Saturday, July 30, 2011

Umrah Pertama ku: Raudhah

Post ini adalah sambungan kepada:
1. Intro
2. Perjalanan Pergi
3. Jeddah-Madinah
4. Masjid Nabawi


"Bila di Masjid Nabawi, kalau boleh pergilah Raudhah," Pesan maksu kepadaku bila tahu aku akan menunaikan umrah.
"Alhamdulillah, boleh la masuk Raudhah beberapa kali", aku pernah dengar ayat ni bila orang baru balik umrah.

Apakah itu Raudhah yang mereka maksudkan?

Sabda Rasulullah s.a.w, "Satu tempat di antara mimbarku dan rumahku adalah merupakan salah satu taman (Raudhah) dari taman syurga (Raudhatil Jannah)". Dan dikatakan kawasan ini adalah tempat mustajab doa. Di kawasan ini juga terletaknya maqam junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W, juga dua sahabat besar, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

Kalau kita tengok dalam Masjid Nabawi, ada 2 kawasan. Satu kawasan masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w dan kawasan selainnya adalah perluasan tambahan yang dilakukan selepas zaman Rasulullah. Ia dapat dibezakan dengan tiang-tiang yang terdapat dikawasan tersebut.

Tiang putih ni menandakan kawasan masjid asal yang rasulullah dirikan.

Tiang berbelang ni menandakan kawasan yang diperluaskan. Gambar ehsan dari Asyraf (super junior kisas yang juga rakan sejemaah)

Raudhah terletak di dalam masjid asal la. Of course la, sebab kedudukannya antara mimbar Rasulullah dan rumah baginda. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet berwarna hijau, berbanding kawasan lain dalam masjid yang menggunakan karpet merah. Selain itu, kawasan ini menjadi kawasan solat lelaki. Untung sekali orang lelaki, boleh masuk Raudhah bila-bila masa yang dikehendaki. Berbanding dengan wanita, kami hanya dibenarkan masuk ke Raudhah pada waktu-waktu tertentu iaitu selepas Subuh, selepas Zohor, dan selepas Isya'. Dan nak masuk juga bukan senang. Disebabkan masa terhad, maka memang setiap masa akan ramai la jemaah wanita yang nak berebut masuk Raudhah.

Untuk masuk ke Raudhah, kami dikehendaki berkumpul mengikut negara/tribe. Ada polis yang jaga. Masing-masing pegang stand yang ada tulis nama negara, contohnya; bagi Malaysia, Brunei, Indonesia, kami perlu berkumpul sebagai satu kumpulan. Kumpulan kami dinamakan (polis pegang stand yang tertulis), "Bahasa Malayu". hehe..lawak je. Kalau kita silap masuk group negara lain, atau kalau dia ternampak kita, dia akan jerit, "Malayu sini..Malayu sini..", atau, "Ibu..ibu..sini ibu..". Memang selalu la dengar polis jerit "ibu..ibu", sampaikan bila kami berada di Makkah, masing-masing rindukan jeritan tu..hehe. Antara kumpulan-kumpulan lain tu, macam Iran, India, etc.

Kami berkumpul sehingga tiba giliran kumpulan kami masuk. Mereka terpaksa buat ikut kumpulan begini untuk asingkan orang asia dengan puak-puak arab, iran, india yang badannya besar2 dan ganas2.. dorang ni, kalau dipanggil masuk je.."Brrrrrrrrruummmmmm". Pakat lari dan terasa macam ada gempa bumi seketika. Berebut-rebut. Kalau orang asia masuk sekali ngn dorang, maunya terpenyek kena rempuh.

Lama masanya untuk menunggu giliran masuk. Malam pertama tu, kami tunggu dari pukul 10pm, hampir pukul 12am br dapat masuk. Itu pun berebut-rebut. SANGAT! Bila dah masuk dalam kawasan Raudhah (karpet hijau), perasaan jadi sangat pilu terutama bila tengok maqam junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Air mata memang tak dapat dibendung lagi tatkala berdoa dan mengucapkan salam pada baginda. Juga kepada dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A. Di waktu tu mula la teringatkan perjuangan Rasulullah dan sahabat. Tapi malangnya tidak dapat berlama-lama di situ kerana keadaan sangat sesak dan orang tolak menolak.

