Monday, February 28, 2011

Khadijah binti Khuwailid by Firuz

Percaya atau tidak, aku selalu berangan nak buat video bermanfaat mcm ni... tp kau tahu kan, aku ni tak kreatif langsung. So, disebabkan ketidak-kreatif-an aku, maka, biarlah aku copy paste saja video sahabat aku ni untuk tatapan bersama..

Siapa itu Khadijah Binti Khuwailid?
Beliau adalah isteri kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Nak cerita lanjut, sila lah nonton video ini ya!
=)






Wednesday, February 23, 2011

Wear It Right (2) : Macamana Iman lilit shawl??

Assalamualaykum.
Hello.

Ini video Iman yg kedua.

Tudung ni dia pendek sikit kalau nak banding dgn shawl biasa.

So, apa Iman buat adalah, utamakan bahagian nak tutup dada. Tp tak perlu tinggal panjang sangat, sbb nnti tak cukup nak tutup belakang..

Berbanding kalau shawl biasa, Iman akan adjust bagi hujung lilitan tu dapat balik kt dagu. Panjang mana yg tinggal utk bhgn depan takde masalah sebab kita blh susun2 sampai dia kemas berada di depan dan tak selebeh. Kalau tak perasan, blh rujuk blk video ni.


Ok, mari nonton wayang 3 menit++






p/s: Okay, Iman tau lagu ni tak sesuai berada dalam vid ni.. ngantuk. Hehe. (Tp suke lagu ni =) )



Saturday, February 19, 2011

Kadangkala, dia memang tegas..

Tadi pergi Jusco@Perda dengan mama.

Jalan...jalan... lalu perut pun meronta untuk disuapkan barang sebutir dua nasi.

Aku nak makan Nandos, mama gak mau sih... mama nak nasi juga.. (kan dah cakap perut meronta minta nasik, haissshh!!)

Lalu, terpandang oleh kami satu kedai ini. Kebetulan pula, ianya baru disebut oleh Kak Mia beberapa hari lepas. Maka, kami pun berkeinginan juga untuk mencoba (aku je la, sbb mama x bc post kak mia..he). Tambahan pula, ianya menepati citarasa mama yang menginginkan nasi, berbanding Ayam Nandos yang hebat itu.


Bila masuk, kami order nasi, ayam penyet, dendeng belado, dan sup rawan. Penyejuk anak tekak pula, aku order pearl milk tea, manakala mama order air paling mahal di dunia.. mmg feveret mama la air ni.. AIR SEJUK! (takdak kat rumah tau air ni..kat kedai makan je blh jumpa.)

Pastu, apa yang tiba pada kami adalah seperti di bawah:

Pearl Milk Tea
Sorry la, terpaksa letak gambar air bersama model dia skali.
Package, nak buat macamana..


Sup Rawan


Ayam Penyet


Dendeng Belado

Aku sepertinya pelik melihat rupa Dendeng Belado ni.. setahu aku, Dendeng ni rupanya begini.

Rupa Dendeng Belado yang biasanya aku makan.
(Gambar ehsan dari internet)



Tapi apasal yang aku dapat ni berupa lain??? Siap celup tepung segala... apa kejadahnya semua ini????


Maka, aku panggil waiter tersebut.

Aku: Jap.
Waiter: Ye.
Aku: Ni apa ek? Rasanya sy minta Dendeng Belado.. ni bukan kot.
Waiter: (ragu-ragu)..Erm, yyyee. Ni Dendeng Belado (dgn nada yg sgt tak meyakinkan aku, kemudian dia sambung..) Erm, jap na. Saya tanya depa.
Aku: Ok.

Tapi, waiter tu tak datang balik ke kami. Aku panggil orang lain lak.

