Wednesday, October 27, 2010

DACING...OH DACING!!

HOOOPPPPP...HOOOPPPP!!!
JANGAN LARIK DULU!
TGK NI:


Haaa... hish..asal sebut dacing ja, ingat politik...asal sebut dacing ja..ingat politik.
Takde kene mengene ye.
=)

Satu lagi perkongsian hasil dari kursus Fitrah Perkasa yg baru dihadiri:

Cube kau perhatikan dacing2 ini.

Senang cite gini la. Aku dh post mende ni kt FB.
Soalannye berbunyi begini:


Dan ini jawapan2 yg aku terima kt FB.
Tak ramai yg respon.. Tak besh la uols ni!! =(
Anyway, thanks for those who responded! =)



Dan nak tau apa jawakpangnye??
Haa...neves la tu..neves la tu..

JRENGG!! (aku copy paste jwpn yg aku karang utk FB =) )

************************************
Assalamualaykum.

Seperti yg dijanjikan, sy akan bg jawapan pd keesokan harinya kan?
Tapi disebabkan esok mau ke ipoh slps kerja, maka sy post jgk jawapan ni sekarang. Alhamdulillah, smpat jugak menulis.

Ok.

Sebelum tu, mari kita recap balik soalan td.

Antara pilihan A, B, C atau D.. mana satu yang sepatutnya.

Dimana pilihan yg ada adalah seperti berikut:

A: Dunia dan Akhirat perlulah seimbang. 50%-50% la.. (12J utk D, 12J utk A)
B: Akhirat mesti perlu lebih ditekankan berbanding Dunia. Hish, alim la sket.. appada.. (14J utk A, 10J utk D)
C: Dunia mesti perlu lebih dari Akhirat. Realistik la sket.. kite kan hidup kt dunia.. (14J utk D, 10J utk A)
D: Dunia dan Akhirat, dua2 pun mesti kene PULUN habih2.. bersungguh2.. tu ha.. smpai nak patah dah dacing tu
(emm...14J utk D, 14J utk A)

Fyi, persoalan ni sy dapat masa mhadiri kursus baru2 ni..

Semasa mdapat soalan ni,
Kami ada 6 kumpulan. Antara kami, 4 jwb A, 1 jwb C, dan group kami pilih D.

Alasannya berbagai.

Utk yg pilih A, macam yg korang agak jugak kot..
Dunia Akhirat mestilah seimbang kan..hujah mereka pun begitu.

Utk yg pilih C tu, mereka ni memilih utk sincere. Mereka pilih based on apa realiti sekarang.
Manusia mengejar dunia dan meninggalkan akhirat (huh, tak ikut arahan dorang ni! Ust tanye, mana yg sepatutnya..
bkn apa yg berlaku skarang --> SALAH. PANGKAH 2 kali!! ---> hehe, ni sy ckp dlm hati time dorang bg hujah :p)

Manakala kump kami pilih D.
Hujahnya seperti yg pilih A, tp bg kami, kedua2 nya perlu kesungguhan. Sangat bersungguh.
Bekerjalah kamu seolah2 kamu akn hidup selama2nya. Dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya.
Begitu lah hujah kami. Maka, kedua2 nya perlukan kesungguhan. Tu yg dacing smpai nak patah tu. he

Lepas mendengar hujah2 kami,
Maka ust pun bg jawapan sebenar.
But before tu kami kene 'smash' la dulu..
Ust kate, "ish ish ish..kalau beginilah jawapan kamu semua...maknanya, IMAN kamu masih bermasalah. kursus ni
tak masuk betul lagi la ni.."

Kami pun...NGENNGGGG!!! Hah?? Ingatkan dah terer la berhujah td tu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KAWAN2 NAK TAU APA JAWAPAN USTAZ??

Ust tanya.
Bila disebut DUNIA, apa yg kamu nampak?
Apakah amalan utk DUNIA?
Adakah pekerjaan kamu itu kamu katakan urusan DUNIA? Adakah kamu makan dan kamu minum itu kamu katakan urusan DUNIA?
Adakah menonton TV, melancong, berhibur itu kamu katakan urusan DUNIA??