Ini Raudhah di bahagian lelaki. Gambar ni ehsan dari blog ni. Di bahagian wanita juga ada polis yang menjaga macam ni. Tapi polis wanita berpakaian jubah hitam litup dari kepala smpai kaki. Nampak mata je.

Selepas mengucapkan salam pada Rasulullah dan sahabat, terus cari tempat yang strategik untuk menunaikan solat sunat. Satu lagi cabaran. Sangat sukar nak cari tempat solat. Bayangkan keadaan sangat sempit dan begitu ramai manusia, sampai even kita letak sutrah pun, still ada yang melangkah depan kita atau stay depan muka kita, sebab dia tak boleh jalan juga. Nak rukuk dan sujud terpaksa pending sementara tunggu orang depan kita beredar. Time tu, nak tolak guna tangan pun tak lepas la. dorang tak gerak pun.. Bukannya nak kata kat orang, even diri sendiri pun, kadang-kadang terstuck depan orang yg tgh bersolat, tak boleh bergerak. Memang istighfar habis la.. Tahu kan, Rasulullah melarang melintas di hadapan orang sedang bersolat. Sehingga ada satu hadis yang menyebut, " Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menuggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang solat itu. (perawi berkata: aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) (Riwayat Al-Bukhari)

Lepas solat, baru je angkat tangan untuk berdoa, polis dah panggil sambil tolak-tolak kita, "ibu..ibu..keluar ibu..keluar..". Sebab dia tahu kita dah habis solat. Dia tak bagi peluang kita doa sebab ramai lagi nak masuk. Itu sebab orang cakap, lepas solat jangan tadah tangan. Kalau tadah, dorang tahu kita dah habis solat, dorang suruh keluar. Tapi bila keadaan begitu, nak solat pun memang tak khusyuk la. Tapi ada je yang degil, even ditolak suruh keluar pun, masih tegap berada di situ..huhu.

Aku berpeluang 3 kali masuk ke Raudhah. Yang pertama iaitu pada malam kami tiba di Madinah. Kedua pada keesokan harinya. Ketiga, hari ketiga, hari akan berangkat ke Makkah. Pada pengalaman yang pertama, baru aku nampak bagaimana yang dikatakan Raudhah. Tak dinafikan bulu roma memang naik bila menjejak ke dalam Raudhah. Hati terasa sebak. Yang aku tahu, aku nak sujud di situ. Jadi aku berusaha untuk dapatkan tempat untuk bersolat dan berdoa.

Kemudian, aku ada peluang kedua. Pada hari kedua, sekali lagi aku menempuh cabaran yang sama. Tapi aku tak tahu apa yang bermain di fikiran aku, cuma aku rasa kurang selesa untuk sekali lagi melintasi orang-orang yang sedang bersolat. Semua orang seperti tidak bersalah, aku tidak pasti kenapa. Apakah larangan ini tidak benar ataupun mereka tidak tahu? Aku tak pasti. Tapi aku masuk juga dalam keadaan berat hati, tetapi aku mahu sekali lagi menziarahi maqam rasulullah.

Hari ketiga, selepas zohor kami ke Raudhah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Ini bukanlah wajib, tapi menurut mutawwif, hanya sebagai adab kerana hendak keluar dari Madinah. Sekali lagi aku perlu masuk ke dalam Raudhah. Sekali lagi hati aku gusar, antara mengejar kebaikan solat dan berdoa di dalamnya, atau menjauhi larangan Rasulullah melintasi orang bersolat. Antara perkara yang bermain di fikiran aku juga ialah, "aku dah berpeluang masuk, kenapa aku nak berebut lagi, bagi la peluang pada orang yg baru first time nak masuk". Aku benar-benar tersepit. Aku bertanyakan rakan sejemaah, tapi semuanya memberi jawapan yang kurang memuaskan, seperti, "tak pelah..bukan mudah nak dapat peluang ni..kami tetap nak masuk juga." Atau, "Iman tak nak masuk ke? ruginya..". Sukar untuk aku menjelaskan apa yang bermain di fikiranku. Aku berbelah bahagi.

