Wednesday, April 6, 2011

.JAUH.

Gambar diambil dari sini.


Ketika di kaunter mendispen ubat kepada seorang makcik berumur lebih kurang late 60's. Nampak tak larat makcik ni. Slow ja jalan.



Aku: Makcik, ni ubat utk bla..bla..bla.. makan macam ni.. bla..bla..bla..

Makcik: Ok. Terima kasih. Untuk berapa lama ni? Makcik minta kat doktor untuk 2 bln.

Aku: Untuk sebulan dulu makcik na. Bln depan mai sambung ubat lagi. Tapi makcik kena jumpa doktor lepas 2 bulan na.

Makcik: Tapi makcik minta 2 bulan. Susah la nak mai pulak.

Aku: Makcik dok mana?

Makcik: Dekat Pulai ja.. (Pulai lebih kurang 10min jarak ke Hosp). Tapi susah la nak mai sini. Takdak sapa nak bawak. Ni pun mintak tolong depa ni hantar (jiran dia kot).

Aku: Hmm.. tapi orang lain pun blh ambil, makcik. Makcik tak payah mai la. Mintak tolong sapa2 mai. Makcik bg surat ni (slip prescription) kt dia na.

Jiran: Oo, orang lain pun blh mai ambil? Ok..ok.. takpa la macam tu.

Makcik: Ooo..ok2.



Sambil nak berlalu, makcik tu tgk balik kt aku dan cakap dgn nada sedih,
" Anak-anak pun tak dak...semua kerja jauh-jauh".

Aku terdiam. Senyum tawar pada makcik tu tanda simpati. Air mata terus berlegar2 kt kelopak mata dan cepat2 aku ambil ubat utk patient seterusnya.



p/s: Aku pun pernah kerja jauh. Mujur aku masih belum berumahtangga/berkeluarga. So, bila mama ada appointment @Hosp Ipoh (Skin Clinic) aku akan ambil cuti utk temankan mama.


Tapi sekarang dah tinggal sekali, takde masalah la. Selalu mama minta appointment hari Jumaat, so mmg tiada masalah sbb aku di Kedah mmg cuti. Cuma kalau tak dapat hari Jumaat, aku amik cuti la.


Aku cuba menjadi anak yang taat dan berbakti pada ibu bapaku tapi aku ni masih sangat jauuuuuhh lagi nak mencapai tahap tu. Jauh. Kadang2 keras hati, kadang2 degil, kadang2 emo. Tapi hati aku sangat cepat tersentuh bila tengok ada ibu bapa yang kehilangan/ketandusan kasih sayang dari anak2. Janganlah ibu bapaku merasa benda yang sama. Na'uzubillah.


Kalau berjauhan, jangan lupa hubungi ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan leka dari pulang menjenguk ibu bapa. Kalau berjauhan, jangan lupa hulurkan sedikit hasil kerja kita kepada ibu bapa. Mereka telah bersusah payah membesarkan kita sehingga kita berjaya seperti sekarang, dan mereka layak memperoleh balasan yang setimpal dengannya.


"Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak aku masih kecil."


4 comments:

aYa said...

selau jumpa pt mcm tu..aku kdg2 tlg tulis kat p/s tu 'kindly supply for 2 month in view pt has logistic prob'..tp pastu depends kat pharmacist jugak...

Teku said...

camne nak kije dekat2 kalau dihantarnya jauh2...?

~ I M A N ~ said...

Maria: kalau doc tulis gitu kami akan consider la..bagi selalunya. actually kita nak kurangkan pembaziran n make sure dia makan ubat dgn betul. sbb bila kita buat kempen pulang ubat, bertimbun ubat patient bawa mai sbb dorang dapat byk tp tak makan.

Teku: Nak buat camana..luar kawalan kita.

~ I M A N ~ said...

teku: tapi yang baiknya, dalam pemerhatian sy, org yg tinggal berjauhan dr ibu bapa mpunyai layanan yg lebih baik terhadap kedua ibu bapanya bila mereka berjumpa.. alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...