Thursday, July 19, 2012

Menunggu

Assalamualaykum..

Mama tak sihat.
Dua hari lepas dalam pkl 11 pg, sepupu call suruh blk tgk mama. Mama gigil. Badan panas. Eh, pagi td mama ok ja. Semalam memang mama kata mcm nak demam.aku dh bg panadol.

Aku pn bergegas balik, ambil emergency leave la. Sampai rmh makcik (sbb kebetulan mama dgn makcik di dewan orang ramai, ada jamuan. Tiba2 mama jd xlarat. Sepupu hntr ke rumah makcik).

Balik ambil glucometer, cek bacaan gula.. 16.3. Oh tinggi. Hyperglycemic ni. Makcik dah bagi panadol pada mama. Nak bawa mama ke hospital mama xlarat. Suruh tunggu kejap lagi. Sambil aku jelumkan kepala mama dengan kain basah.

Selepas sejam, cek balik gula mama dengan harapan ia menurun.. Tp 18.2 pulak.. O oo. Xboleh ni. Kena pegi hospital jgk. Kalau bacaan gula terlalu tinggi, pesakit boleh muntah2, cirit, dan koma. Mujur mama tak sampai tahap tu.

Pergi hospital terus ke emergency. Maklum kt MA, huperglycemic n fever. MA ambil suhu dan cek gula. Bacaan gula dah turun ke 15.2..alhmdulillah. Tapi masih tinggi la bacaan tu.

1 pint of normal saline dimasukkan dalam darah mama. Lama juga nak complete. Dah la kat a&e takde kerusi untuk aku duduk.. Lenguh kakiku..huhu. Disebabkan aku pernah bekerja di hospital baling dan kt a&e pn ada beberapa orang yang mengenali, nak tolong ambilkan kerusi untuk aku duduk tapi aku menolak.."xpa2..xpayah..saya ok..he". Tapi sebenarnya kakiku dah lenguh. Orang lain pun takde kerusi so aku segan la nak duduk. Tumpang duduk kt katil mama ja la. Hehe.

Hasil test darah n kencing, mama ada mild Urinary tract infection, very low Hb :7 (doctor kata mgkn sbb psoriasis). Psorisis mama pn tgh flare lately. Kemungkinan disebabkan UTI mama demam dan hyperglycemic, dan flare. Or the fever is due to flare psoriasis. Byk possibility. White blood cell pn slightly high (maybe due to secondary infection).

Apa2 pn mama discharged dgn hematinic (tambah darah), antibiotics and ural (both for UTI). Oh and pcm too..

After complete, dorang tak cel balik pn gula mama. Aku cek sendiri ja.. Bacaan 5.3. Ok dah tu. alhamdulillah.

Lepas balik rumah, mama still tak larat sebab demam. Keesokannya, pagi mama mcm stable walau masih demam. Aku pergi kerja macam biasa. Mama kata xpa. Mama tinggal sorang sebab abah kerja. Semalam tu abah tak dapat balik sebab dia
kerja dan agak jauh dari rumah.

Pastu deok tengah buat kerja kat klinik, mama telefon cakap tak larat. Aku pun balik rumah (emergency leave sekali lagi). Pagi abah dah belikan makanan kat mama. Aku balik pn, mama ok la. Tak demam teruk dan xde sign of hyper or hypoglycemic. Saja kot mama nak berteman. Bila tak sihat,dok pula sorang kat rumah, memang la rasa sayu ja. Kesian. Semoga mama cepat sembuh.

Hari ni iwan balik, ada cucu2, k.ira pn balik. Moga2 mama lebih ceria la..Selalunya kalau ramai2, mama sihat la. Rindu anak cucu gamaknya.

Pagi ni aku pergi kerja. Dah pesan suruh owan bertolak awal dari ipoh, sebab aku ada meeting di Alor Setar, tak boleh EL dah. Iwan ok. Dia pun memang nak btolak awal.

Sekarang depa dah kat rumah. Aku masih belum sampai rumah pun lagi. Depa kata mama ok hari ni. Tp tak nampak ceria lagi. Slow2 kot. Aku dah habis meeting. Now tengah menunggu suami kat hospital. Hari khamis, kami balik 3.30.. Swasta tetap balik pkl 5. Sambil menunggu, update blog yg dah berusang ni.

Mohon doakan kesejahteraan mama ye bg yang membaca. =)
Terima kasih.


Hujan di luar sana.. Allahumma shoyyiban nafi'a..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Hospital,Baling,Malaysia

2 comments:

Xiet_Enigma said...

Moga Mama cepat sembuh

~ I M A N ~ said...

Dah semakin baik..alhmdulillah. Tq beb =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...