Aku tanya pula pada mutawwif Indonesia yang assist kami, "Ustzh, saya sudah masuk 2 kali ke dalam Raudhah, sekarang saya hanya mahu masuk untuk wida.. boleh tak saya hanya wida di luar Raudhah tanpa masuk ke dalam untuk berebut-rebut dengan orang lain? Bagi la peluang pada yang baru nak masuk pertama kali. Boleh kah saya berfikiran begini?" Lalu ustzh jawab, "Masuk saja lah. Kamu sudah di sini. Bila lagi mau ada peluang ke mari, kita tak tahu. Sayang sekali kalau tak masuk buat sekelian kalinya." Aku akur walaupun hati aku masih berat.

Bila aku masuk, mulut aku tak berhenti-henti istighfar kerana aku sangat takut sekiranya aku terlintas orang solat. Berbanding kali pertama dan kedua di mana aku akan ikut arus orang, mereka masuk terus ke tengah. Tapi kali ni aku menyusur dari tepi dinding. Aku sebolehnya merapat ke dinding dan perlahan2 menyusur utk sampai ke depan. Dengan cara ni, secara tak langsung aku berpeluang berada di depan pagar maqam rasulullah dan sahabat. Perkara yang aku tak sempat nampak pada dua kunjungan yang sebelum ini, aku dapat lihat kali ni. Di mana di hadapan maqam rasulullah, ada beberapa jemaah (sepertinya jemaah India), menghulurkan kain kepada polis yg menjaga maqam rasulullah. Wanita tu minta polis tu usapkan kain dia di dinding maqam rasulullah. Polis tu menolak, tapi wanita tu menangis merayu-rayu untuk polis tu penuhi permintaan dia. Ini semua khurafat. Memang dah dijelaskan oleh mutawwif sebelum masuk ke dalam Raudhah.

Polis tu bacakan ayat al-Quran pasal perbuatan wanita tu (aku dengar macam familiar tp aku tak igt ayat dia). Perkara tu berlaku di depan aku dan aku menangis teresak2 menyaksikan polis tu bersungguh-sungguh menolak permintaan perempuan tu sambil membacakan ayat2 quran yang kena dengan tindakan perempuan tu (aku faham sikit2 je). Aku nangis sangat teresak2 macam anak kecil kehilangan ibu kat supermarket. Aku tak dapat tahan kesedihan. Di depan maqam Rasulullah perkara ni berlaku, dan aku terfikir, "pasti Rasulullah sedih melihat umatnya begini", sambil aku berdoa bersungguh2 supaya Allah jauhi aku dari perbuatan khurafat dan bid'ah. Lagi, polis tu menolak permintaan wanita tu sambil kata, "la..la..haaza bid'ah..haaza syaithoon..haaza syaithoon". Wanita tu masih lagi menangis-nangis merayu. Last sekali dia mengalah dan berlalu.

Gambar ehsan Asyraf

Tak habis dengan peristiwa tu, aku jalan lagi, sekali lagi aku tengok ada sekumpulan jemaah ni (macam jemaah India juga, dari segi pemakaiannya). Dok usap2 tiang Raudhah sambil menangis-nangis. Tiang itu pun tiada apa2 keistimewaan padanya, seperti yang dinyatakan oleh mutawwif. Tak tahu apa yang dipercayai oleh mereka. Tapi memang di tiang pun ada polis yang jaga. Bila orang usap-usap tiang, sapu-sapu kain kat tiang tu, polis akan tolak tangan dorang, tak bagi buat macam tu lagi. Melihatkan kejadian tu, sekali lagi hati aku sangat tersentuh. Aku menangis lagi teresak-esak. Aku menangis sebab melihatkan polis-polis ni bersungguh mengelakkan jemaah melakukan perkara khurafat/bid'ah. Aku rindukan rasulullah.

