Saturday, July 30, 2011

Umrah Pertama ku: Raudhah

Post ini adalah sambungan kepada:
1. Intro
2. Perjalanan Pergi
3. Jeddah-Madinah
4. Masjid Nabawi


"Bila di Masjid Nabawi, kalau boleh pergilah Raudhah," Pesan maksu kepadaku bila tahu aku akan menunaikan umrah.
"Alhamdulillah, boleh la masuk Raudhah beberapa kali", aku pernah dengar ayat ni bila orang baru balik umrah.

Apakah itu Raudhah yang mereka maksudkan?

Sabda Rasulullah s.a.w, "Satu tempat di antara mimbarku dan rumahku adalah merupakan salah satu taman (Raudhah) dari taman syurga (Raudhatil Jannah)". Dan dikatakan kawasan ini adalah tempat mustajab doa. Di kawasan ini juga terletaknya maqam junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W, juga dua sahabat besar, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

Kalau kita tengok dalam Masjid Nabawi, ada 2 kawasan. Satu kawasan masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w dan kawasan selainnya adalah perluasan tambahan yang dilakukan selepas zaman Rasulullah. Ia dapat dibezakan dengan tiang-tiang yang terdapat dikawasan tersebut.

Tiang putih ni menandakan kawasan masjid asal yang rasulullah dirikan.

Tiang berbelang ni menandakan kawasan yang diperluaskan. Gambar ehsan dari Asyraf (super junior kisas yang juga rakan sejemaah)

Raudhah terletak di dalam masjid asal la. Of course la, sebab kedudukannya antara mimbar Rasulullah dan rumah baginda. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet berwarna hijau, berbanding kawasan lain dalam masjid yang menggunakan karpet merah. Selain itu, kawasan ini menjadi kawasan solat lelaki. Untung sekali orang lelaki, boleh masuk Raudhah bila-bila masa yang dikehendaki. Berbanding dengan wanita, kami hanya dibenarkan masuk ke Raudhah pada waktu-waktu tertentu iaitu selepas Subuh, selepas Zohor, dan selepas Isya'. Dan nak masuk juga bukan senang. Disebabkan masa terhad, maka memang setiap masa akan ramai la jemaah wanita yang nak berebut masuk Raudhah.

Untuk masuk ke Raudhah, kami dikehendaki berkumpul mengikut negara/tribe. Ada polis yang jaga. Masing-masing pegang stand yang ada tulis nama negara, contohnya; bagi Malaysia, Brunei, Indonesia, kami perlu berkumpul sebagai satu kumpulan. Kumpulan kami dinamakan (polis pegang stand yang tertulis), "Bahasa Malayu". hehe..lawak je. Kalau kita silap masuk group negara lain, atau kalau dia ternampak kita, dia akan jerit, "Malayu sini..Malayu sini..", atau, "Ibu..ibu..sini ibu..". Memang selalu la dengar polis jerit "ibu..ibu", sampaikan bila kami berada di Makkah, masing-masing rindukan jeritan tu..hehe. Antara kumpulan-kumpulan lain tu, macam Iran, India, etc.

Kami berkumpul sehingga tiba giliran kumpulan kami masuk. Mereka terpaksa buat ikut kumpulan begini untuk asingkan orang asia dengan puak-puak arab, iran, india yang badannya besar2 dan ganas2.. dorang ni, kalau dipanggil masuk je.."Brrrrrrrrruummmmmm". Pakat lari dan terasa macam ada gempa bumi seketika. Berebut-rebut. Kalau orang asia masuk sekali ngn dorang, maunya terpenyek kena rempuh.

Lama masanya untuk menunggu giliran masuk. Malam pertama tu, kami tunggu dari pukul 10pm, hampir pukul 12am br dapat masuk. Itu pun berebut-rebut. SANGAT! Bila dah masuk dalam kawasan Raudhah (karpet hijau), perasaan jadi sangat pilu terutama bila tengok maqam junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Air mata memang tak dapat dibendung lagi tatkala berdoa dan mengucapkan salam pada baginda. Juga kepada dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A. Di waktu tu mula la teringatkan perjuangan Rasulullah dan sahabat. Tapi malangnya tidak dapat berlama-lama di situ kerana keadaan sangat sesak dan orang tolak menolak.

