Sunday, December 9, 2012

Layan bola Malaysia vs Thailand

Hehe

Tak layan pn..dok dpn tv ja, smbil main hp.. ;p

Ok, sebenarnya br install apps utk blogging (rajin benor dok cr apps br utk blogging, tp update blog setahun sekali je..hik hik..so post ni hanyalah utk testing2 ja..

Gambar pn utk testing.. itu gmbr copy paste punya. Haha..

P/s: insyaa Allah nk pg K-fiqh 19-20jan ni.. marii!! (Tp tiket pn xbeli2 lg..ngee)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 2, 2012

Mini travel steamer




Siapa nak mende alah ni?
Sekarang harganya cuma rm50 berbanding harga asal rm120.
Kalau berminat, cepat2 la lawati mydeal.com.my sebelum tawaran habis..

Sekian. =)

Iklan jap.
Siapa kenal mereka2 ini?



Hikss.. Tgh godek2 yahoogroup, rupanya group kita bertiga (yg dh berkurun x aktif) ada
profile pic giteww.. Muda2 belaka time ni..=). Lawak tgk muka aku!!(hahaa)..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 26, 2012

Don't Forget Allah by Farid Sanullah

Panjang ceritanya.

Nak dipendekkan cerita, aku dah lama tercari2 nasyeed ni. Awal bulan nov ni la. Selalu dengar kt suriafm selepas azan berkumandang.

First time dgr, especially part "can't u see His promise to you?, can't u see His promise is true?", terus pappp,  Aaron!! (anak gie).. sbb teringat post yg gie record aaron menyanyi fav song dia (time ni aku x igt lagi lagu apa yg aaron nyanyi), tp entah mcmana dok terbayang mulut aaron moncong sebut "you" n "true" tu..semakin yakin aku jadinya bahawa gie pasti tau lagu ni!! (fuhhh, sungguh jauh imaginasiku..haha. padahal dah tanya gie, tak betul pun lagu tu.. aaron suka lagu "Flowers are red" and "Allah knows" by Zain Bikha. Bila cek lirik, alaa..bukan lagu tu la..).

Azmi tau la aku dok beriya tanya lagu ni.. dia buat relax ja..

Tak habis dengan tu, aku tweet Suriafm. Tp dorg tak respond (haha..). Pastu setiap kali dengar kt radio, mesti siap dok salin lirik sbb nk tanya lagi kt orang kot2 ada yang tau.. download 'Soundhound', download 'Shazam' (ini adalah apps utk detect song. Eg: macam situasi aku, so aku just 'on' apps ni bila lagu tu berkumandang, apps ni akan detect lagu apa n siapa penyanyi). Tapi, malangnya setiap kali lagu ni berkumandang, line internet aku down, so dia x dapat detect. Lagipun, tak semua lagu ada. Selalunya lagu2 fofular je dia blh detect (malaysia or international).

Aku google pun tak jumpa2. Asik keluar lagu maher zain.

Tiba-tiba, tadi tgh tgk tv, azmi cakap,
Azmi: Syg, kalau b jumpa lagu tu syg nk bg apa?
Aku: Hah??? Bagi pujian!! Waa hebatnya b.. macamana boleh jumpa?
Azmi: B cari merata-rata la.. google mcm2 keyword. Akhirnya jumpa jugak. wuhuuu..

Memang tak sangka dia berhasil. Patut la dok khusyuk sgt dgn hp dia 2-3 hari ni..rupanya dia senyap2 dok tolong cari lagu tu..haha.

So, almost sebulan mencari.. finally. Inilah yang dicari2 selama ini.. dengarkanlah.


Rupanya ramai juga yg tercari2 lagu ni.. ini antara blog yang suami jumpa hasil keyword yang dicari, ini dan ini, hehe..

Bibikku balik kampung (random story)

Semalam, sedang aku lipat baju adikku di ruang tamu..

Azmi: Bila syg nak lipat baju kita dlm bilik bibik tu?
Aku: Sabarla.. Lps ni syg buat la satu2..