Pada kunjungan terakhir ni, aku tak solat sebab aku takde tempat yang lapang. Aku cuma berdoa sahaja. Tapi kalau jemaah Indonesia, dorang akan ikut turn. Dua orang jaga, sorang solat. Yang jaga tu akan buat pagar la utk orang yang solat tu rukuk dan sujud. Kiranya orang lain tak boleh lalu sebab dorang dah pagar guna tangan. tapi ada jugak pagar yang pecah, bila jemaah India or iran masuk..he

Ada lagi perkara khurafat yang dilakukan di Raudhah iaitu, menulis nama di dinding Raudhah. Selepas selesai solat dan berdoa, mereka akan keluar.. di sepanjang jalan untuk keluar tu, ada kain putih yang diikat pada tiang untuk jadi laluan wanita ke raudhah. Kat kertas ni la pakat-pakat jemaah dok berebut tulis nama. Aku tension je, ada jemaah (india lagi), dia datang minta pen kat aku, dia nak tulis nama. AKu dalam keadaan tak relanya, aku bagi juga. Sekali, dia pi tulis semua nama kaum kerabat dia..banyak. dan LAMA! Last2, aku pi dok tepi dia..bg sign aku nak pen aku. Dia buat sign, "jap..jap". Aku stress ja. Bukan sebab aku kedekut taknak bagi pinjam pen, tapi sebab dia guna pen aku utk buat mende tu, so aku jadi marah. Nak cakap tp tak reti bahasa dia..arab dia tak faham lak..huhu..

So itu lah pengalaman aku di Raudhah. Untuk pengetahuan, bila aku balik Malaysia, aku cari balik apakah keistimewaan dan amalan sunat di Raudhah yang sebenarnnya, tetapi setakat ni aku tak jumpa mana-mana dalil berkenaannya melainkan hadis yang disebutkan di atas. Itupun, setakat ni aku tak jumpa lagi taraf hadis ni. Siapa tahu blh share. Jika ia Raudhah min Raudhatil Jannah, majlis ilmu juga merupakan Raudhah min Raudhatil Jannah. Adakah amalan-amalan sunat untuk dilakukan di sana? Apakah logik kemusykilan aku tu, sama ada perlu berebut2 dan melintasi orang bersolat, atau menjauhi larangan melintasi orang solat? As of hari ni, aku tak dapat lagi jawapan jelas dan tepat. Nak tanya ustaz pun, aku tak reti nak bina soalan. Kalau ustaz tu baca tulisan aku ni, mungkin br dia faham kot apa masalah aku sebenarnya.

Setiap yang masuk ke dalam raudhah, pasti menceritakan pengalamannya berapa kali berjaya masuk Raudhah, berapa kali dapat bersolat di dalamnya.. aku serba salah sama ada perlu berasa gembira atau bagaimana. Semoga amalanku diterima oleh Allah, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, aku mohon diampunkan oleh Allah, kerana aku berusaha untuk melakukan yang terbaik, namun ilmuku sangat terbatas di sana. Tiada sumber yang aku thiqqah, maka sukar untuk mendapatkan kepastian.

Mungkin cerita Raudhah aku berlainan dengan cerita Raudhah orang lain. Namun itu pengalaman yang aku rasai. Aku harap dapat pencerahan selepas ini.

Bersambung ke tajuk akan datang (belum tulis lagi.. =) )

p/s: Actually ada lagi point-point yang tertinggal. Tempat lawatan lain yang dipergi, sepanjang di Madinah.. nanti update lain la. Lepas tajuk Raudhah, aku akan cerita pengalaman di Makkah pula. Yang sampingan-sampingan akan di tulis dalam tajuk lain sambil-sambil.. tungguuu... =)

Umrah Pertama ku: Masjid Nabawi

Post ini adalah sambungan kepada:
1. Intro
2. Perjalanan Pergi
3. Jeddah-Madinah


Masjid Nabawi.

Sebut sahaja Masjid Nabawi, semua pasti terbayang bumbungnya yang akan terbuka pada waktu siang, dan kudup di waktu malam. Sangat special. Dan cantik. I mean, keseluruhanya, semua cantik. Dari luar, juga di dalam masjid itu sendiri.