Ini Raudhah di bahagian lelaki. Gambar ni ehsan dari blog ni. Di bahagian wanita juga ada polis yang menjaga macam ni. Tapi polis wanita berpakaian jubah hitam litup dari kepala smpai kaki. Nampak mata je.

Selepas mengucapkan salam pada Rasulullah dan sahabat, terus cari tempat yang strategik untuk menunaikan solat sunat. Satu lagi cabaran. Sangat sukar nak cari tempat solat. Bayangkan keadaan sangat sempit dan begitu ramai manusia, sampai even kita letak sutrah pun, still ada yang melangkah depan kita atau stay depan muka kita, sebab dia tak boleh jalan juga. Nak rukuk dan sujud terpaksa pending sementara tunggu orang depan kita beredar. Time tu, nak tolak guna tangan pun tak lepas la. dorang tak gerak pun.. Bukannya nak kata kat orang, even diri sendiri pun, kadang-kadang terstuck depan orang yg tgh bersolat, tak boleh bergerak. Memang istighfar habis la.. Tahu kan, Rasulullah melarang melintas di hadapan orang sedang bersolat. Sehingga ada satu hadis yang menyebut, " Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menuggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang solat itu. (perawi berkata: aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) (Riwayat Al-Bukhari)

Lepas solat, baru je angkat tangan untuk berdoa, polis dah panggil sambil tolak-tolak kita, "ibu..ibu..keluar ibu..keluar..". Sebab dia tahu kita dah habis solat. Dia tak bagi peluang kita doa sebab ramai lagi nak masuk. Itu sebab orang cakap, lepas solat jangan tadah tangan. Kalau tadah, dorang tahu kita dah habis solat, dorang suruh keluar. Tapi bila keadaan begitu, nak solat pun memang tak khusyuk la. Tapi ada je yang degil, even ditolak suruh keluar pun, masih tegap berada di situ..huhu.

Aku berpeluang 3 kali masuk ke Raudhah. Yang pertama iaitu pada malam kami tiba di Madinah. Kedua pada keesokan harinya. Ketiga, hari ketiga, hari akan berangkat ke Makkah. Pada pengalaman yang pertama, baru aku nampak bagaimana yang dikatakan Raudhah. Tak dinafikan bulu roma memang naik bila menjejak ke dalam Raudhah. Hati terasa sebak. Yang aku tahu, aku nak sujud di situ. Jadi aku berusaha untuk dapatkan tempat untuk bersolat dan berdoa.

Kemudian, aku ada peluang kedua. Pada hari kedua, sekali lagi aku menempuh cabaran yang sama. Tapi aku tak tahu apa yang bermain di fikiran aku, cuma aku rasa kurang selesa untuk sekali lagi melintasi orang-orang yang sedang bersolat. Semua orang seperti tidak bersalah, aku tidak pasti kenapa. Apakah larangan ini tidak benar ataupun mereka tidak tahu? Aku tak pasti. Tapi aku masuk juga dalam keadaan berat hati, tetapi aku mahu sekali lagi menziarahi maqam rasulullah.

Hari ketiga, selepas zohor kami ke Raudhah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Ini bukanlah wajib, tapi menurut mutawwif, hanya sebagai adab kerana hendak keluar dari Madinah. Sekali lagi aku perlu masuk ke dalam Raudhah. Sekali lagi hati aku gusar, antara mengejar kebaikan solat dan berdoa di dalamnya, atau menjauhi larangan Rasulullah melintasi orang bersolat. Antara perkara yang bermain di fikiran aku juga ialah, "aku dah berpeluang masuk, kenapa aku nak berebut lagi, bagi la peluang pada orang yg baru first time nak masuk". Aku benar-benar tersepit. Aku bertanyakan rakan sejemaah, tapi semuanya memberi jawapan yang kurang memuaskan, seperti, "tak pelah..bukan mudah nak dapat peluang ni..kami tetap nak masuk juga." Atau, "Iman tak nak masuk ke? ruginya..". Sukar untuk aku menjelaskan apa yang bermain di fikiranku. Aku berbelah bahagi.

