Friday, August 31, 2012

Aidilfitri 2012

Taqabbalallahu minna waminkum..

Masih dalam bln syawal, maka belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri yang mulia kepada semua sahabat2 ku.. Semoga amalan kita diterima Allah, insyaAllah..

Sambutan raya tahun ini agak berbeza, sebab tahun ni merupakan tahun pertama beraya bersama imamku, suami tercinta.

Alhamdulillah, untuk tahun pertama tiada berlaku perebutan raya pertama di rumah siapa,he. Sebelum bermulanya ramadhan suami dah tanya kat aku, nak beraya di mana? Pilihannya begini, kalau pilih beraya dirumahku, maka sahur pertama di rumahnya. Begitu sebaliknya.. Ermmm..*pikir pnjang jugak*. hehe bg pilihan mudah pun pnjg pikir :p.

Bknnye apa, aku nak consider siapa (adik bradik) yg akan balik beraya di rmh aku tahun ni, sbb kalau x ramai yg balik aku akan pilih beraya di rumah aku. Kesian pulak kt mama kalau tinggalkn anak teruna ja kt rumah. Raya pertama selalunya ramai datang beraya..last2 mmg aku decide nk beraya di rumah aku la..iaitu pengkalan hulu tg tercinta .. =)

Nak dijadikan cerita, hari 5 hari sebelum raya mama admitted hosp lagi..baru je plan nak buka puasa di Puncak Mutiara ..huhu.

Bermula dgn mama rasa tak larat, bila cek kat doktor rupanya Hb terlalu rendah 7.1 (mmg ada mslh tu sejak 4 bln yg lepas tp bila buat scope tak boleh detect apa2 pun). So kena admitted 2 hari untuk masukkan darah..2 pint jgk la kena masuk..lps masuk, br Hb meningkat kepada 11. Mula2 doktor kata kalau tak naik jgk nak kena refer ke hosp sg petani, tp alhamdulillah x jadi. Lagi 3 hari nak raya br mama blh keluar hosp.. Kesian mama. Mohon doa kawan2.

Dalam hosp mama pun tiada masalah. Ceria ja nampak. Lagipun duduk katil ramai2, kenai pulak pts katil lain..dia ok la ramai kawan.. Hehe. Sampai aku nak teman tido kat hosp pun mama cakap x perlu.

Selepas discaj, hari tu mama rehat la kat rumah. Pastu, esoknya kami pergi berbuka puasa kat Puncak juga. Mama teringin. Plan dah terbantut kan sebelum ni..hehe. Mama, bukannya blh melekat lama kat rumah. Kalau rasa sihat sikit ja, mesti nak jalan2.. =)

Alhamdulillah, raya disambut dengan bahagia.. Mama pun sihat. Aku beraya di rumah smpai raya ke-2. Raya ketiga dah kerja dan terus balik rumah mertua.

Rutinnya pun memang macam tu, hujung minggu mesti balik rmh mertua juga. Sebab weekdays di rumah aku. Boleh keluar kerja lewat sikit, :p . Kalau rumah aku 30min, dr rmh mertua maunya 1jam. Tp still ok la.

Okla. setakat ni dulu.
Nanti ada masa share lagi..








- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...