Tuesday, January 11, 2011

Sepageti..oh sepageti.

Semalam aku buat spaghetti bolognaise utk Jamuan Farmasi. Actually bukan jamuan besar la..acara potong kek je. Setiap tahun mmg akan buat acara ni, 2 tahun sekali la. Yang bulan 1 ni, sambut birthday org yg lahir dr Jan-Jun. Nanti pertengahan tahun kedua, buat yg bulan Jul-Dis la pulak. Disebabkan Farmasi tiada bajet utk buat makan2 (sbb awal tahun), maka aku jd tak besh (sbb takde makan2). Jadi aku volunteerkan diri nak buat mende ni..

Seperti biasa, aku amik resepi ni dari....Jrengggg (Rahsia).
So far, aku jumpa yg ni je yg menarik, dan mudah. Selama ni pun mmg guna resepi ni. Dah 2-3 kali buat, maka seperti biasa aku akan mengubah/alter ikut citarasa aku..(i mean, tak ikut sebijik sgt la mcm dlm resepi..)
Jadi, di sini ingin aku jadi chef seketika..buat acara ala2 buku resepi tu (resepi bergambar)..ceceyyhh.

Ehem.ehem.

Kita mulai dgn bahan2 nya, ye tuan-tuan puan-puan sekelian (suara sengau ala2 chef wan gitu! Bayangkan sahaja, buku mana ada suara!)

Iman ni mmg gitu. Dia tak handal sangat. Maka, dia kena siapkan semua bahan, br start masak.. kalau org handal, blh je smbil2 masak potong bahan =)

Ok, bahan dah siap, blh la kita start masak. Mula2 panaskan minyak masak. Lps minyak dah panas, masukkan mentega.

Lepas mentega dh berbuih, masukkan bawang. Goreng smpai layu je, tak perlu garing. Lepas bawang dah layu, kita masukkan pula daging/ayam..ikut citarasa. Selalu sy guna daging cincang, tp kali ni guna ayam cincang dan ayam yg dipotong (sbb ada staff yg tak makan daging).

Selepas ayam dah kekuningan, masukkan sayur (semua). Kacau sampai sayur lembut.

Lepas sayur dah lembut, masukkan susu.. Ok, time ni api perlu dikuatkan smpai susu mendidih. Kena selalu dok kacau la ye, kalau tak dia hangit, padan muka u!

Then bila nmpk ayam or daging dah menyerap semua susu (tak perlu tunggu semua diserap pun..agak2 susu nak kering je), masukkan tomato puri n tomatu fresh yg dh dipotong dadu. Dan air.


Ok, anda sekarang dh berada di step terakhir. Kacau je campuran tadi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Oh, stok daging atau ayam masukkan juga kalau nak. Kacau dalam seplo menit, kemudian slow kan api (slow seslow slow nya), tinggal dalam keadaan periuk separa tutup utk renehkan dia selama 2 jam, atau smpai kuah pekat seperti yg dikehendaki la. (Aku slalu buat 1-2 jam, tapi ikutkan dia, 4 jam is the best. Tp kalau tunggu 4 jam, acara kuah ko tinggal seciput je la..dah kering..rugi woo..hehe).

Dan, kalau ikutkan kena letak oregano dan cheese, tp aku x shuke itu 2 menda, jd aku tak pernah letak pun..hihi..itu la aku cakap, ikut citarasa aku..

Ini rebus cam biase la..didihkan air, letak minyak sket, garam sket..then masukkan batang2 keras tsebut..
Ini aku buat 4 bungkus..

Dan.....taraaaaaaa!!

Siap untuk dimakan. =)

Sonang kan?? Ayuuhh, cobain..cobain..


Pkl 10 start makan, pkl 11 aku nak makan, dah tinggal 1 bekas je lagi..satu lg dah licin. Hehe. Puding laici seblah tu my boss yg sponsor.

p/s: Aku cari lagi resepi2 lain utk improvise yg sedia ada ni, then terjumpa lak resepi hebat ni..
Huhu..kelakar pun ada. Ada jugak org gini ek..haha

5 comments:

Salamiah Endut said...

kak!!! jahat!!! saya sangat termeliyuri melihatnya =(

~ I M A N ~ said...

Kasi buat cepat!!
hehe

Xiet_Enigma said...

ada buat tempahan tak? mau bikin utk raksasa Aaron! dia amat suke spagetti tapi akhir2 ni dia mcm kurang bminat...mayb nak rasa air tgn org len plak kut....apa lg mama iman? mana mau isi form? Hehe

~ I M A N ~ said...

aaron dah makan spageti ke?
tudia koranggg...
haha..

meh isi borang tempahan..
kawan2 aku kira 2x ganda la..
bila lg nak bantu kawan kan??

kalau aku cuti pnjg sket bleh la bertapa kt rumah hg (time anuar keje), kita blh men masak2 kan?? lama x tido rmh hg..he

ps: makcik, cek emel. ada berita penting. antara hidup dan mati.

Xiet_Enigma said...

yes,please come and tido kat umah kami....bolh main masak2...kan cheong kitchen.haha...g jd juri ja. hg jadi tukang masak...Haha...

Dah cek da...or8.noted...tp nnt hg gtau la smp bila benda tu digunapakai. Ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...