Then aku pn buat la satu2 keja, basuh baju, then terus lipat n iron baju yg bertimbun..bila dh siap basuh, jemur pulak.. Then teruskan lipat n iron baju.. (dengan meninggalkan azmi tgk tv di ruang tamu.. Dia tgk bola Malaysia vs Singapore.. So takpe la. Mesti dia bahagia layan sbb aku tak berebut siaran dgn dia..hehe (selalunya time gini kami sama2 layan Masterchef.) Aku serabut tgk baju bertimbun.. Bagus juga dia buka bola.. So aku pn x teruja nak layan tv.. Tak terdistract sgt la)

********************

Last week mesin basuh auto rosak. So terpaksa guna manual. Okla. Time dia x rosak pn aku selalu guna manual jgk sbb x konfiden. Time tu yg auto dh nyawa2 ikan, bila spin x berapa kering. So aku doubt dia basuh bersih atau tak.

Aku bercita2 lama dah nak guna front load punya machine. Bila keluar iklan kt paper je msti aku dok perati je mesin2 front load ni. Tp disebabkan dh ada mesin kt rmh ni (aku n azmi msh stay bersama parentku), so dok bayang nk beli time dok rmh sendiri je la..

Nak dipendekkan cerita, bila mesin ni buat hal ja, mama cakap nk beli mesin baru.. Mama nk beli dr kedai elektronik kt area ni ja la.. Aku terus,"eh xpayah ma. Satgi kami cr kat sg petani". Mama tkejut. Nak pegi hr ni jgk? "ya la..tak pa la..nk cr pintu depan.. Lama dh dok ngidam..hehe". Mama kata, "pulun jugak tu.." (hehe..begitulah ananda mu ini,mama..)

Time kt kedai, memang dh jumpa mesin idaman hati. Tapi ada kemusykilan. Disamping teringin front load, aku juga teringin dryer. Tambah2 mmg pnh ushar dh dgn azmi sblm ni, washer+dryer brand samsung..harga affordable. Murah dr yg disangka. So dok target la nk beli yg tu bila ada rmh sendiri nnti..(time tu la. Dok berangan dgn azmi la ni..hehe).

Tapi time kami survey kali ni, harga macam naik sikit. Tp still around dulu jgk la.. So aku dh dilema. Nak yg washer saje, or washer+dryer ek?? Dok bincang dgn azmi tp dia mcm x setuju dryer skali. Alasannya sbb bibik dok ada, nnti bibik xdak keja.. Yg bersama dryer tu beli kat rmh sendiri nnti je la..(yg tak tau bila masanya akn tiba..haha). Aku dok "alaa..jomla beli yg ni... Dh lama ngidam.." tp azmi mcm x menyokong. So finally aku pn termakan dgn hujah dia dan finally km bsetuju ambik washer sahaja. Alhamdulillah..

Last week bibik nak balik kampung sbb katanya anaknya sakit, masuk wad. Aku tak nak bg dia balik sbb biasanya itu trick je. Dah balik tu confirm xbalik sini dah..tp mama n abah insist nak bagi jugak dia balik.. Akhirnya aku akur la.. Huhu. So, kenala buat keja sendiri.. Huaaaa...

Azmi slalu kena sakat ngn aku, "tu la b..nk beli dryer skali dok cakap bibik xdak keja.. So skarang, Sayaang jgk kena sidai.. Sob sob".. Mesti dia marah lps tu,"ooohh..dh buat kptsn bersama. Nak salahkan b sorang jgk.." haha.. Gurau ja la!! Setiap kali gurau ayat tu dia msti marah..ngeh3.

*********************

Setelah lama ditinggalkan di depan..tiba2 azmi jenguk aku buat keja..