Gambar dari Asyraf (rakan sejemaah)


Kawasan lelaki, sebab wanita tak boleh bawa camera

Untuk masuk ke tempat solat wanita, akan ada pegawai penguatkuasa yang menjaga pintu masuk. Pintu masuk yang kami gunakan ialah pintu 25 dan 26. Terdapat sangat banyak pintu di sekeliling masjid. Bagi mengelakkan kita tersesat, maka digalakkan untuk masuk pintu yang paling hampir dengan laluan dari hotel kita, dan perlu ingat nombor pintu. Setiap pintu ada nombor dan nama. Digalakkan jemaah untuk mengingat nombor pintu instead of nama pintu, kerana dikhuatiri bila dah gelabah, mula tak ingat nama yang dihafal tadi. Kalau hafal nombor, agak mudah la untuk ingat.

Tempat kasut terletak di luar. tapi ramai jemaah bawa beg sendiri, untuk letak kasut dan di bawa masuk hingga ke tempat solat. Ok, cerita balik pasal penguatkuasa yang menjaga pintu masuk tu, tugasnya di situ adalah untuk memeriksa setiap jemaah yang akan masuk masjid. Kalau kita bawa beg, dia akan buka beg kita, cek kalau2 ada barang merbahaya atau camera (camera tak boleh di bawa masuk ke masjid Nabawi, bagi wanita sahaja. Lelaki boleh, tiada yang menjaga pintu masuk mereka. Sebabnya, aku pun tak tau). kalau tiada beg atau contohnya wanita2 yang berpakaian hitam litup semua, dia akan raba2 pakaian kita.

Penguatkuasa yang jaga pintu ni sangat strict dan garang. Diorang tak cakap banyak, boleh masuk dorang lepas, kalau ada bawa camera, dia tak bagi masuk masjid, TANPA KOMPROMI. Sebab aku kena juga..hehe. Aku mana tau tak boleh bawa camera. So camera tu mmg di dalam beg la. Kali pertama ni, nak jejak masuk Masjid Nabawi.. sekali dia buka beg, CAUGHT! Dia tak bagi aku masuk.

Aku cam, "Hahh??? takkan nak patah balik? orang dah nak solat kot...??" Aku buat muka kesian. Tapi tak jalaan. Dia tetap tak bagi masuk. Then orang depan aku yg dah lepas masuk, dia bagi hint suruh aku sorok dalam sock. Lalu aku pun bergerak lebih jauh dari pintu tu, aku keluarkan camera dan letak dalam poket seluar (dalam telekung). Then aku masuk pintu satu lagi, bersebelahan dengan pintu tadi. Pegawai lain pulak jaga. Alhamdulillah dia tak raba baju aku. Dia cek beg, then.. OK. (memang kalau bawa beg, dia hanya akan cek beg sahaja. Berbanding kalau tak bawa beg, dia akan cek pakaian). So, ingat ye..kalau ke Masjid nabawi, jangan bawa camera dalam beg.

Waktu solat yang pertama tu (Zohor), kami pergi lewat sikit. Kami masuk masjid time orang dah azan. Sangat mencabar nak masuk sebab orang dah mula solat (solat sunat qabliyah). Jadi semua orang yang masuk kemudian tu sukar untuk bergerak ke hadapan, terpaksa melintasi orang-orang yang sedang bersolat. Padahal sebenarnya kat saf depan2 masih lapang lagi. Itulah pengajarannya, jangan datang selepas azan. Datanglah lebih awal ke masjid supaya boleh memenuhi saf hadapan. Atau kalau rasa lewat dan kawasan pintu dan dipenuhi jemaah dalam saf, maka lebih baik masuk saf yang di luar masjid (bukan luar la, tapi di luar dari pintu masjid..tp kawasan masjid lagi la. rujuk gambar). Aku cakap macam tu sebab, daripada kita usaha juga nak masuk masjid, dan terpaksa melangkah/melintasi orang yang sedang solat yang mana kesalahannya amat besar di sisi agama, maka lebih baik solat di luar sahaja. Pahalanya sama juga seperti di dalam masjid. Ia masih dikira sebagai Masjid Nabawi. Kalau taknak juga, datang awal. Itu saja.