Dan bila disebut AKHIRAT, apa yg kamu nampak?
Apakah solat itu kamu katakan urusan AKHIRAT? Apakah sedekah itu kamu katekan urusan AKHIRAT? Apakah puasa itu
kamu katakan urusan AKHIRAT?

Selagimana kamu membezakan antara perbuatan ini --> DUNIA, perbuatan itu --> AKHIRAT,
selagi itu kamu masih dikuasai pemikiran ---> SEKULAR.

OK.
Sekarang saya mau bertanya kepada kamu.
Beritahu kepada saya, apakah perkara yang dilakukan kamu seharian, yang terlepas dari perhitungan ALLAH SWT?
Adakah perkara yg dapat kamu sorokkan dari ALLAH? Adakah yang kamu katakan urusan DUNIA itu, ia tidak dihitung
Allah? Dan adakah hanya urusan AKHIRAT itu yg dihitung Allah?

Jadi.
"ZRUUUUPPPP.....ZRAAAAAPPPPP" (ust pangkah jawapan kami yg kt depan whiteboard. Erk..)
Kesemua ini adalah pemikiran SEKULARISME.

Jadi apa yg sepatutnya?

Sekarang, utk memberi jawapan, kita tak boleh guna dacing ni.
Dacing ini TAK BOLEH PAKAI! (jgn dipolitikkan ek...ingatt.... ;p)

Utk jawapannya,
Kita tak boleh pakai dacing lagi.

Kita perlu guna,


Dimana segala amalan kita, perbuatan kita, percakapan kita, walau sekecil zarah pun ia,
dimasukkan dalam satu bekas, dan dihitung. Segalanya dihitung all in one!
Tidak langsung dibezakan, mana satu amalan DUNIA, mana satu amalan AKHIRAT.
Kerana apa saja yg kita lakukan selama kita hidup di dunia ini, segalanya dihitung di AKHIRAT kelak.
(hebat dak aku lukis?? berbintang2 segala..fuhh!!)
-------------------------------------------------------------------

Ok.
Setakat ini sahaja perkongsian sy utk hari ni.
Semoga mendapat manfaat.

Wassalam.
=)
******************************************

Ok. Itu sahaja perkongsian hari ini. Semoga mendapat manfaat bg sesiapa yg membaca.
=)

Monday, October 25, 2010

Aku RAMBAI!!

Aku skarang dlm Kursus Perkasa Diri anjuran Fitrah Perkasa. Dari 25-27 hb Okt 2010.

Modul kali ni adalah tentang: Pemahaman Membentuk Perkasa Diri. Kalau modul pertama dulu, kami ditekankan tentang pemahaman tentang misi dan visi hidup, ibadah, kematian, alam roh sehingga syurga/neraka, etc. So sekarang modul adalah lebih menjurus kepada pengamalan yg sempurna. Belajar solat yg sempurna, etc (baru hari pertama. Td belajar cara wudhu dan kedudukan dlm solat (bersama dalil) dan juga kami recap balik ilmu2 dari modul pertama. BEST!

Td acara terakhir adalah buat kuiz/kajian personaliti/karektor.

Ini ujiannye:
Dan ini hasilnye:

Kau buah RAMBAI! Kau buah RAMBAI!

Eh, jap.

Maksudnye?

Hish...eksaited je lebey..tp tak tahu ape2!
Nah, tgk ni pjelasannye:

Buah RAMBAI, mereka ini golongan PELAKSANA.

PELAKSANA ye..in other word.. kau sesuai menjadi KULI!
Haha.. hambekk, eksaited sgt awal2!

Sebab ape dikatakan begitu?
Lihat kau punye kebolehan semulajadi ni:

Bila dikatakan Senang Bergaul, maknanya di sini:
- kau mudah dibawa bicara
- kau mudah mulakan perbicaraan
- kau bijak menyesuaikan diri dgn keadaan baru
etc.

