Saturday, July 30, 2011

Umrah Pertama ku: Masjid Nabawi

Post ini adalah sambungan kepada:
1. Intro
2. Perjalanan Pergi
3. Jeddah-Madinah


Masjid Nabawi.

Sebut sahaja Masjid Nabawi, semua pasti terbayang bumbungnya yang akan terbuka pada waktu siang, dan kudup di waktu malam. Sangat special. Dan cantik. I mean, keseluruhanya, semua cantik. Dari luar, juga di dalam masjid itu sendiri.



Gambar dari Asyraf (rakan sejemaah)


Kawasan lelaki, sebab wanita tak boleh bawa camera

Untuk masuk ke tempat solat wanita, akan ada pegawai penguatkuasa yang menjaga pintu masuk. Pintu masuk yang kami gunakan ialah pintu 25 dan 26. Terdapat sangat banyak pintu di sekeliling masjid. Bagi mengelakkan kita tersesat, maka digalakkan untuk masuk pintu yang paling hampir dengan laluan dari hotel kita, dan perlu ingat nombor pintu. Setiap pintu ada nombor dan nama. Digalakkan jemaah untuk mengingat nombor pintu instead of nama pintu, kerana dikhuatiri bila dah gelabah, mula tak ingat nama yang dihafal tadi. Kalau hafal nombor, agak mudah la untuk ingat.

Tempat kasut terletak di luar. tapi ramai jemaah bawa beg sendiri, untuk letak kasut dan di bawa masuk hingga ke tempat solat. Ok, cerita balik pasal penguatkuasa yang menjaga pintu masuk tu, tugasnya di situ adalah untuk memeriksa setiap jemaah yang akan masuk masjid. Kalau kita bawa beg, dia akan buka beg kita, cek kalau2 ada barang merbahaya atau camera (camera tak boleh di bawa masuk ke masjid Nabawi, bagi wanita sahaja. Lelaki boleh, tiada yang menjaga pintu masuk mereka. Sebabnya, aku pun tak tau). kalau tiada beg atau contohnya wanita2 yang berpakaian hitam litup semua, dia akan raba2 pakaian kita.

Penguatkuasa yang jaga pintu ni sangat strict dan garang. Diorang tak cakap banyak, boleh masuk dorang lepas, kalau ada bawa camera, dia tak bagi masuk masjid, TANPA KOMPROMI. Sebab aku kena juga..hehe. Aku mana tau tak boleh bawa camera. So camera tu mmg di dalam beg la. Kali pertama ni, nak jejak masuk Masjid Nabawi.. sekali dia buka beg, CAUGHT! Dia tak bagi aku masuk.

Aku cam, "Hahh??? takkan nak patah balik? orang dah nak solat kot...??" Aku buat muka kesian. Tapi tak jalaan. Dia tetap tak bagi masuk. Then orang depan aku yg dah lepas masuk, dia bagi hint suruh aku sorok dalam sock. Lalu aku pun bergerak lebih jauh dari pintu tu, aku keluarkan camera dan letak dalam poket seluar (dalam telekung). Then aku masuk pintu satu lagi, bersebelahan dengan pintu tadi. Pegawai lain pulak jaga. Alhamdulillah dia tak raba baju aku. Dia cek beg, then.. OK. (memang kalau bawa beg, dia hanya akan cek beg sahaja. Berbanding kalau tak bawa beg, dia akan cek pakaian). So, ingat ye..kalau ke Masjid nabawi, jangan bawa camera dalam beg.

Waktu solat yang pertama tu (Zohor), kami pergi lewat sikit. Kami masuk masjid time orang dah azan. Sangat mencabar nak masuk sebab orang dah mula solat (solat sunat qabliyah). Jadi semua orang yang masuk kemudian tu sukar untuk bergerak ke hadapan, terpaksa melintasi orang-orang yang sedang bersolat. Padahal sebenarnya kat saf depan2 masih lapang lagi. Itulah pengajarannya, jangan datang selepas azan. Datanglah lebih awal ke masjid supaya boleh memenuhi saf hadapan. Atau kalau rasa lewat dan kawasan pintu dan dipenuhi jemaah dalam saf, maka lebih baik masuk saf yang di luar masjid (bukan luar la, tapi di luar dari pintu masjid..tp kawasan masjid lagi la. rujuk gambar). Aku cakap macam tu sebab, daripada kita usaha juga nak masuk masjid, dan terpaksa melangkah/melintasi orang yang sedang solat yang mana kesalahannya amat besar di sisi agama, maka lebih baik solat di luar sahaja. Pahalanya sama juga seperti di dalam masjid. Ia masih dikira sebagai Masjid Nabawi. Kalau taknak juga, datang awal. Itu saja.

Gambar ni diambil dari sini . Kawasan luar ni yang aku maksudkan. Kalau agak datang lewat, solat kat luar je la. Ia masih dikira sebagai solat di dalam Masjid Nabawi.
Oh ya, nampak kubah hijau tu? Di bawah kubah tu la terletaknya maqam rasulullah. Maksudnya, kubah tu berada di masjid asal Rasulullah. Kalau masuk pintu wanita, memang tak nampak kubah ni, sebab ia terletak di hujuuung masjid, arah perkuburan Baqi'. Situ bahagian pintu lelaki. (oo..patut la aku tak perasan kewujudannya..)

Di dalam masjid, macam-macam cara solat yang akan kita jumpa. Ye la, bayangkanla muslim dari seluruh pelosok dunia datang. Berbagai-bagai mazhab. Jadi, janganlah kita merasa kita punya cara sahaja yang betul, dan orang lain punya cara salah. Kerna Rasulullah sendiri ada beberapa cara yang dilakukan dalam solat, cuma kita sahaja yang tak tahu. Tapi bila ada yang nak sujud tetiba letak tapak tangan di dahi supaya dia sujud di atas tapak tangan, erm, itu aku tak pernah baca. Wallahua'lam. Macam-macam lagi cara-cara yang dirasa pelik, tapi betul atau salah, aku serahkan pada Allah. Yang penting, semoga amalanku diterima Allah.


Pukul 1am, masjid ditutup.


Ikuti sambungannya di tajuk Raudhah (klik situ)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...