Aku tanya pula pada mutawwif Indonesia yang assist kami, "Ustzh, saya sudah masuk 2 kali ke dalam Raudhah, sekarang saya hanya mahu masuk untuk wida.. boleh tak saya hanya wida di luar Raudhah tanpa masuk ke dalam untuk berebut-rebut dengan orang lain? Bagi la peluang pada yang baru nak masuk pertama kali. Boleh kah saya berfikiran begini?" Lalu ustzh jawab, "Masuk saja lah. Kamu sudah di sini. Bila lagi mau ada peluang ke mari, kita tak tahu. Sayang sekali kalau tak masuk buat sekelian kalinya." Aku akur walaupun hati aku masih berat.

Bila aku masuk, mulut aku tak berhenti-henti istighfar kerana aku sangat takut sekiranya aku terlintas orang solat. Berbanding kali pertama dan kedua di mana aku akan ikut arus orang, mereka masuk terus ke tengah. Tapi kali ni aku menyusur dari tepi dinding. Aku sebolehnya merapat ke dinding dan perlahan2 menyusur utk sampai ke depan. Dengan cara ni, secara tak langsung aku berpeluang berada di depan pagar maqam rasulullah dan sahabat. Perkara yang aku tak sempat nampak pada dua kunjungan yang sebelum ini, aku dapat lihat kali ni. Di mana di hadapan maqam rasulullah, ada beberapa jemaah (sepertinya jemaah India), menghulurkan kain kepada polis yg menjaga maqam rasulullah. Wanita tu minta polis tu usapkan kain dia di dinding maqam rasulullah. Polis tu menolak, tapi wanita tu menangis merayu-rayu untuk polis tu penuhi permintaan dia. Ini semua khurafat. Memang dah dijelaskan oleh mutawwif sebelum masuk ke dalam Raudhah.

Polis tu bacakan ayat al-Quran pasal perbuatan wanita tu (aku dengar macam familiar tp aku tak igt ayat dia). Perkara tu berlaku di depan aku dan aku menangis teresak2 menyaksikan polis tu bersungguh-sungguh menolak permintaan perempuan tu sambil membacakan ayat2 quran yang kena dengan tindakan perempuan tu (aku faham sikit2 je). Aku nangis sangat teresak2 macam anak kecil kehilangan ibu kat supermarket. Aku tak dapat tahan kesedihan. Di depan maqam Rasulullah perkara ni berlaku, dan aku terfikir, "pasti Rasulullah sedih melihat umatnya begini", sambil aku berdoa bersungguh2 supaya Allah jauhi aku dari perbuatan khurafat dan bid'ah. Lagi, polis tu menolak permintaan wanita tu sambil kata, "la..la..haaza bid'ah..haaza syaithoon..haaza syaithoon". Wanita tu masih lagi menangis-nangis merayu. Last sekali dia mengalah dan berlalu.

Gambar ehsan Asyraf

Tak habis dengan peristiwa tu, aku jalan lagi, sekali lagi aku tengok ada sekumpulan jemaah ni (macam jemaah India juga, dari segi pemakaiannya). Dok usap2 tiang Raudhah sambil menangis-nangis. Tiang itu pun tiada apa2 keistimewaan padanya, seperti yang dinyatakan oleh mutawwif. Tak tahu apa yang dipercayai oleh mereka. Tapi memang di tiang pun ada polis yang jaga. Bila orang usap-usap tiang, sapu-sapu kain kat tiang tu, polis akan tolak tangan dorang, tak bagi buat macam tu lagi. Melihatkan kejadian tu, sekali lagi hati aku sangat tersentuh. Aku menangis lagi teresak-esak. Aku menangis sebab melihatkan polis-polis ni bersungguh mengelakkan jemaah melakukan perkara khurafat/bid'ah. Aku rindukan rasulullah.