Bila dikatakan Sensitip, maknanya:
- kau terlalu mudah berempati dgn org lain
- kalau rancangan Bersamamu TV3 tu kan, ha.. golongan kau ni la yg plg cepat mengalirkan air mata. (maluuuu...)
- kau mudah simpati juga.
etc (alamak, tak ingat dh lain2 explanation point ust td)

Bila dikatakan Fleksibel, maknanya:
- kau ni sempoi.
- buat keje tak tumpu sgt.
- tgh2 buat keje, tetibe org ajak keluar minum, kau pun "Wokeeyyyy, bulleh ajaa!!"
- kau tak strict sgt
- contoh lain ust sebut td, golongan kau ni.. kalau pg rombongan kan..kan ade tujuan nk pg ke mane, ke mane.. tp kalau tetibe org tukar plan/ nak singgah tmpt lain pulak, korang akan, "ooohh..boleyyy..jomm!!!"

Bila dikatakan Kreatif, maknanya:
- errr...ok.
PASS!!
(aku lupe lak explanation pnjg die..hehe)

Bila dikatakan Suka Bekerja Dalam Kumpulan, maknanya:
- kau suke bekerjasama.
- kau tak suke buat keje sorang2.
- tu sebabnya kau namenye RAMBAI.. kan RaMBAI bergugus2.. =)

Dalam keadaan mane kau mudah bekerja? Jawapannye:

Ok. Malas nak explain pnjg.. ayat tu dh pnjg dah..ok la tu.

Yeayyy!! Hebat skali RAMBAI!!

Haaah..Hebat la sangat.

Tak bace lagi kelemahan RAMBAI. Nah kau!:

1) Sukar memberi jawapan secara tepat:
- bila Bos tanye..ok bile blh siap keje ni? Kau jawab, "emm..minggu dpn bos!". Kau tak akan beri jawapan spesifik.

2) Sukar memberi tumpuan pd sesuatu perkara:
- ye la.. kau kan fleksible..huhu

3) Kurang terurus:
- huish...anok sappo la ni...

Haa... nak bangge lagi?? Tau pun terdiam.

Takpe2..jgn sedih. Ni ada sedikit bantuan supaya kau berubah ke arah yg lebih baik. Here are some suggestions on how to improve urself:

Ok ye RAMBAI-RAMBAI sekalian.. begitulah kau adenye.

P/s: Ini semua yg ada kt slide ust la.. adapun, sifat2 ini tidaklah seratus persen ade pada aku. Blh dikatakan, yg ada pd aku lbh kurang 70-80% dari yg dinyatakan (see, masih tak blh bg jawapan yg tepat. Dasar RAMBAI kau!!) :p

Sunday, October 24, 2010

[Museum of Broken Relationships]..some artifacts to be donated.


Pernah tgk mende ni??
Hari tu la..2 hari lepas kot..
Ade psl mende alah ni keluar kt akhbar..
So sementelah itu..aku teringat la plak..aku ade byk jugak artifak yg blh disumbangkan..

(ceyy..tajuk bkn men tulis english..skali isi kandungan..hampehh!! nak bahasa ibunda jugakkk ;p)
"I sound stupid when i speak English" - Saripah

Antaranya:

Pecah kaca, pecah gelas
Lepas baca, harap balas
(abaikan pantun.tiada kene mengena)

Diari.
Menyimpan cerita sepanjang 2004.

Lunyai dah die..

Wah ada surat.
Ok. Bace sket sudaa..

Saje nk tayang tarikh =)

Godek lagi..godek lagi..
Eh!! ada Hafiz hamidun!
Haha..dulu aku peminat die ni..
Tp gmbr ni gie yg bagi..
Tea bg kt die..die bg aku..
Best kan?? hee

Ok, LAGI?

Nah.
Ini cerita 2005-2006 gitu kot..
Ok. Tu je.

NEXT!

Eh..kad abg Han pun ade??
Sebnarnye die bg kad ni utk jmput sedare mare i30..
Aku dh jemput kt 'circle'.
Kad aku simpan la..
Takkan nak kerat sorang sket kot..

NEXT!

Printed version of YM's chit-chat.

Tak tebal mane pun..tak bleh lawan tebal diari lagi..

Dah. Dah.
NEXT!


Got this during my Convocation day back in 2007

"Bila lelaki berbicara...."

Tak caye 2007? Tgk sendrik la..
Kalau dh percaya, br leh tgk yg seterusnya.

NEXT!