Gambar ni diambil dari sini . Kawasan luar ni yang aku maksudkan. Kalau agak datang lewat, solat kat luar je la. Ia masih dikira sebagai solat di dalam Masjid Nabawi.
Oh ya, nampak kubah hijau tu? Di bawah kubah tu la terletaknya maqam rasulullah. Maksudnya, kubah tu berada di masjid asal Rasulullah. Kalau masuk pintu wanita, memang tak nampak kubah ni, sebab ia terletak di hujuuung masjid, arah perkuburan Baqi'. Situ bahagian pintu lelaki. (oo..patut la aku tak perasan kewujudannya..)

Di dalam masjid, macam-macam cara solat yang akan kita jumpa. Ye la, bayangkanla muslim dari seluruh pelosok dunia datang. Berbagai-bagai mazhab. Jadi, janganlah kita merasa kita punya cara sahaja yang betul, dan orang lain punya cara salah. Kerna Rasulullah sendiri ada beberapa cara yang dilakukan dalam solat, cuma kita sahaja yang tak tahu. Tapi bila ada yang nak sujud tetiba letak tapak tangan di dahi supaya dia sujud di atas tapak tangan, erm, itu aku tak pernah baca. Wallahua'lam. Macam-macam lagi cara-cara yang dirasa pelik, tapi betul atau salah, aku serahkan pada Allah. Yang penting, semoga amalanku diterima Allah.


Pukul 1am, masjid ditutup.


Ikuti sambungannya di tajuk Raudhah (klik situ)

Umrah Pertama ku: Jeddah-Madinah

Sambungan dari:
1. Intro
2. Perjalanan Pergi
(belum baca? silalah klik)


Bas bertolak dari Jeddah ke Madinah pada pukul 6.30am. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 5-6 jam. Jarak Jeddah ke Madinah adalah dalam 400km++. Lebih kurang jarak Pgkln Hulu-KL la. Kalau ke KL, aku bawak paling 'slow and steady', makan 6 jam la jugak. Lebih kurang. Kalau tak 'steady', dalam 4 jam blh sampai dah ;p.

Jalan Jeddah ke Madinah straaight ja. Tiada pembangunan sangat yang dapat dilihat di sebelah kanan dan kiri jalan. Padang pasir saja yang ada. Bangunan pun 4 segi saja. Tiada seni.


Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di perhentian tepi jalan (macam RnR la). Tapi keadaannya sangat tak selesa. Bilik airnya kurang bersih. Airnya kecil. Tempatnya seperti tiada yang menjaga atau kurang dijaga. Tapi aku tidak terkejut sebab sebelum aku datang ke sini, aku telah diberi gambaran berkenaan perkara ini oleh orang yang pernah sampai terlebih dahulu. Kata orang, masjid sangat selesa, tapi tempat lain kurang sikit.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Dalam pukul 11.30am kami sampai ke hotel kami di Madinah iaitu Movenpick. Hotel ni terletak bersebelahan je dengan Masjid Nabawi. Alhamdulillah. First time tengok kedudukannya, terasa excited sangat.



Setibanya kami di hotel, kami bersiap-siap untuk solat Zohor. Zohor masuk dalam pukul 12.24noon. So, sempat la mandi-mandi dan tukar baju. Dah hampir 30jam tak mandi (dan tak tidur juga).


Ikuti sambungannya di tajuk Masjid Nabawi. (klik situ)

Umrah Pertama ku: Perjalanan Pergi

Sambungan dari Intro.. (klik kalau belum baca)

Pada tanggal 24 Jun 2011, aku bertolak dari KLIA ke Muscat pada pukul 2.05 pm menaiki Oman Air. Disebabkan naik Oman Air, maka kami transit dahulu di Muscat.
Bila pertama kali tengok jadual, "Ehh, dekat rupanya Muscat ngn KL ni.. bertolak pkl 2.05pm, smpai 4.30pm.. 2jam lebih ja..". Aku fikir dalam hati.