Pada kunjungan terakhir ni, aku tak solat sebab aku takde tempat yang lapang. Aku cuma berdoa sahaja. Tapi kalau jemaah Indonesia, dorang akan ikut turn. Dua orang jaga, sorang solat. Yang jaga tu akan buat pagar la utk orang yang solat tu rukuk dan sujud. Kiranya orang lain tak boleh lalu sebab dorang dah pagar guna tangan. tapi ada jugak pagar yang pecah, bila jemaah India or iran masuk..he

Ada lagi perkara khurafat yang dilakukan di Raudhah iaitu, menulis nama di dinding Raudhah. Selepas selesai solat dan berdoa, mereka akan keluar.. di sepanjang jalan untuk keluar tu, ada kain putih yang diikat pada tiang untuk jadi laluan wanita ke raudhah. Kat kertas ni la pakat-pakat jemaah dok berebut tulis nama. Aku tension je, ada jemaah (india lagi), dia datang minta pen kat aku, dia nak tulis nama. AKu dalam keadaan tak relanya, aku bagi juga. Sekali, dia pi tulis semua nama kaum kerabat dia..banyak. dan LAMA! Last2, aku pi dok tepi dia..bg sign aku nak pen aku. Dia buat sign, "jap..jap". Aku stress ja. Bukan sebab aku kedekut taknak bagi pinjam pen, tapi sebab dia guna pen aku utk buat mende tu, so aku jadi marah. Nak cakap tp tak reti bahasa dia..arab dia tak faham lak..huhu..

So itu lah pengalaman aku di Raudhah. Untuk pengetahuan, bila aku balik Malaysia, aku cari balik apakah keistimewaan dan amalan sunat di Raudhah yang sebenarnnya, tetapi setakat ni aku tak jumpa mana-mana dalil berkenaannya melainkan hadis yang disebutkan di atas. Itupun, setakat ni aku tak jumpa lagi taraf hadis ni. Siapa tahu blh share. Jika ia Raudhah min Raudhatil Jannah, majlis ilmu juga merupakan Raudhah min Raudhatil Jannah. Adakah amalan-amalan sunat untuk dilakukan di sana? Apakah logik kemusykilan aku tu, sama ada perlu berebut2 dan melintasi orang bersolat, atau menjauhi larangan melintasi orang solat? As of hari ni, aku tak dapat lagi jawapan jelas dan tepat. Nak tanya ustaz pun, aku tak reti nak bina soalan. Kalau ustaz tu baca tulisan aku ni, mungkin br dia faham kot apa masalah aku sebenarnya.

Setiap yang masuk ke dalam raudhah, pasti menceritakan pengalamannya berapa kali berjaya masuk Raudhah, berapa kali dapat bersolat di dalamnya.. aku serba salah sama ada perlu berasa gembira atau bagaimana. Semoga amalanku diterima oleh Allah, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, aku mohon diampunkan oleh Allah, kerana aku berusaha untuk melakukan yang terbaik, namun ilmuku sangat terbatas di sana. Tiada sumber yang aku thiqqah, maka sukar untuk mendapatkan kepastian.

Mungkin cerita Raudhah aku berlainan dengan cerita Raudhah orang lain. Namun itu pengalaman yang aku rasai. Aku harap dapat pencerahan selepas ini.

Bersambung ke tajuk akan datang (belum tulis lagi.. =) )

p/s: Actually ada lagi point-point yang tertinggal. Tempat lawatan lain yang dipergi, sepanjang di Madinah.. nanti update lain la. Lepas tajuk Raudhah, aku akan cerita pengalaman di Makkah pula. Yang sampingan-sampingan akan di tulis dalam tajuk lain sambil-sambil.. tungguuu... =)

9 comments:

Xiet_Enigma said...

mula baca pasal raudhah tu Jie terus PK, kalau tak melawat tak sah ke umrah/haji?

Bagi orang yg tak pernah pegi mcm Jie, maybe tak faham macamne bestnya bila dapat menjejakkan kaki ke situ. Tapi macam hang cakap la. Hang pn jadi dok serba salah kan bila dh masuk beberapa kali and tengok org lain pun berebut2.

and satu lg pasal pkara2 bid'ah. and pkara2 yg rasullullah tak suka. mcm kita terpaksa lalu dpn org solat. susah kan nk buat sbb sgt ramai... terpaksa lalu jugak... tp klau dorang bg syarat pergi skali je. or apa2 la. agak2 boleh ke masalahni diselesaikan, atau kalau tak selesai pun, dikurangkan... tp mmg bajet mmg amat susah la kot kan... bayangla manusia berdoyon2. haha...