C.O.N.G.R.A.T.U.L.A.T.I.O.N.S

Eh, ko dapat lagi 1 kad ke iman?

Huish, mane de.
Ni aku yg beli ni..
Bajet die grad thn ni la..
I mean, tahun kad ni dibeli..
Aku beli ngan ika ari Jumaat time lunch panjang.
It was back in 2008.

Resit pun ade lagi.

Sebab pe ko pilih kad ni?
Yela..mmg la menarik..tp nape tak kad lain?

Ohh..takde la..
cantek pe???
Lagipun..sbb die tulis gini kt dlmnye..

Mase aku pilih kad ni..
Mmg aku maksudkan ayat ni utk die..
Skarang...emmm..
emmm...
emmm..
emmmm..

Dah2..tak yah la cakap.
gagap!

Tp tak sempat aku smpaikan mende alah ni..
Kami dh bercerai..
Emmm...

DAH.DAH.
MALAS AKU NK DENGAR.
SO, ADA LAGI TAK??


Ok..abish da....
Hehe..

Dan mereka kesemua ini tersimpan rapi di sini:

Sumpah time aku buat operasi snap gmbar2 ni..aku tak bace langsung isi kandungan artifak2 ni..
Aku bukak balik pun just sbb nak buat post ni.
Lps ni aku simpan balik..
Dan dgn penuh kepastian, aku mmg tak teringin pun nak bukak balik nak bace segala yg tercatat.

Aku sangat mengong dulu.
Aku tau.

Ye la..
Skarang la aku br sedar kemengongan diri..
Before ni buta.

_______________________________________________________
So, amacam?
Rasenye nak dak museum ni terima artifak aku???


Saturday, October 23, 2010

It's Baking Time!

Dah berkurun aku tak buat cake..
Oven kt rumah pun dh bersawang takde org gune die..
Sian die..
Dulu time br beli, smpai die tak sempat rehat..
Skarang die diabaikan begitu saje..
Yela..tuan die ni suke buat keje bermusim..

Kejap2 musim mbakar (baking)..kejap2 musim mari mewarna (buku mewarna aku pun belum khatam lagi)..kejap2 musim menjahit (ok, aku punye baju kurung pahang masih di tahap ketiak ye..bile nk sambung ni??)

Hari ni aku kene buat 2 biji kek ceklat..
Esok mama nk bw pg rumah maksu..
Pukul 9pm aku br terkedek2 nak mulakan operasi..

Tapi, aku tak gentar sgt..sbb aku yakin aku dpt siapkan dlm masa yg singkat..
dgn penuh keyakinan tu..

Jrengg...dgn bantuan Kak NONA..segalanya menjadi mudah..=)
Hanya perlu tambahkan sedikit minyak sayuran, 3 biji telur, dan sedikit air..
Mudah bukan??

Sambil2 menunggu kek masak, aku buatla keje smbil menikmati yogurt yg enak..

=)

Just The Way U Are =)




Suke dgr lagu ni.. =)

eh, br 1st time tgk video clip die..menarik!

p/s: sgt caca merba blog ni..br je post lepas bg tazkirah..post ni psl song la plak.. huhu

Friday, October 22, 2010

Where is your heart??! (such a great reminder)



  • regressed heart:
-indiffence between good and evil
- their heart is extremely cold and merciless
- commit to sins fearing neither to God nor people

  • people who complaining their heart are in pain, worrying about their life, children and everything else, remember this:
"verily, in the remembrance of Allah do heart find rest" (quran 13:28)
Fill your heart with remembrance of Allah.

‎"Our Lord! Cause not our hearts to stray after Thou hast guided us and bestow upon us mercy from Thy Presence. Lo! Thou only Thou art the Bestower" (quran 3:8)

Are You Seeking For The Happiness?



Subhanallah..

Monday, October 18, 2010

CENGENG (post lepas geram sbb 'teringat' >=] )

CENGENG.