Azmi: syg, sudah la buat keja..jom tgk tv lak..
Aku: tak mau la.. Nak buat keja ni..kalau tak habiskan bila lagi nak buat..
Azmi: alaa tinggal ja la. Esok sambung lak. Jom la dok dpn tgk tv.
Aku: huh, tak mau la. B tgk bola.. Baik syg habiskan bj ni. Da nak abis pun..
Azmi: dak la.. Tak tgk bola..b tgk masterchef.. Jom la.. Depa buat pavlovaaaa..
Aku: eleehh tgk bola.. Tipu, mcm la org x dgr dr sini..hahaha. (tp mmg dgr jgk dia tkr2 ke siaran Masterchef).

Cubaan azmi pujuk aku tgk tv dgn dia xberjaya sbb aku nk habiskan jgk baju2 yg berbaki ni..
Tapi kejap2 dia datang jenguk, kejap2 dia datang jenguk.. Dok main peekaboo.. Haha. Gageh (gagah+gigih).

P/s: mujur dia tak buat ayat ni lagi, "amboii sblm kawen cakap nak layan bola dgn b, skarang org ajak tgk bola ja msti nak buat keja lain.." ngeh3.

P/s 2: tgh2 dok "uhhh ahh uhhh ahh" iron baju td, sakit pinggang. tiba2 dok berangan menda ni lak --> STAND STEAMER!! haha..(mcm dlm iklan lak). Tp betul, ini jgk merupakan wish list ku..
Setiap kali lalu dlm supermarket msti nk usha jgk.. Dulu harganya mahaalll.. 400-500.. Skarang <200 pn blh dpt.. Ok la teww kan. Hmmmmm... :p

P/s 3: berat badanku telah meningkat sebanyak 5kg sejak berkahwin. BMI 23.1 (ehhh masih normal uollllssss). Melampau kan? Tp perut ni belum berisi manusia lagi.. Hehe. Kalau dh "berisi" so ada la alasan sket kenapa badan ini manyiak gumokkss.. :p



Gambar terbaru ni.. Kat Danau Toba..best tau. Tp perjalanannya sgt meletihkan.. Faktor kegemukan dlm gmbr ni adalah, tudung style penyek dan baju besar.. Yg sebenarnya xde la i gemuks sgt, okayyyy..(tolooong la. Toloongla percaya!)

P/s 4: Disebabkan faktor tersebut, (rujuk point di atas), maka dgn itu, hati ini mengidam menda ni pulak.. Jrenggg..


Dah selamat dapat tadi..hehe. So now aku dh ada threadmill, basikal, n menda alah ni.. Kalau nak ikutkan teorinya, pasti badanku akan kembali solid seperti sebelum ini..(uuu tidak. Dulu mcm kering je..haha).

TAPI TAPI TAPI... Biasalah.. Manusia. Semangatku selalu up n down. Sehari dua aku workout, complete dgn aerobic siap. Then aku cuti seminggu.. Pastu mula la liat nk start blk. Setiap kali liat tu, mula la terbayang, "ishh kalau la ada 'menda' ni, mesti best.blh buat mcm ni, mcm tu..bla bla bla". ('menda' ialah suatu pembolehubah yg mmg sentiasa berubah kepada sesuatu yg aku msh x ada..huuuu).

P/s 5: Entry kali ni mmg random. Sbb dh lama xupdate kan.. Dan xtau lagi bila pulak update seterusnya..huhu. Sorry sgt2 buat sahabat yg menanti..
But u have to know this,
"i love u till Jannah..u r always here, in my heart" (xoxo)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 27, 2012

Geramnyaaaa..grrrr

Baru lepas call b.rakyat sbb ada online transaction yg bermasalah. Call no yg diberi dlm page iRakyat la..

Operator: Bank Rakyat..

Me: (perkenal diri).. Sy nk tanya bkenaan transaction yg sy buat.. Mcm ni..(br nk cerita mslah, then operator potong ckp aku..)

Operator: Ye, ade apa cik? Cik nak ckp berkenaan apa?

Me: Pasal online transaction sy..(br nk explain, then dia potong lg..geram dh ni..)

Operator: (buat pelik)...Cik nk ckp bkenaan apa?

Me: (aku pn jd pelik..slh no ke? So tanya blk).. Ni bank rakyat kan?

Operator: Ye la. Bank rakyat. Cik ada mslh apa?

