagu dia menginsafkan dan mengingatkan kita pada Allah dan Rasulullah.


Ini pulak versi arab. Kami dah hafal both version (dulu la.. sekarang kena tgk lirik balik kot utk version arab ni..hehe)


.JAUH.

Gambar diambil dari sini.


Ketika di kaunter mendispen ubat kepada seorang makcik berumur lebih kurang late 60's. Nampak tak larat makcik ni. Slow ja jalan.



Aku: Makcik, ni ubat utk bla..bla..bla.. makan macam ni.. bla..bla..bla..

Makcik: Ok. Terima kasih. Untuk berapa lama ni? Makcik minta kat doktor untuk 2 bln.

Aku: Untuk sebulan dulu makcik na. Bln depan mai sambung ubat lagi. Tapi makcik kena jumpa doktor lepas 2 bulan na.

Makcik: Tapi makcik minta 2 bulan. Susah la nak mai pulak.

Aku: Makcik dok mana?

Makcik: Dekat Pulai ja.. (Pulai lebih kurang 10min jarak ke Hosp). Tapi susah la nak mai sini. Takdak sapa nak bawak. Ni pun mintak tolong depa ni hantar (jiran dia kot).

Aku: Hmm.. tapi orang lain pun blh ambil, makcik. Makcik tak payah mai la. Mintak tolong sapa2 mai. Makcik bg surat ni (slip prescription) kt dia na.

Jiran: Oo, orang lain pun blh mai ambil? Ok..ok.. takpa la macam tu.

Makcik: Ooo..ok2.



Sambil nak berlalu, makcik tu tgk balik kt aku dan cakap dgn nada sedih,
" Anak-anak pun tak dak...semua kerja jauh-jauh".

Aku terdiam. Senyum tawar pada makcik tu tanda simpati. Air mata terus berlegar2 kt kelopak mata dan cepat2 aku ambil ubat utk patient seterusnya.



p/s: Aku pun pernah kerja jauh. Mujur aku masih belum berumahtangga/berkeluarga. So, bila mama ada appointment @Hosp Ipoh (Skin Clinic) aku akan ambil cuti utk temankan mama.


Tapi sekarang dah tinggal sekali, takde masalah la. Selalu mama minta appointment hari Jumaat, so mmg tiada masalah sbb aku di Kedah mmg cuti. Cuma kalau tak dapat hari Jumaat, aku amik cuti la.


Aku cuba menjadi anak yang taat dan berbakti pada ibu bapaku tapi aku ni masih sangat jauuuuuhh lagi nak mencapai tahap tu. Jauh. Kadang2 keras hati, kadang2 degil, kadang2 emo. Tapi hati aku sangat cepat tersentuh bila tengok ada ibu bapa yang kehilangan/ketandusan kasih sayang dari anak2. Janganlah ibu bapaku merasa benda yang sama. Na'uzubillah.


Kalau berjauhan, jangan lupa hubungi ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan leka dari pulang menjenguk ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan lupa hulurkan sedikit hasil kerja kita kepada ibu bapa. Mereka telah bersusah payah membesarkan kita sehingga kita berjaya seperti sekarang, dan mereka layak memperoleh balasan yang setimpal dengannya.


"Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak aku masih kecil."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...