Antara kelemahan aku adalah melihat lelaki mengalirkan air mata.
Org lelaki kan kuat..mane blh senang2 nangis..
kalau yg senang2 nangis tu, aku anggap kau tak 'cukup' lelaki kot..hehe

Kalau seorang lelaki mengeluarkan air mata, mesti sbb perkara tu betul2 menyedihkan, yg tak bisa tertahan dek kemachoan dan kelakian die..so perkara itulah yg mbuatkan aku ikut ter'feel' sama..huhu. ye, betul. Aku mudah tersentuh kalau tgk 'lelaki' menangis. Cair beb!!
(erm..di-' '-kan perkataan lelaki tu utk menegaskan bahawa aku maksudkan, mereka mestilah di kalangan lelaki sejati..yg kuat hatinya.yg tak manja..yg macho..yg matured. Sbb kalau mereka lelaki lembik, lelaki dayus, lelaki cengeng..sorry. Airmata tu aku tak feel sangat..ngeng!! :p )

Tapi kan..aku penah tertipu dgn tangisan seorang lelaki yg penah aku sayang..
Ye la..dat maknorsia la..
Aku tertipu dgn airmata yg die keluarkan kt KL Sentral time kami jmpe last April..

BODOSSSSS!!
airmata palsu.
dan aku siryes tertipu.
aku btambah terharu bile tgk die sebak ckp psl our relationship dan mbuatkan aku btambah yakin dgn cinta dia..

Tp rupenye semua tu palsu!
Aku x paham camner die blh bijak berlakon gitu.
hebatla!! aku je yg mengong blh terpedaya.
TAIKKK!

Sunday, October 17, 2010

I.M.P.I.A.N


Aku mpunyai satu impian.
InsyaAllah, sekiranya Allah izinkan, aku ingin skali menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tahun depan..
Semoga Allah murahkan rezeki ku..permudahkan urusanku.
Kalau ada rezeki lebih, blh la sponsor mama skali... tapi dh suro mama kumpul duit jugak..hehe

Aku tak nak pg sorang2..
at least nak ade sape2 among my family yg pegi..br best.
Skarang aku dok bajet2..insyaAllah, blh la pg bulan ramadhan tahun depan.. cuma semuanya bergantung pada keizinan Allah.

Ya Allah, permudahkanlah.
Aku benar2 mahu ke sana..
Aku mahu mohon ketenangan hati, kelembutan hati, dan segala kebaikan yg mana Allah yang Maha Mengetahui. Semoga aku dapat melupakan segala kepahitan yg sedang di alami sekarang.

Yang benarnye aku dah ok..i already got over it. Tp dalam hati masih ada perasaan benci, marah, menyesal dengan apa yang telah berlaku selama ni.. 7 tahun aku membazir masa begitu sahaja. Aku takkan boleh lupa segalanya dalam masa yg singkat.. Mau tak mau, kadang kala dia datang juga menghantui fikiran aku. Slps saja berpisah, hati aku sgt terguris. Tapi seperti yang aku pernah katakan, selagi IMAN masih di dalam dada, aku takkan lakukan perkara yg dilarang Islam. Aku akan cari ketenangan sendiri. Dan sejak itu, aku memasang niat utk ke Makkah.

Jadi, aku amat berharap aku dapat menunaikan umrah untuk memohon ketenangan hati.
Aku nak pergi dalam masa yg terdekat sebenarnya..tp bila difikirkan balik, aku sgt berharap nak berpuasa di Makkah. Bg aku, alang2 nak pergi, baik aku cari masa yg terbaik..dan aku fikir, Ramadhan adalah time terbaik utk berada di sana.. Blh rasa macamana dorang berpuasa, bertarawikh, qiamullail.. dan kalau blh, aku nak pergi time 1/3 Ramadhan yg terakhir.. mgkn bajet dlm 10K kot..termasuk duit belanja la tu.
Ya Allah, permudahkanlah ya Allah..
Really wish to be here someday very soon!

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

------------------------------------------------------------------------------------------------
credit to Mohd Najib.
aku tak kenal pun..tp ade org share kt fb..
so aku copy paste..menarik. =)

nak tgk sendiri, pg ke link ni.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=154666737893807&set=a.154666554560492.36153.100000514453509&ref=fbx_album


Tuesday, October 12, 2010

Husna naik kereta..kelam kabut la si kecil ni!!

