Wednesday, May 18, 2011

Never forget to say La ilaha illallah




p/s: Perasan tak, melody awal tu, macam lagu Nada Murni kot kan? Tak ingat la siapa..tapi nasyid melayu la..

p/s 2: Tak kesah la lagu apa pun, yg penting amik apa yg disampaikan..

=)



Tuesday, May 17, 2011

Masjid Zahir, Alor Setar


Masih dalam aktiviti jalan-jalan Alor Setar lagi.
Selain pergi ke bendang, aku bawa K.fadh (actually Shima yang jadi tourist guide. Aku driver ja) pergi Masjid Zahir dan Masjid Al-Bukhori.


Sedikit sedutan gambar di Masjid Zahir:


Tajuk masjid




Ceiling


Ruang legar


Tersergam indah


Pemandangan dari masjid


Teka di mana ni??
BETULLLLLL...
Toilet.
=)



Ini pulak??
SALAH.
Bukan laman masjid.
Ini gambar kat tempat lain.
Tiada kena mengena dengan masjid di atas. haha

Ini dekat Kota Kuala Kedah.
Kami singgah juga kat situ.



p/s: Tiada gambar di Masjid Al-Bhukhori sebab takde yang best dalam camera aku. Time tu dah kalut-kalut nak minum petang dgn seorang lagi kawan. Jadi kami sekejap je kat situ.


Monday, May 16, 2011

Pisang dalam roti prata..


Ok.

Hari ni kita layan menu di atas ye.
Simple ja.
Roti prata yang berisi pisang..dan coklat dressing.
yummeyhhh.



Makan dalam kereta, selepas hantar k.fadh kat airport Penang.
K.fadh datang Kedah untuk acara ni.
Yaaa..betollll.. memang aku beli mende alah ni kat airport pun. Cane boleh tau?

:p

Actually cara makannya agak mencabar sedikit.
Sebab choc dressing tu cair, so dia asik nak meleleh keluar je.
Aku mengalami masalah yang sama (meleleh2 bila di gigit) jika aku makan Banana Pie by McD time dia still panas.
Tak tau la korang mengalaminya atau tak.



Cara membuatnya.
OOoohh..sonang ajo..
Buat sendiri pun boleh..



Nama dan harganya adalah seperti yang di atas.
Kalau berminat, sila cari kedai yang berkenaan.



Itu nama kedainya.
Ada tak kat tempat korang?
Cuba cek tengok.

=)


Sawah padi nan menghijau..



Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama

Potong memotong
Membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami

Dulu padi di tumbuk _ _ _ _ _ tampi
Kini mesin jadi pengganti

(Saya tak kunci lagi lirik ni.. tak ingat perkataan kt tempat kosong tu..
talian hayat..??)


Korang ingat lagi tak lagu tu?
Kalau korang sekolah rendah kat Malaysia, ni lagu wajib belajar kot aku rasa.. ye dak?


Ok.


Tema kita hari ini adalah.... SAWAH BENDANG.











p/s: Aktiviti keluar ke Alor Setar dengan K.fadh dan Shima. K.fadh yg punya request. Dia mempunyai hobi mahal (photography). Aku kononnya pemandu pelancong, sekali aku lak jakun lebih.. aku pun first time kot turun bendang.. dok lalu tepi je sebelum ni.. hehe

Selain bendang, kami juga melawat Masjid Zahir.

=)



Saturday, May 14, 2011

Kisah Hati




p/s: Kalaulah dapat jumpa lagi bdk skema dan baik seperti tahun 2003..
Wujud lagikah?

p/s 2: Saya mahu orang yg boleh membawa saya ke syurga -quote.
Belum diketemukan lagi.


Wednesday, May 11, 2011

Budak ni tak hebat langsung

Hari Keluarga Kali Pertama 2010




Bowling @ Alamanda Putrajaya.

Ni la pencapaian dia yg paling baik. Yang lain hampeh.. kecewa aku ngan dia nih..

p/s: Tetiba teringin nak main lagi...


Sunday, May 8, 2011

Projek Inovasi.. (dalam proses) :p



Kami Unit Farmasi diberi tanggungjawab untuk menghasilkan 1 projek inovasi untuk Hospital Baling.

Tajuk projek: Rahsia.
Faedah: Rahsia.
Perbandingan sebelum dan selepas: Rahsia...

Semuanya masih..... RAHSIA.

Tak boleh bagi tahu lagi, nanti orang lain tiru. (hehe..mcm best je idea.)
Tunggu kami dah present nanti, baru boleh ditayangkan di sini..mana tau, korang pun takjub ngan idea ni.. (bajet..mari kita bajet hebat..ngahaha) Gurau je!






Okay. sudah. ini sekadar iklan sahaja dahulu.

p/s: Aku nampak beriya di situ, sbb projek ini aku yg bagi idea (NO.. actually idea asal dari my staff.) Jadi, aku yang dipertanggungjawabkan untuk buat product (bersama Tini) manakala kertas kerja, kawan2 lain yang buat.. semua ini pegawai yang kena buat tau.. kejam betul. tempat lain pembantu farmasi yang buat.. tp kat sini boss nak pegawai yang buat..

KYMP =(

Wednesday, May 4, 2011

Bila anda stress bekerja..


Jika kerja dilakukan dalam keadaan tertekan, marah-marah, tak suka, maka... ianya akan jadi... TAK BEST.


Kadang-kadang aku juga rasa tertekan dengan kerja. Dengan tekanannya, dengan expectation yang perlu di capai, dengan keadaan sekeliling yang kadang-kala tidak supportive, dan sebagainya.


Tapi alhamdulillah... ianya tidak seberat yang ditanggung oleh kawan-kawan yang lain, aku kira. Atau mungkin juga aku memang suka dengan apa yang aku lakukan sekarang, tu sebab aku kurang mengeluh pasal kerja.


Mungkin ada yang cakap kerja aku dah ok, baik, tapi still tak relevan jugak. Sebab ada juga kawan-kawan sekerja yang mengalami tekanan perasaan yang boleh dikatakan setiap hari mengeluh dan melepaskan perasaan tension dan marah dengan bebanan kerja yang ditanggung.


Kebetulan, tadi dengar Usrah bersama Ustazah Asni, cakap pasal kerja. Dia nasihatkan baca doa seperti di atas tu, untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam kerja.


Semoga segala kerja yang dilakukan, dipermudahkan oleh Allah dan diberkati-Nya.


InsyaAllah.

=)


Aku part time je kat kaunter ni (8-10am)..
tp kalau aku stress kt stor, aku akn dtg sini..
tanpa mengira waktu..
so mood akan stabil kembali n kekal di tahap yang memuaskan.
hehe..

Monday, May 2, 2011

Mana Milik Kita?


Aku nak post lagu ni..
Cari gambar yang bersesuaian..
Sekali terjumpa gambar di atas ni..
Bila masuk kt page dia, terbaca pulak post ni.
Sama pulak tajuknya ..
Itu yang saya nak sampaikan..
hehe..eh jd tersenang plak post aku..

(okay, serious plz.. baca tau post kt link tu. sama2 kita beringat.)



Sebelum Tidur


Pesanan Ustazah:


" Waktu tidur malam, niatlah hendak bangun beribadah.

Pahala akan tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana
terlajak tidur.

Sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah
terlalu banyaknya.

Tanpa memerlukan korban masa atau harta.

Tapi
ramai telah mensia-siakannya."


- Ustazah Sumayyah Sulaiman


(kita yang mana satu??)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...