Monday, August 8, 2011

Rindu Baitullah.. (>.<)




Hari tu aku cakap aku nak cari buku Rinduku Pada Baitullah kan?
Yang kat post ni tu..


Hari ni, aku dapat dah.

Jerreeeengggg....





Siap ada otograph okayyyy... =))



p/s: hari tu search dalam internet, jumpa page authornya.. terus order online. =)

Wednesday, August 3, 2011

Puasa Versus Injection

Taktau nak taruk tajuk apa.

Tapi hintnya gini la.. "Laa..nak puasa apanya..makcik dah kena cucuk dah tadi.."

Semasa mendispese ubat:

Situasi 1:

Pharmacist: Makcik puasa dak hari ni? (tanya tu sebab ada perbezaan explanation kalau dia tak puasa)

Makcik dan suaminya: Hish..puasa apa nya.. dah kena cucuk dah ni.. (IM Stemetil, utk pening)

Pharmacist: Laa..makcik, cucuk ubat tak membatalkan puasa makcik, selagi yang makcik cucuk tu bukan makanan atau supplement nak tambah tenaga atau sebagainya..

Makcik: Laa..tu ka.. ingatkan dah batal.

Pharmacist: Makcik dah makan belum? Kalau belum, teruskan la puasa kalau larat. Kalau tak larat makcik boleh buka.

Makcik: Oo..ok2.


Situasi 2:

(semasa dispense insulin)

Pharmacist: Ubat ni cucuk setengah jam sebelum makan na makcik. Kalau bulan puasa ni, setengah jam sebelum sahur, setengah jam sebelum berbuka la na.

Makcik: Haa tu la yg makcik nak tanya.. macam mana nak cucuk sebelum berbuka? Waktu berbuka tu tak payah makan lagi ka macamana? Cucuk dulu?

Pharmacist: Bukan, makcik kena cucuk agak2 setengah jam sebelum azan. Makcik kena sediakan insulin siap2 dalam badan, nanti makcik nak makan byk ni, tak dan insulin nak cover.. (nada gurau)

Makcik: Cucuk sebelum azan? Tak batal puasa?

Pharmacist: Tak makcik, boleh. =)

Makcik: Oo..ingatkan batal. ok.

Nota:

Kalau anda kena inject (faktor kesihatan), inject insulin(diabetics pts), sedut inhaler (bg asthmatic pts), masukkan ubat titis mata or telinga or hidung (faktor kesihatan), atau ambil darah/derma darah, atau cabut gigi, tampal gigi -->PUASA ANDA TIDAK BATAL.

Anda boleh teruskan berpuasa, selagi mana anda rasa boleh tahan.

Kalau rasa tak berdaya nak puasa sebab faktor2 kesihatan ini, maka anda DIBOLEHKAN BERBUKA PUASA kerana anda dalam kategori yang dibolehkan untuk tidak berpuasa (kerana sakit). Tapi, perlu digantikan (qadha') pada bulan2 yang lain.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk BERPUASA.

Firman Allah:

“(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Q.S Al Baqarah, 2:184)


Mohon sampaikan pada sanak saudara, sahabat handai yang lain juga. Mungkin ada yang masih samar. Wallahua'lam.


p/s: Boleh rujuk sini juga untuk perbincangan lanjut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...