Me: (geram dh. Grrrr...Mula dh naik suara) blh sabar tak? Ni saya nak bgtau la masalahnya apa, tp tak sempat saya cakap cik dok potong cakap saya..(trus cerita masalah dgn suara yg tak lembut,huh!!)

Operator: Ok. Utk masalah tu cik kena call no ni... (bg no lain lak).

Me: ok (nak marah lg sebenarnya tp malas layan).

Tamat.

Geramnyaaa..
Tapi call no satu lg yg dia bg tu mujur jawab elok dan membantu.. So hati jd lembut balik..

P/s: layan la customer dengan baik. Anggap mereka seperti saudara kita, atau letakkan diri kita di tempat mereka. Macamana kita suka orang layan kita dengan baik, macam tu la kita layan orang..

P/s 2: Aku pun selalu beringat macam tu bila layan pesakit.. Tapi kadang2 naik juga darah bila pesakit tak hargai kesopanan dan ketatasusilaan kita. Tp msh terkawal. Habis2 lps explain buat kali terakhir, aku beredar dr kaunter seketika utk tenangkn diri dan kembali bekerja seperti biasa..hehe.



Sekian berita..(ok dh cool blk). Phieww


Transaction yg belum berjaya tu adalah utk mbeli mende alah ni la..hehe.. Kat lelong.com harga plg rendah dia offer is rm70. Xjmpa yg lbh rndah lg..

So directly contact dgn supplier, dia bg rm65. Hoyeaaa (sronok gila la padahal kurang rm5 je pun..hehe. tp still rs 'yesss' dpt lg murah dr yg murah di psrn.kalau tanya kedai hr tu hrga dia rm90). (yeah, im a cheapskate like dat :p)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 31, 2012

Aidilfitri 2012

Taqabbalallahu minna waminkum..

Masih dalam bln syawal, maka belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri yang mulia kepada semua sahabat2 ku.. Semoga amalan kita diterima Allah, insyaAllah..

Sambutan raya tahun ini agak berbeza, sebab tahun ni merupakan tahun pertama beraya bersama imamku, suami tercinta.

Alhamdulillah, untuk tahun pertama tiada berlaku perebutan raya pertama di rumah siapa,he. Sebelum bermulanya ramadhan suami dah tanya kat aku, nak beraya di mana? Pilihannya begini, kalau pilih beraya dirumahku, maka sahur pertama di rumahnya. Begitu sebaliknya.. Ermmm..*pikir pnjang jugak*. hehe bg pilihan mudah pun pnjg pikir :p.

Bknnye apa, aku nak consider siapa (adik bradik) yg akan balik beraya di rmh aku tahun ni, sbb kalau x ramai yg balik aku akan pilih beraya di rumah aku. Kesian pulak kt mama kalau tinggalkn anak teruna ja kt rumah. Raya pertama selalunya ramai datang beraya..last2 mmg aku decide nk beraya di rumah aku la..iaitu pengkalan hulu tg tercinta .. =)

Nak dijadikan cerita, hari 5 hari sebelum raya mama admitted hosp lagi..baru je plan nak buka puasa di Puncak Mutiara ..huhu.

Bermula dgn mama rasa tak larat, bila cek kat doktor rupanya Hb terlalu rendah 7.1 (mmg ada mslh tu sejak 4 bln yg lepas tp bila buat scope tak boleh detect apa2 pun). So kena admitted 2 hari untuk masukkan darah..2 pint jgk la kena masuk..lps masuk, br Hb meningkat kepada 11. Mula2 doktor kata kalau tak naik jgk nak kena refer ke hosp sg petani, tp alhamdulillah x jadi. Lagi 3 hari nak raya br mama blh keluar hosp.. Kesian mama. Mohon doa kawan2.

Dalam hosp mama pun tiada masalah. Ceria ja nampak. Lagipun duduk katil ramai2, kenai pulak pts katil lain..dia ok la ramai kawan.. Hehe. Sampai aku nak teman tido kat hosp pun mama cakap x perlu.

