Huhu..
Ni cerita time aku dispense ubat hari tu.
Ada suatu-suatu hari tu kan(ni gaya anak sedara aku bercerita), aku nk dispense ubat pada sorang patient lelaki ni.. umor around early 30 la..
Ni cerita time aku dispense ubat hari tu.
Ada suatu-suatu hari tu kan(ni gaya anak sedara aku bercerita), aku nk dispense ubat pada sorang patient lelaki ni.. umor around early 30 la..
Pts: Ada mimpi dak?
Aku: Ermm?? (lantas tgk nama ubat..'oo, PSY. ok' --> lantas menjawab) Ohh..mestila ada. (Sj nak melayan, kadang2 kelakar gk dorang ni).
Pts: Ada? (dia excited) mimpi apa? mimpi apa? Cerita la..cerita la..
Aku: (hah, siap. Pts ni nk cakap merapu ke ni?? mati aku..Tak boleh dilayan ni) Ok, ubat ni makan bla..bla..bla.. (explain ubat n cara makan).
Pts: Ala...ceritala, mimpi apa? mimpi apa? brapa? brapa? (bersungguh dia tanya)
Aku: (hishh, pts ni dah nk mula mengarut kot..brapa apa lak? takbley layan ni) Ok encik, dah habis na.. sy nak pgl org lain pulak ni (tanpa melayan soalan pts tersebut).
Pts: Alaa.. bgtau la.. (masih merayu)
Aku: (dah takut). Encik, bg lalu skit..sy nak bg ubat kt pts ni pulak (aku dh pgl next pts)
Pts: Alaa... (kecewa)
Dan pts tu berlalu keluar..
Aku bgtau kt kawan seblah,
Aku: Tau tak pts tu cakap apa?
C.Sue: Cakap apa?
Aku: Dia dok tanya bla..bla..bla.. (bc balik dialog kt atas, aku cerita mende tu la kt c.sue).
C.Sue: (gelak) La..hg tak tau lg ka? Dia mmg setiap kali amik ubat mesti tanya menda tu.. slalu dia tanya, "Mlm td mimpi no apa keluar?". Tak pun, "Smalam mimpi dak? no apa? no apa?"
Aku: Lahh, ya ka..Ya Allah..sy dok ingat dia nak cakap mende merapu2 sbb tanya pasal mimpi kan..huhu. Ni mesti gila sbb dok main no ekor la ni kan... na'uzubillah... haishhh...
C.Sue: huhu..ye la kot.
Patient tersebut org Melayu (kemungkinan besar, Muslim)... na'uzubillahi min zalik...
Pakcik..oo pakcik..bertaubat la pakcik ooo.. (sekadar gambar hiasan)
”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Al Maa-idah (5) : 90].

No comments:
Post a Comment