Saturday, February 5, 2011

Cuti-cuti Langkawi Jan 2011

Okay, kali ni cakap banyak tak mau.
Nak letak gambar je, sambil bisik sepatah dua kata. =)

Tajuk: FAMILY TRIP TO LANGKAWI (Sempena Family Day kedua)

HARI PERTAMA:

Naik feri dari Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis lagi dekat. So tak perlu berlama-lama dalam feri. huhu..

Setelah sejam perjalanan, yeayyyy...campai daaahhh...!

Bermalam di Safa Idaman. Ini apartment. Ada 3 bilik. Okla, selesa.

Makan malam @ Restoran Simpang. Makanan, ok. Takde komen (dah lupa jugak sebenarnya..hehe).

HARI KEDUA:

Keesokan paginya, sementelah semua hadek-behadek dah cukup, maka kami adakan sesi photography keluarga. Banyak percubaan telah dilakukan, babay eisya tak nak duduk diam, asik nangis je... Last2 bila mama ida dia pegang, br senyap.. (refer gambar tengah sekali..) ya..ya.. yg tu la..dia senyap kan?? haaaaa.....

Selepas sesi penggambaran, kami keluar cari makan (br nak sarap). Dan jumpa kedai yang ramai orang beratur.. Tak tau nama kedai. Tp nasi dia sedap la.. cuma manis sikit..

Kemudian, selepas sarap kami menuju ke Wildlife Eco Park.
Selesai menjelajah, pinggang kami rasa terasa sangat kesakitan akibat jalan banyak. Keluar saja dari situ, nampak kerusi urut. Semua orang nak pakai. Tapi sakit gila kot dia urut. Bukan urut dah tu, dah macam cubit pulak.. Tak percaya tengok wajah2 di bawah..

Semua sedang menahan kesakitan.. tapi still tunggu sampai dia habis urut.. rugi duit woo...

Selepas menjelajah satu Park tu untuk melihat binatang-binatang ciptaan Allah, kami menuju pula ke Gunung Machinchang.

Selepas menaiki cable car, pergi pulak melayan hewan-hewan di luar sana. Actually ada gajah juga, and kita boleh naik. Tapi malangnya kami turun dari gunung tu dah lewat, maka gajah dah takde, dia nak balik tido..

Lepas Cable Car, kami menuju ke The Loaf. Saja teringin nak try makanan dia.. tp disebabkan dah hampir maghrib, maka stok di kedai juga turut surut. Almost semua makanan pun dah habis..kecewa. Jadi, kami hanya beli itu cheese cupkake dan rasanya sungguh enak dan menarik sekali. Sehingga aku rasa nak curi idea tu..hihihi

Malam tu, kami dinner kat Jai Restaurant.

HARI KETIGA:

ISLAND HOPPING!!!






Acara petang, SHOPPING!! Tiada gambar sempat ditangkap. Semua BUSY!! :p

Dinner.

Wan Thai Restaurant. Yang ni, siapa-siapa yang pegi Langkawi, mesti kena cuba yang ni. Sodappp... slurp slurp



HARI KEEMPAT:

Bungkus beg utk balik Pengkalan Hulu.

Sementara menunggu feri tiba....


=))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...