Selepas discaj, hari tu mama rehat la kat rumah. Pastu, esoknya kami pergi berbuka puasa kat Puncak juga. Mama teringin. Plan dah terbantut kan sebelum ni..hehe. Mama, bukannya blh melekat lama kat rumah. Kalau rasa sihat sikit ja, mesti nak jalan2.. =)

Alhamdulillah, raya disambut dengan bahagia.. Mama pun sihat. Aku beraya di rumah smpai raya ke-2. Raya ketiga dah kerja dan terus balik rumah mertua.

Rutinnya pun memang macam tu, hujung minggu mesti balik rmh mertua juga. Sebab weekdays di rumah aku. Boleh keluar kerja lewat sikit, :p . Kalau rumah aku 30min, dr rmh mertua maunya 1jam. Tp still ok la.

Okla. setakat ni dulu.
Nanti ada masa share lagi..








- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 4, 2012

Sama tp tak serupa..

Mereka ada talian darah..beza mereka 9 bulan..

Tp sorang muka bujur sket..sorang muka boolat. >.<



Yang samanya, mereka berdua tetap comel.. (~lalala..)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 30, 2012

Alasan

Kan badan aku dh bertambah isinya, maka baju2 banyak yg dh sempit.. Terutamanya baju utk ke kerja la..
Setiap hari nak pegi keja mesti pening nak pakai baju mana.. Baju casual mmg ada, tp x sesuai lak nk ke kerja..pegi jalan ja sesuai.. So asik dok ulang baju yg sama ja.. Sekarang hanya baju kurung pahang ja blh pakai lagi.. Kurung moden yg lama mmg babai la. Baju kurung biasa pn x selesa sgt. Sbb dulu beli saiz s or 36.. Skarang dh ada 2-3 bj beli bj moden size 38..so dok ulang yg tu ja la.. Nak buat x mau, sbb tailor dh x menepati selera. Lambat siap n x selesa..plus beli lbh menjimatkan. =)


Tweet 5 hari yg lps..
Memang desperate tiap hari usha fb utk shopping bj kurung. Tp nak bajet jugak. Harga x mau yg mahal2..max seratus lebih seringgit dua masih blh diterima (hehe..mana nk dpt. tu sbb susah tu :D ).

Tp tiap kali buka ruang shopping, instead of cr bj kurung, TERklik kat bj casual lak..(opocot!). Slalu beli kt Elhyatt, Poplook, n Raudhah boutique.. Ini yg common n trusted la..

Bila beli online ni, risikonya samaada size x kena (walau blh tukar size tp renyah la nk buat. Kena yg free size, hahh sudah. X blh buat apa la). Selain tu, risiko kita pakai bj tu x secantik mcm model pakai.. Hehe, tak blh nk buat apa jgk.. Kalau aku kena mcm tu, alamatnya jd baju pakai di rmh ja la..xde masalah pn bj mahal pakai kat rumah sbb untuk suami jugak. Selalunya bkn sbb tak secantik model pakai, tp kadang2 nmpk besar di badan model. Tp bila aku pakai jd tak besar lak.*nangis atas mksd disebaliknya ke-tidakbesar-an tu*.So mmg tak sesuai pakai di luar.


Luahan di pg hari ini..

Tapi petangnya...


Wheeee...

P/s: tapi ini bukan baju kerja jugak.. :p.
P/s 2: inilah yg dikatakan.. ALASAN!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 29, 2012

Lemau

Beberapa hari yg lepas, partner bgtau kedai dah dapat. Pertengahan bulan 8 br org lama yang menyewa kedai tu akan keluar dan km akn sign agreement semua. InsyaAllah.

Kalau dapat betul, lepas raya baru akan start renovation segala.. Estimate blh masuk dalam bulan 11 gitu kot. Paling awal la..my partner said. Dia yg urus bab kedai.

Bila dapat berita baik tu, aku lagi la bertambah lemau nak datang keja (sbb tau akn resign kan.. :p). Semoga diberi kemudahan oleh Allah dan dimurahkan rezekiku dan keluargaku..amiin.