My point is. tak kisah la benda tu kita suke ke tak,tapi adakah benda tu benda yg afdal dilakukan. antara mengunjungi raudhah berkali2 yg mcm hg ckap tak jumpa lagi sunnah nya, dgn lalu dpn org solat beberapa kali, yg dh terang2 dlm hadith sahih...

I'm proud of you sebab hg ada rasa itu. maybe sbb hg tau and dah baca hadith. tp tau2 la berapa ramai org yg pk mcm hang... even orang arab sendiri.

p/s: Best pengalaman yg hg share. buat org yg membaca pn menangis and insaf... :P

tengku azri said...

tak habis baca lagi, tp sangat setuju dengan amalan tidak melintas di depan orang solat & tidak mengambil ringan perkara itu

~ I M A N ~ said...

ke Madinah tu hanya sekadar ziarah. tak termasuk dalam rukun umrah pun. tapi madinah ni bumi mulia. maka memang rugi kalau tak masuk. tap yang masalahnya bila kita tak tau priority. Aku rasa memang kerajaan Saudi pun tak boleh nak kawal supaya setiap orang masuk sekali sahaja. Bayangkanlah, semua datang dengan kepercayaan sendiri. Masuk ke Raudhah pun semua dengan kepercayaan masing2. Ada yang beranggapan, kalau tulis nama kt dinding tu, sebagai bukti dia telah datang ke situ, konon Rasulullah akan tengok tulisan tu la. Ada yang macam2 lagi kepercayaan. Ada yang masuknya sebagai tujuan untuk bersolat dan berdoa sahaja. Pelbagai niat, ada yang baik dan ada yang khurafat/bid'ah. Bila mereka dah ada keyakinan masing, no matter what, mereka akan berusaha untuk masuk jugak walau dihalang. Memang itu yang berlaku. Sampai bergaduh2 dengan polis, sbb dorang nak potong line utk masuk..mmg mustahil la kalau nak disekat macam tu.

Bagi aku, masalah sekarang adalah prioriti la kot. Tapi berapa orang je pun blh fikir. Ada perkara yang kita nampak sebagai, baiikk. tapi mungkin itu bukanlah yang terbaik. Dan sebaliknya, Allah jua yang Maha Mengetahui.

tengku azri said...

Kena cari hadis ni yg ditulis dalam ni, kot bahasa Melayu / matan & terjemahan penuhnya:

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Masjid_al-Nabawi#Ar-Riaz-ul-Jannah

~ I M A N ~ said...

thanks. dh baca.
tp sumber wikipedia ni..ermm.
takpe, lps dpt satu hadis dlm artikel wikipedia tu, sy jumpa satu artikel lain yg best. nnti sy share. =)

Ashikin said...

dah jumpe! iman dah jumpe! iman dah jumpe rasulullah saw!!!! argghhhh jealousnye!

bace pun dah sebak, kalo akak kat tempat iman, gane agaknye perasaan ^_^

akak xtau pasal raudhah tu langsung.so xtau ape2 dalil pun. kirenye, kalo xmasuk kat situ, xleh jumpe makam rasulullah ek iman?

iman buleh try tanye kat dr asri kat email ni: drmaza71@gmail.com

iman try tengok dulu kat web Minda Tajdid dia samada dah ade atau x pasal ni, tp akak rase macam xde lagi je...then iman email lah kat dia. soalan bg pendek & jelas, insya allah, dia balas kot kalo bab2 berkenaan ngan ibadah ni, lagi2 bab haji & umrah.

~ I M A N ~ said...

Kalau tak masuk Raudhah tak jumpa la makam Rasulullah. Tp kalau tgk live TV kat Madeenah dulu, Raudhah lelaki tak se'packed' Raudhah wanita. Ruangnya lebih besar. Nampak la juga karpetnya.. kalau Raudhah wanita, kwsnnya lebih kecil. Pastu tahap ramainya, smpai susah nk nmpak karpet, punya sesaknya orang..

Jenguk gak kt Minda Tajdid, tp tak jumpa lagi bab ni. Nnti iman cuba tanya..

musafir 27 said...

Apa guna pegi raudhah banyak kali, kalau balik umrah/haji, baru sampai KLIA tudung dah terbang..Nauzubillah..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...