Kemudia, masa briefing, org yg incharge tu cakap, "Ok, seperti yang kita dapat lihat dalam jadual, kita akan bertolak pukul 2.15pm sebentar lagi, dan akan sampai 4.30pm.. 4.30pm, waktu Oman ye.. jangan pulak ada yang ingat, eh, dekatnya Malaysia dgn Oman.. 2 jam saja..", katanya bersahaja. Aku gelak ja, dalam hati, "ehh dia dengar ke kata hati aku tadi??" ngahaha. Tp bila dia sebut macam tu, aku rasa..msti sebab dia berpengalaman orang ingat perkara yang sama macam apa yang terlintas di fikiran aku mula2 tadi.. hehe

Waktu Oman dan Malaysia beza 4 jam. Oman lewat 4 jam dari Malaysia. So, bila kata kami sampai pukul 4.30pm, maka waktu sebenar Malaysia adalah 8.30pm.


Kami transit di Muscat sementara menunggu flight ke Jeddah pada pukul 11.30pm. 11.30pm waktu Oman, di Malaysia dah pukul 3.30am.

Cerita di Muscat,
Kami mempunyai masa yang agak lama (lebih kurang 5jam) di Muscat International Airport. Matawang Riyal Oman agak tinggi. Tukarannya lebih kurang RM8 = 1 RO. Ada jemaah yang tukar RM100, dan dapat lebih kurang 14RO gitu je. Memang down la..haha. Aku dan kebanyakan yang lain memang tak tukar la. Sebab bukan lama pun, rugi je kalau tukar pun. Kami dok jalan2 je dalam airport tu. Tapi kalau nak banding dari segi harga, walaupun matawangnya tinggi, tapi bila diconvert ke RM, lebih kurang je harganya dengan harga tempatan.

Aku agak lapar, nak cari makanan. Tapi makanan kat airport tu semua makanan sana. Aku tak selera sangat. Nak masuk coffee house mahal sangat lak..

Kemudian, dalam pukul 11.30pm kami bertolak dari Muscat ke Jeddah, memakan masa selama lebih kurang 2jam. Jadi, kami tiba di Jeddah dalam pukul 1.30am (waktu Malaysia pukul 5.30am). Setibanya kami di Jeddah, kami perlu menunggu bas untuk bertolak ke Madinah.


Subuh masuk dalam pukul 4am lebih. Selepas solat Subuh di Airport Jeddah, kami tunggu dan tunggu dan tunggu hingga bas tiba dalam pukul 7.30am (waktu Malaysia dah pukul berapa??...ya.. 12.30noon. Dah 24 jam kami tak tidur ni.. tidur pun tidur2 ayam ja la..dalam flight and di airport)


Ikuti sambungannya di Jeddah-Madinah.. (klik. klik kat situ kalau nak sambung lagi)

Tuesday, July 26, 2011

Umrah Pertama ku: Intro


Fuhhh..
Setelah berkurun aku mengumpulkan semangat utk menulis pengalaman seciput ini untuk dikongsi bersama kawan2 sekalian.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinan Allah, aku berjaya juga menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah. Aku bertolak ke sana pada tanggal 24 Jun 2011 - 5 Julai 2011. Tempoh 12 hari terasa teramat singkat sekali, membuatkan hati meronta-ronta ingin ke sana lagi. InsyaAllah, semoga Allah menjemput lagi di masa akan datang.

Aku pergi dengan jemaah Tabung Haji Travel. Aku buat tempahan tarikh lebih kurang dalam bulan November 2010. Masa tu duit memang belum cukup. Tapi agak-agak macam sempat kot..korang tau kan, aku bila nak tu, mmg tergedik2..memang tawakkal je la.. harap2 Allah permudahkan.

Alhamdulillah, Allah makbulkan.

Pada mulanya, tekad untuk ke Makkah tu untuk kononnya tenangkan hati seperti di dalam post yang lepas tu la. Kemudian, aku keluar dgn post ni pulak. Itu yang ditulis di dalam blog, tapi niat di dalam hati bukan sekadar itu. Banyak lagi harapan2 yang di bawa untuk dimohon di sana. Yang paling utama, aku mohon supaya mendapat keredhaan Allah, dan semoga umrahku diterima-Nya.