Td time br balik keje..dh hampir ngn rumah, nmpak mama n adik husna tgh jalan2..
Oh..ini peluang yg baik ni..
Die nak hampiri kete..
Lalu dgn pantas aku keluarkan camera.. =)



Haha..
sunggoh kelam kabut ini budak kicik..
lawak la..
dah la cakap ape pun orang tak paham..

Penangan Video2 Pharmacist Career =)

Hehe..

Kan smalam aku post vid2 tu kan..
Actually time tgk vid tu, hati aku sgt tertarik ngan aktiviti klinikal dorang..
Dan selepas itu, semangat berkobar2 nak masuk klinikal..
Skarang ni, aku kt stor.. keje kt stor sgt byk okay..yet i'm okay with it (not to say, i love it).

Nanti kalau rajin aku nak tulis psl JD di stor perubatan.
Banyak sgt workload..pastu kita kene bersedia 24H(exaggerate) sbb bebile saje pengarah akan pgl meeting, utk kaji pbelanjaan semasa. So kite sentiasa kene ready ngan report pembelian, baki terkini dan penggunaan semasa.
Dan, kite kene sentiasa bersedia jugak utk diminta sediakan report ni..report tu.. pada bila2 masa yg dorang suke.. (kite yg tak suke!!)

Okla.
Itu tak yah cite skarang..
Orang nak cite yg ni ha..

Kan tgk vid tu..
Pastu semangat meninggi lak utk cube klinikal..
Klinikal ni mencabar sket..
Ko kene tau byk psl ubat n pkembangan terkini..
Ko tau kan, guideline keep on changing based on current study and new findings..
SO if u're in Clinical, u must be alert of all the new info.

Pastu..
Pagi td, pegi kt bos utk bg report.

Aku: Che Sue..nanti kan, kalau che sue nk re-shuffle, letak sy kt klinikal ek??
Che Sue: Biar betul kamu ni..dulu che sue nak letak, kamu kate tak sedia.. kalau nak, baik sangat.. Chee hau letih sgt..smpai nk keluar dr klinikal dh tu.. Kamu nak? ni prp br nak masuk ni..msti che sue kene buat re-shuffle jgk sedikit sebanyak..
Aku: Eh!!! Che sue...taknak la skarang..bg la sy settlekan urusan store dulu.. bg la sy terer kt store dulu.. nak tukar tu, i mean lps 2 thn la..kan che sue kate akn re-shuffle after 2 years.. time tu la sy nak masuk clinical..
Che Sue: Okay..takde mslh.. kalau che sue nak letak kamu kt klinikal pun, msti pengarah tak nak lepas kamu punye.. die msti nak suruh kamu stay store..
Aku: Ala..sy pun tak nak lagi skarang.. biar la sy bg store mantap dulu before nak tinggal pun..hehe. Org cakap after 2 tahun nnti nu.. sj je btau awal2..

Hehe..
Sangat bersemangat skali.
Siap book tu..
Semua org taknak pg klinikal..
Actually, mmg la klinikal mcabar..tp ko byk blajar la kt situ..
Best2.

Tp kan..
Lps jmpe bos..
Br aku pikir panjang lagi (biase la..td tu tindakan terburu nafsu..tak pikir pnjg pun..hehe)
Dan aku teringat tugas2 clinical pharmacist kt hosp baling (selain ward round), iaitu:
- mereka jg bertindak sbg DIS (drug info services), di mana kalau sesiapa je ada soalan, tanye je kt dorang..dorang btanggungjawab utk find out jwpn.. (emm..ok la jugak..)
- mereka btanggungjawab utk keluarkan Buletin Pharmacy every month..(huhu, aku sgt tak suke ye tugas ni..)
- mereka juga perlu buat bed-dispensing, di mana semua pts yg nak discharge tak perlu amik ubat kt kaunter..mereka hanya perlu tunggu di ward, and these clinical pharmacists akn pergi pd sorang2 utk dispense, smbil bg kaunseling..hebat kan?? (ok, ini aku suke la jgk. tp actually aku tak gemar kaunseling sgt..susah la kalau dpt pts yg susah nk faham..emm..)
- mereka juga perlu analyze result TDM..hmm..ini aku sgt la tak terer sbb aku x pernah exposed ngn mende ni. Tp its not a big deal..sbb mende ni ade jadual die..cume aku tak bace la sbb aku tak perlu uruskan..hehe.. so, nak katenye..mende ni blh je jadik terer kalau dipraktis.. ok, ini aku berminat..=))

Hm..dgn memikirkan tugasan2 lain sbg Clinical pharmacist..aku jd goyah balik.."huh, tugas lain semua tak best je..aku hanye berminat ngn ward round rupenye..."