Aku tawakkal ja pada Allah utk pilih jalan ni.. Dan buat istikharah, minta pendapat suami n keluarga. Alhamdulillah, semua memberi support. Semoga Allah permudahkan.

Kerja seperti aku sekarang, alhamdulillah..pendapatan lebih dari mencukupi (walau tak mewah). Cuma aku rasa sudah tiba masanya bergerak sendiri. Nak buat apa pun its on my own risk.. Its not about money so much (sbb xtau lagi bjaya atau tak). But its more on self satisfaction in my profession. InsyaAllah.

Dah nampak peluang, aku grab ja la. Daripada tunggu dah tua baru nak start..mgkn org lain dah ke depan dulu nnti..

So my dear friends, do pray for my success ok =) .



P/s: semalam pegi grik tgk kedai dengan suami selepas selesai klinik methadone

P/s 2: dah tengok kedai, nak shopping sat cari barang (suami kata, hari ni dia dapat gaji so dia nak blanja. Aku pun wheee =) )

P/s 3: time nak reverse kereta utk msk parking km xperasan ada kereta kt belakang, lalu 'bammmmm'!! Itu lah hasil kemekan kereta yg kena langgar tu. sikit ja kemek.wiper tank dia pecah. Kereta km xde mslh apa2. Kemek pun tak. Sempoiii..

P/s 4: terus pegi workshop utk repair.. Kena la rm400. *cry*

P/s 5: suami ku trus bebal sebab marahkan diri sendiri

P/s 6: trus tak jadi shopping. Dia tak de semangat.. *i cried even louder* (drama ja, tak nangis pun.hehe..fhm perasaan suami.sian dia..sob2)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kupang,Malaysia

Thursday, July 19, 2012

Menunggu

Assalamualaykum..

Mama tak sihat.
Dua hari lepas dalam pkl 11 pg, sepupu call suruh blk tgk mama. Mama gigil. Badan panas. Eh, pagi td mama ok ja. Semalam memang mama kata mcm nak demam.aku dh bg panadol.

Aku pn bergegas balik, ambil emergency leave la. Sampai rmh makcik (sbb kebetulan mama dgn makcik di dewan orang ramai, ada jamuan. Tiba2 mama jd xlarat. Sepupu hntr ke rumah makcik).

Balik ambil glucometer, cek bacaan gula.. 16.3. Oh tinggi. Hyperglycemic ni. Makcik dah bagi panadol pada mama. Nak bawa mama ke hospital mama xlarat. Suruh tunggu kejap lagi. Sambil aku jelumkan kepala mama dengan kain basah.

Selepas sejam, cek balik gula mama dengan harapan ia menurun.. Tp 18.2 pulak.. O oo. Xboleh ni. Kena pegi hospital jgk. Kalau bacaan gula terlalu tinggi, pesakit boleh muntah2, cirit, dan koma. Mujur mama tak sampai tahap tu.

Pergi hospital terus ke emergency. Maklum kt MA, huperglycemic n fever. MA ambil suhu dan cek gula. Bacaan gula dah turun ke 15.2..alhmdulillah. Tapi masih tinggi la bacaan tu.

1 pint of normal saline dimasukkan dalam darah mama. Lama juga nak complete. Dah la kat a&e takde kerusi untuk aku duduk.. Lenguh kakiku..huhu. Disebabkan aku pernah bekerja di hospital baling dan kt a&e pn ada beberapa orang yang mengenali, nak tolong ambilkan kerusi untuk aku duduk tapi aku menolak.."xpa2..xpayah..saya ok..he". Tapi sebenarnya kakiku dah lenguh. Orang lain pun takde kerusi so aku segan la nak duduk. Tumpang duduk kt katil mama ja la. Hehe.

Hasil test darah n kencing, mama ada mild Urinary tract infection, very low Hb :7 (doctor kata mgkn sbb psoriasis). Psorisis mama pn tgh flare lately. Kemungkinan disebabkan UTI mama demam dan hyperglycemic, dan flare. Or the fever is due to flare psoriasis. Byk possibility. White blood cell pn slightly high (maybe due to secondary infection).