Aku: Jap dik. Ini bukan Dendeng Belado ni.. Dendeng Belado mana ada celup tepung. Cuba tgk gambar tu..mana ada kan?? (sambil tunjuk gambar pd dinding kedai..iklan x hengat ye kau..buatnye salah!) (nada i baik okay, bkn nada gado punya..).
Waiter: A ah..sorry, depa tersilap pg celup tepung.
Aku: (What??? silap??? and then ko tak btau pun silap. Marah ni..marah. Tapi ayat aku berbunyi mcm ni..) Lah..silap? Alaa, saya nak Dendeng Belado yg macam tu..
Waiter: Oh..pastu, tak mau yg ni?
Aku: Takmau (geleng-geleng). ----> Padahal, yang benarnya aku blh je makan. Tp aku nak ajar sket. Mana blh buat silap, then senyap2. Tak bertanggungjawab kot.
Waiter: Ok. Takpa, saya tukar.

Dok lama jap, baru datang daging tanpa celupan tepung.


Tapi aku masih tak puas hati.. perhatikan gambar Dendeng Belado yg sebenar di atas.. Dia sepatutnya dihiris nipis, dan diketuk2 sket br goreng/ bakar.. Tapi yg ni, seketul 'baqq' dia letak.. Haihhhh..

Tapi aku makan je la.. at least lbh baik kot dr td yg bercelop tepung tu.. huhu.

Lepas makan, aku pgl waiter.

Aku: Blh tanya sket? Sapa tukang masak ek?
Waiter: Errmm...orang jawa. (tp aku still tak konfiden dgn jawapan dia)
Aku: Orang jawa ke? Ermm..takde, ni.. blh saya bg cadangan tak? Macam ni.. Sbb sy ni suka masakan Jawa. Selalu juga makan kt kedai macam ni kt tempat lain. Tapi, rasanya Dendeng Belado dia bkn mcm ni.. Dia kena potong nipis2, then ketuk2 sket..br goreng. (Dengan belagak hebatnya aku menyatakan pendapat).
Tapi yg ni sedap dah.. yg td tu ye la silap kan.. tp yg adik bg kemudian ni mmg sedap, cuma kalau buat mcm tu mmg lg sedap tau. Cuba tgk gambar tu..kan dia nipis je kan??
Waiter: (Sengih kerang). Hee.. Dulu tukang masak lain.. tp dia dah tukar pg KL.. skarang tukang masak lain pulak.
Aku: Haa... dulu mesti Dendeng Belado macam dlm gmbr kan?
Waiter: (masih sengih kerang) Hm...yaa...
Aku: Okla. Saya cuma bg cadangan ja.. sbb tmpt lain buat mcm tu sedap tau..he
Waiter: Ok. terima kasih.

Note: Ni contoh ketegasan pertama. Aku tak puas hati utk keluar kedai selagi aku tak cakap mende ni..hehe. Poyos bukan???

Contoh kedua:

Aku pergi Nandos Jaya One 1-2 thn lepas. Time tu, ada waiter trainee. Kerek je.

Time order:
Aku tanya satu jenis dish br ni, sedap tak?
Dia jawab, "Entah. Tak pernah rasa" (gaya kerek okay)... aku cam, "hah?? ada ka jawab lagu tu???" (dalam hati ja..)

Then, tgh2 makan tu, aku nak minta tmbah order, aku pgl dia.. angkat tangan la, sbb dia ada kt hujung kedai. Sekali dia dari jauh terlenggak2, macam tanya aku, "ye, nak apa??" Isyaratnya macam tu la.. Aku cam...haihhhh, tak bley jadi ni...

Aku panggil sampai dia datang meja. Bila dia datang,
Aku: Adik, blh tanya, dah berapa lama kerja kt sini?
Waiter: (erksss..cuak). Ermm..br 3 bln.. kenapa?
Aku: Oh..dah 3 bln? Camni, tak patut tau jawab macam tu.. kena blajar juga cara layan customer mcmana..bila org tanya sedap ke tak, jawab la dgn baik, tak pernah cuba lagi.. Kalau customer panggil, datang meja la.. takkan tannya dari jauh. Mana pernah orang buat macam tu...
Waiter: Heheheee... (ok. itu saja reaksi dia. tak minta maaf pun)

Aku tak kesah. Yang penting aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Kalau tak cakap, kang dia tak belajar lak. Kan dia pun dalam tempoh trainee..