Baca Yaasin di kedai makan malam before berangkat, sebab time ni baru semua orang ada. Kenapa Yaasin? Saja. Sebab tak baca surah lain. he

Ikuti sambungan Perjalanan Pergi (klik kalau nak baca)

Sunday, July 24, 2011

~R.I.N.D.U~




Semalam pergi Giant..
Ada kedai2 kelilingnya..

Satu kedai tu jual buku dan cd Al-Quran..
cd Al-Quran dipasang di dalam kedai tu..
Suara yang ku kenali..
Bila lalu kedai tu, tiba2 air mata aku bergenang..
Aku terkenang Makkah..
Aku rindu..

Jalan lagi, ada kedai yang menjual barangan Haji dan Umrah..
Aku masuk kedai tu..
Tengok barang2 yang dipamerkan di kedai tu, hatiku tersentuh lagi..
Aku terkenang Makkah..
Aku rindu..

Kemudian, nampak kedai buku..
Aku masuk untuk mencari buku 'Travelog Haji' (ada jemaah yang sarankan baca buku ni hari tu) dan 'Rinduku Pada Baitullah'.
Bila pergi bahagian buku agama, ada satu rak dipenuhi buku2 haji dan umrah, keistimewaan 3 kota suci (Makkah, Madinah, dan Baitul Maqdis)..
Dalam mencari tajuk2 buku yang aku nak, aku belek satu persatu buku yang ada..
Air mata bergenang lagi..
Aku terkenang Makkah..
Aku rindu..




***********

Tadi, terbaca nukilan Dr.MAZA di sini.
Air mata terus mengalir..
Anda tahu mengapa...


p/s: Teringat perbualan dengan seorang staff Tabung Haji yang sering bawa jemaah Haji/Umrah sewaktu aku dah tiba di tanah air..

Ustaz: Macamana pergi sana? Ok?

Aku: Alhamdulillah..seronok sgt Ustaz.. nak kena kumpul duit lagi.. nak pegi lagi ni
Ustaz.. Erm, Ustaz seronok dak? Ye la, saya ni baru pertama kali pergi.. memang la perasaan sgt excited la.. Mungkin Ustaz yang dah selalu sangat pergi, dah rasa macam biasa dah..

Ustaz: Haihh..mana pulak.. Setiap kali nak pergi setiap kali tu rasa excited.. Mana mungkin saya tak seronok, sanalah tempat paling seronok dalam dunia ni.. Pergi banyak kali pun tak hilang rasa seronok tu..

Aku: Subhanallah.. seronoknya Ustaz, banyak peluang ke sana..=)


Monday, July 18, 2011

Update Panggilan Kaabah..




Heheheee...

Saja kasi suspen sket.

Btw,
hai.. hai.. hai.. saya Iman, masih ingat saya?
Tau la sy dah lama tak update.
Tp saya masih hidup, alhamdulillah.. =)

Actually dok terfikir-fikir, erm, mcm banyak ni nak di share.. tapi tak start menulis apa pun lagi..
InsyaAllah akan dikongsi bersama pengalaman tu..tp tak dapat dijanjikan bila.
Sbb dah lama tak menulis, jadi saya tak ingat macam mana nak mengayat. hehe..
Nanti ek!


p/s: Ceceeeyyyy.. perasan tak? perasan tak?
Guna 'saya' tu... hebat perubahan.
(ngeee..tak lah, sesaje je. Nnti tukar lak.. ikut keselesaan penulis.. apa2 pun, 'saya' ke, 'aku' ke... maknanya tetap 'ana' kan?)

Ok. Semoga bertemu lagi di post baru very2 soon, insyaAllah...

p/s 2: Perasan tak? perasan tak?
Gambar tu, i buat sendiri tau.
Cramp dah tangan ni.. "ouuww..shanteknyaaaaa..tak sia2 u!" (ok, tau dah. itu yg bermain di fikiran anda sekarang. sy dpt bace. tq in advance :p)

p/s 3: Sangat bersyukur jumpa link ni.. siaran live dari Masjidil Haram. Kalau kat bilik hotel di Makkah, kami sentiasa ON siaran ni.. 24jam. Walau kami tiada di bilik. hehe.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...