Apa2 pn mama discharged dgn hematinic (tambah darah), antibiotics and ural (both for UTI). Oh and pcm too..

After complete, dorang tak cel balik pn gula mama. Aku cek sendiri ja.. Bacaan 5.3. Ok dah tu. alhamdulillah.

Lepas balik rumah, mama still tak larat sebab demam. Keesokannya, pagi mama mcm stable walau masih demam. Aku pergi kerja macam biasa. Mama kata xpa. Mama tinggal sorang sebab abah kerja. Semalam tu abah tak dapat balik sebab dia
kerja dan agak jauh dari rumah.

Pastu deok tengah buat kerja kat klinik, mama telefon cakap tak larat. Aku pun balik rumah (emergency leave sekali lagi). Pagi abah dah belikan makanan kat mama. Aku balik pn, mama ok la. Tak demam teruk dan xde sign of hyper or hypoglycemic. Saja kot mama nak berteman. Bila tak sihat,dok pula sorang kat rumah, memang la rasa sayu ja. Kesian. Semoga mama cepat sembuh.

Hari ni iwan balik, ada cucu2, k.ira pn balik. Moga2 mama lebih ceria la..Selalunya kalau ramai2, mama sihat la. Rindu anak cucu gamaknya.

Pagi ni aku pergi kerja. Dah pesan suruh owan bertolak awal dari ipoh, sebab aku ada meeting di Alor Setar, tak boleh EL dah. Iwan ok. Dia pun memang nak btolak awal.

Sekarang depa dah kat rumah. Aku masih belum sampai rumah pun lagi. Depa kata mama ok hari ni. Tp tak nampak ceria lagi. Slow2 kot. Aku dah habis meeting. Now tengah menunggu suami kat hospital. Hari khamis, kami balik 3.30.. Swasta tetap balik pkl 5. Sambil menunggu, update blog yg dah berusang ni.

Mohon doakan kesejahteraan mama ye bg yang membaca. =)
Terima kasih.


Hujan di luar sana.. Allahumma shoyyiban nafi'a..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Hospital,Baling,Malaysia

Thursday, July 5, 2012

Surpriseeee.. =)

Hinsss...hinsss..
Tak guna kalau beli apps beriye, tp gunanya tidak.
Oleh itu, mai nak update cerita. (kuikuikui..)

Ceritanya, begini.
Aku mau bebas.
Plan utk buat bisnes sendiri..tp kedai xjumpa lagi..wawawaaa
Mgkn bkn rejeki ku lg kot buat masa ni.. Mudah2an Allah tunjukkan jalan yg terbaik. Mohon doa ya kwn2.

So, buat masa skarang, sy masih berada di tahta kerajaan (bahasa Arabnya, tahta=bawah) :p. Kerja bwh org mcm tu la, Saya Yang Menurut Perintah.. x puas hati pun kena ikut juga. Sedih. =(

Tak tau la bila impianku akn tercapai.. Semoga Allah permudahkan. Ku mohon yg terbaik saja dr Allah. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik.

Nah, ambik surprise ni:



Jrengggg.. Inilah rupaku yg sudah bam2 sekarang, setelah baru 3bln lebih berkahwin.. Pulun la sgt kn, siap gmbr pasepot nak upload.. Haha.

P/s: td br update profile kt hrmis la, tu sbb ada gmbr ni dlm phone. ceyy siap beralasan, ada kau kesah???

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 29, 2012

Jellyfish @ OceanPark HK


















Besaarrr punyaaa..




Kecikkkkk...




Sila cari benda tersembunyi.. Hee

P/s: post ni guna apps lain lak. Bukan Blogger. But BlogPress. Lg cool dr Blogger (sbb berbayar..huhu)





- Posted using BlogPress from lmy iPhone

Cubaan suara..1..2..1..2..

Assalamualaykum.

Ni baru blk dr methadone.. Hr ni suami teman.. So pts semua behave.. Alhamdulillah.