Sbb aku berpegang pada prinsip, belajar dari kesilapan.. tak kira anda masih student ka, dah bekerja ka, dah pangkat tinggi2 ka.. tp di mana saja tahap kita, kita tetap tak blh lari dari..BELAJAR UNTUK MENJADI LEBIH BAIK. Tak kira dari penjuru mana pengajaran itu blh diambil. Tak semestinya kena buat salah dulu, br nak belajar. So, jangan berhenti belajar la.

Sekian celoteh panjang dari aku.

ERMMMM, WAIT.

ERMM...

INI NAMPAK SEPERTI CEREWET KA??


NOTE: Aku dengan kompidennye ingat Dendeng Belado ni masakan Jawa okay.. tp rupanya br google balik, oh..rupanya Minang ka..hehe... (tp x kesah la..Ia tetap tak menjejaskan argument aku yg di atas..) ;p

Hepibesdeituyu IMAN!!! =))

Hehehe..

Belum lagi da..
Tapi celebrate siap2 sbb minggu yg sepatutnya tu aku out station..huhu

Celebration dibuat bersama-sama geng hospital. Syaratnya berbunyi begini:

1. Sapa-sapa punya birthday, kami akan kumpul duit bg hadiah (bayaran setiap sorang telah ditetapkan).
2. Tuan punya birthday kena belanja makan besau.

Best dak? Best kan? kan? ...... KANNNNN???? (haa..baik korang kata best!)

Jadi yang pertamanya adalah turn aku. Dan aku memilih untuk makan-makan di pizza memandangkan ada menu baru (yg dah lapok jugak la, sbb aku dah lama tak makan mende ni..huhu). Maka, kami sepakat pergi PizzaHut yg terletak di Sg Petani, yg jaraknya lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. (huhu, nak buat camner, kt baling ada KFC ja..sob sob sob).

Disebabkan nak pergi ramai-ramai, maka aku datang kerja hari khamis tu bawa Avanza bg membolehkan semua menyumbat dalam 1 kereta. Kami 7 orang saja.

Lepas kerja hari khamis, kami terus bertolak beramai-ramai ke destinasi tujuan.

**************************************

Berikut adalah sedutan peristiwa kami di sana:

Kehadiran kami disambut oleh sorang minah n sorang amoi dengan senyuman yang manis sekali.

Ini mereka. Eh, amoi tu skali ke? Ingatkan penyambut tetamu tadi..hehe.sorry.

Inilah menu baru yang aku cakap tu. Sedap. Krupp krupp bile makan.

Ya ampuun...dia ni pun skali ke dlm group ni??? Hehe..memandai je aku cakap dorang ni penyambut tetamu. Muka dah layak dah tu.. (muka manis.. *okeh, semua dibenarkan muntah.silakan)




Cik Loh n Pn Akma =)

Tak. Tak. Saya tak tamak. Dorang yang letak manyiak-manyiak atas pinggan saya.. =(
(siapa 'Saya' itu dirahsiakan)

Rasanya time ni cameraman cakap sila bersedia, tp semua orang tak endahkan dia. Kesian.
(Cameraman adalah orang yg tiada dalam gmbr, dan bukan juga Loh)

|
|
|
V
Tiba time bayar.


Korang tau tak satu perkara?

Kalau kita bayar ala-carte guna Maybank card, dapat discount 30% wa cakap lu..
Hebat bukan??

(BUAT MUKA TERKEJUT, PELIIIIIISSSSSSSSSS!!!!)

*****************************

So, nak tahu tak apa hadiah yang aku dapat??

Haaaaaa....

JERENGGGGG!!!

Suka sangat tau!!

=)

Wednesday, February 16, 2011

Wear It Right: Macamana Iman lilit shawl??


Kita mulai dengan sebab, kenapa aku suka pakai shawl:

1. Ianya boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak yang shantek2
(walaupun aku asik pakai yg plain ja..and in fact, aku x byk koleksi pun..hihi)

2. Ianya menarik dan mudah untuk dipakai
(tp dulu2 aku mmg tak reti nak lilit. Sampai dah give up suatu ketika dulu. tp skarang hasil dr pemerhatian dan trial n error cara yg lbh baik utk memenuhi syarak, maka kini aku jd lbh best dgn shawl)

3. Last but not least (yg benarnya, ini faktor utama ni..ngehehe), pastilah harganya yg masyuk itu!!
Dengan berbekalkan sepluh hengget, anda mampu mendapatkannya!
Cool bukan??
(sbb Iman dah x mampu lagi nak cari Ariani, selain dr kualiti Ariani sekarang yg semakin hampeh)

So, bagekmana Iman lilit?
Layan.layan.

p/s: cara lilitan ni blh di apply pd sebarang jenis shawl. Yang penting kelebaran, bkn kepanjangan. Sbb kelebaran yg menentukan blh tutup dada or tak. But it depends on ur creativity la. Kalau terer, anda mampu lakukannya! (i mean, mampu bg tutup dada walau dgn shawl kurang lebar)






=)

XX versus XY


SITUASI 1

Kalau Perempuan rapat dengan kawan perempuan

ORANG KATA: Best friend. Biasa la.


Tapi,


Kalau Lelaki rapat dengan kawan lelaki

ORANG KATA:
Eeeeeiii...GAY!!!



SITUASI 2

Kalau Perempuan asik tengok cermin, repair rambut/tudung

ORANG KATA: Biase la....perempuan. *suara sengau


Tapi,


Kalau Lelaki asik tengok cermin, repair rambut

ORANG KATA: Eeeiii..bajet tul!!


*************************************************************************************

p/s: Ini adalah luahan dari seorang sahabat lama... golongan XY..
haha..

Kenapa ekkk???


Tuesday, February 15, 2011

Entry JODOH???? erkkkksss

Artikel ni memang kopipes direct dari sini.
Semoga dapat manfaat. =)


####################################################################

.BERCERITA TENTANG JODOH.




Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”


#####################################################################

p/s: diulangi sekali lagi, jadi orang baik, ikut pilihan orang yang baik.

p/s 2: sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik dari semua.

=))

Monday, February 14, 2011

Firuz comel =)



Firuz ni kawan aku kt KISAS. Dia classmate aku time form 4 as i still remember.. (sbb rasanya form5 tukar kelas). Since dia habis form 5, trus dia travel blajar oversea..
Iran la..lepas Iran pg UK pulak.. masih tak balik Msia lagi.. dia kata ths year dia blk Msia for good insyaAllah..

Comeyl je tgk vid ni...

=))

Saturday, February 12, 2011

But the truth remains...YOU'RE GONE.




I love u so much..
though u're not as smart as ip..
i accept u the way u're..
because u're just too perfect for me..


But the truth remain.

There will be no more 'online di mana-mana'
There will be no more 'googling bila-bila masa'
There will be no more Youtube for kuliah subuh
There will be no more Friend Stream
There will be no more share apps nor share photos
There will be no more Bloggeroids
There will be no more YOU..no more YOU..no more YOU

Cause..you're gone.

=(



~R.I.P~



p/s: Tengok, tak sempat aku nak tgkp gmbar kau byk2..yg tinggal hanyalah kotak sahaja..

p/s 2: Sapa2 jumpa dia..tolong pulangkan kat aku..aku bg ganjaran berharga... ($$$$)
(yg pasti kurang dari harga dia la..kalau tak baik aku beli baru ja..)

p/s 3: Kalau aku jumpa sapa2 guna seumpama dia kt jalan aku akan cek, sbb milik aku tu ada tanda lahir..so aku blh tau kalau kamu pakai milik aku...


Tuesday, February 8, 2011

Sweetchat @ The Mines


Mari menikmati gambar2 ini..

p/s: Nama semua aku tak ingat except for 1 dish.. sampai kt situ aku btau ek.. =)














Haaa..nak dekat dah. nak dekat dah...

Tak. Tak. Bukan yg ni.. eh, ini aku ingat nama dia.. Soy bean jelly with mango (mudah bahasa, tau fu fah je.. tp jelly dia tak sesedap tau fu fah)



JERENGGGGGG.....!!
Campai daaahhh...