Otw blk dok belek2 apps utk blogging.. Jmpa la apps ni.. So kalau best, nmpaknya..aku akn aktif kembali.. Wheee =))

Friday, April 6, 2012

I'm back (only for a while...ngahaha)

Assalamualaykum.

Xtau la masih ada lagi x org yg menjenguk blog ni..

Oh, for your information, yg post blank before ni adalah bukan dr aku ... xtau la tiba2 ada post baru.. 'via Bloggeroid' plak tu..sah2 tak, sbb dh x pkai android skarang.. mgkn org yg beli hp lama aku tertekan apa2 kot..entah. Takde masalah la.. he

Update.

Erm.. ada new update.

Aku kini dah kahwin. Dengan someone yg menyintai aku, dan aku juga mencintainya.. (ceceyy).
Aku yakin dia bisa memimpin aku, untuk sama2 menuju redha Allah.. Dia boleh menegur kesilapan ku, dia cool dan tak emo, dia imamku, dia juga rajin membantu.. alhamdulillah.

(p/s: skarang dia tgh terlelap sbb td aku bgn lewat, skali tgk dia dok dpn TV, dan rumah siap sapu, kain siap basuh n sidai...fuhhh..hebat suamiku.hee)

Selepas kahwin, kami tak tinggal di rumah sendiri (mmg takde rumah sendiri pun), sebab perlu temankan parent. Jadi, bergilir2 lah jadual kami. Separuh minggu balik Sik (rumah mertua), separuh minggu di rumah aku. Tak jauh mana pun. Sejam ja.. Tempat kerja pulak di tengah2. Kalau dari rumah aku, dalam 15menit. Kalau dari Sik dalam 40 menit gitu.. Untung la kalau kena turn rumah aku, blh keluar lewat sket pegi keja.. he.

So far, tiada apa2 masalah. Alhamdulillah, dapat keluarga mertua yang baik. Kalau dok rumah mertua pun takde masalah. Diorang makan apa yang aku makan, aku blh masak. Tapi aku tak pernah masak lagi pun yg berat2.. asik tolong kat dapur, mak mertua suruh goreng ikan ja.. mujur aku... haha. Mak mertua pandai masak, sebab dia dulu jaga kantin. Aku pn masak jugak..cuma malas ja..haha. Mujur suami sempoi..asik lapar ja, "Yang, kalau yang goreng nugget pun sedap"..oohh, laju ja aku goreng.. :p

Okla, itu je update terkini aku.

Pasal kerja, erm so-so. up and down. Mai banyak kerja, rasa stress ja n nak quit. Tp kejap-kejap ok lak.. Gitu la adanya..

Oh.. ada lagi..
InsyaAllah akan berangkat ke Hong Kong on 20 Apr ni.. 4 hari. Sedihnya, kena tinggal suami. Suami taknak hntar ke airport, sebab dia kata nnti dia nangis drive balik sorang2.. hehe. Sian dia. Lagipun bln 4 dia x blh cuti dah.. dah tarik cuti untuk kahwin hari tu.. =)

Kenapa tak pergi ngn suami?

Sebabnya, plan untuk ke Hong Kong ni dirancang bersama geng2 Biro , tmpt kerja lama aku. Kami plan berempat, semuanya single n available lagi time tu. So memang best la nak hang out2.. Plan tahun lepas lagi, bln 10 tahun lepas beli tiket. Time tu mana ada plan nak kahwin apa lagi.. Skali tup-tup jodoh dh tiba lak... Nak cancelkan trip, suami cakap membazir duit ja, sbb tiket hotel semua dh book. Lagipun, mmg serba salah jugak, sbb dah plan baik punya dgn diorang.. So finally keputusannya, aku pergi jugak.. tanpa suami di sisi.. huhu.. Dok Hong Kong wajib dok angau ja la nnti.. :p

Oklah, smpai di sini dulu update aku.

Tak tau la bila lak nak jenguk kt sini lagi.. ada idea, ada la tu update. he

Chow chin chow..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...