Ini lah yg aku pasti ingat.. sbb mmg datang kedai ni pun untuk makan mende alah ni. Namanya Durian Pancake. Aku dah pernah cakap pasal mende ni kt post yg lepas. Ternyata gambar yang aku cilok dr internet ritu lebih mempesona dari rupa sebenar dia. Apa2 pun, rasanya tetap sungguh masyuk.. (but honestly, Viatnemese punya lg besh!!)

Uishhhhhh...leleh saliva weyhhh..

Okay, ko tak payah nak enterprem.. blah! blah!



Harga setiap makanan ni ok saja.. semua around rm7-rm9 or kalau yg berat sket pun tak sampai rm20 pun, if i'm not mistaken.. Alaaahh, yang pasti semua orang mampu la.. pegi la menchoba kalau anda berminat.

=)

Saturday, February 5, 2011

Cuti-cuti Langkawi Jan 2011

Okay, kali ni cakap banyak tak mau.
Nak letak gambar je, sambil bisik sepatah dua kata. =)

Tajuk: FAMILY TRIP TO LANGKAWI (Sempena Family Day kedua)

HARI PERTAMA:

Naik feri dari Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis lagi dekat. So tak perlu berlama-lama dalam feri. huhu..

Setelah sejam perjalanan, yeayyyy...campai daaahhh...!

Bermalam di Safa Idaman. Ini apartment. Ada 3 bilik. Okla, selesa.

Makan malam @ Restoran Simpang. Makanan, ok. Takde komen (dah lupa jugak sebenarnya..hehe).

HARI KEDUA:

Keesokan paginya, sementelah semua hadek-behadek dah cukup, maka kami adakan sesi photography keluarga. Banyak percubaan telah dilakukan, babay eisya tak nak duduk diam, asik nangis je... Last2 bila mama ida dia pegang, br senyap.. (refer gambar tengah sekali..) ya..ya.. yg tu la..dia senyap kan?? haaaaa.....

Selepas sesi penggambaran, kami keluar cari makan (br nak sarap). Dan jumpa kedai yang ramai orang beratur.. Tak tau nama kedai. Tp nasi dia sedap la.. cuma manis sikit..

Kemudian, selepas sarap kami menuju ke Wildlife Eco Park.
Selesai menjelajah, pinggang kami rasa terasa sangat kesakitan akibat jalan banyak. Keluar saja dari situ, nampak kerusi urut. Semua orang nak pakai. Tapi sakit gila kot dia urut. Bukan urut dah tu, dah macam cubit pulak.. Tak percaya tengok wajah2 di bawah..

Semua sedang menahan kesakitan.. tapi still tunggu sampai dia habis urut.. rugi duit woo...

Selepas menjelajah satu Park tu untuk melihat binatang-binatang ciptaan Allah, kami menuju pula ke Gunung Machinchang.

Selepas menaiki cable car, pergi pulak melayan hewan-hewan di luar sana. Actually ada gajah juga, and kita boleh naik. Tapi malangnya kami turun dari gunung tu dah lewat, maka gajah dah takde, dia nak balik tido..

Lepas Cable Car, kami menuju ke The Loaf. Saja teringin nak try makanan dia.. tp disebabkan dah hampir maghrib, maka stok di kedai juga turut surut. Almost semua makanan pun dah habis..kecewa. Jadi, kami hanya beli itu cheese cupkake dan rasanya sungguh enak dan menarik sekali. Sehingga aku rasa nak curi idea tu..hihihi

Malam tu, kami dinner kat Jai Restaurant.

HARI KETIGA:

ISLAND HOPPING!!!






Acara petang, SHOPPING!! Tiada gambar sempat ditangkap. Semua BUSY!! :p

Dinner.

Wan Thai Restaurant. Yang ni, siapa-siapa yang pegi Langkawi, mesti kena cuba yang ni. Sodappp... slurp slurp



HARI KEEMPAT:

Bungkus beg utk balik Pengkalan Hulu.

Sementara menunggu feri tiba....


=))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...