Lalu, aku terpikir lak..
Cane ek..aku taknak wat semua keje2 dorang tu..(meaning, aku taknak la amik semua JD dorang...aku cume nak wat ward round je..)

Dan datang lak idea ni..

Haaa...mgkn aku blh buat part time ward round..

Ward round ni, di mana kau ikut doktot utk tgk pts..if doktot nk tanye psl dose ke..dose adjustment ke, approp. choice of drugs ke..doktot akn refer kat kau la.. dan, kau bsama2 doktot blh discuss on plan utk manage pts.. bukankah best keje itu?? tp cabarannye, ko msti kene tau la..kalau asik nk belek buku je..tak best la.. (hmm..mcm aku akn jd gini je di awal penglibatan nnti..??hehe)

Ok..tu je nak share..

Bye. =)

Monday, October 11, 2010

I'm A Pharmacist..and I love my job =)



And we're not only dispensing medicine:


Pro's and con's as a pharmacist..



After watching these vids, they make me love my job even more =)

Sunday, October 10, 2010

Husna pakai tudung..

Budak kicik ni..
Die godek2 tudung aku..
Bile aku suro die pakai, die dok Allahuakbar..Allahuakbar (gaye solat)




Abisshh...
=)

p/s: Sgt suke part yg minit ke 2:13.
Nak tgelak sgt ke die..bile kite gelak, die pun gelak skali..
padahal aku nk tgelak tgk muke die ngn tudung tu..smpai airliur die lekat kt tudung tu..
comey sgt! haha

Aktiviti pagi yg tak sehat..

Smalam aku tido lewat siapkan mende alah ni..


Sbb spatutnye pagi ni ada Mesy J/kuasa Ubat, di mana aku perlu bentang hasil kajian ni dlm meeting tu. (Ala..nnti2 la aku btau tentang kajian VEN/ABC ni. Kali ni nk cite psl lain la!)

Pagi2 datang keje, trus ngadap komp lagi sbb masih ada perkara yg msh belum selesai. Memang tak sempat la nak dispense pg ni..
(gilak! actually kami ade target yg perlu dicapai..setiap org ade target msg2. Macam aku, aku kene capai 15% utk dispense..tp aku br capai 10% kot..sbb byk keje sgt kt stor, so byk ari aku x pg dispense kt OPD)

Sambil2 buat tu..dpt notification emel masuk. Aku buka la..
"Title: Penangguhan Mesyuarat Ubat"
Dengan ini dimaklumkan bahawa mesy ubat yang dijadualkan berlangsung pd petang ini akan ditangguh ke 20hb okt..

Aku reply kt bos:
"Hoyeaaaahh!! Ok. Nak p dispense..hehe"

Then aku trus menuju ke OPD utk dispense..tanpa meneruskan keje yg perlu aku siapkan tu..
(aiyyoo..mau kejar itu..mau kejar ini..terpaksa lorh delay lagi..)

Tgh2 dispense tu, aku tpandang sorang pts tu dr jauh..
Pts ni die lelaki..tp cam lembut2 punye type..
Jalan lenggok kanan lenggok kiri punye..
Kalah aku..huh

Aku tgk, eh..rambut die dh panjang la..
Siap jalan lenggang lenggok smbil menggoyang2kan kepala lagi..
So rambut yg diikat tu godek2 goyang kanan kiri..

Aku pun lantas memanggil colleague yg berada di sebelah,
Aku: Hj, tu..tgk pts tu..rambut die dh panjang...hihi
(note: ni Hj mude ni..bkn pakcik2..)
Hj: Mane?
Aku: Tu..yg nak menuju ke toilet tu..tgk la..
(smbil aku cover2. Cakap x tgk hj tu..smbil tgk obat, nak tekan no smpat lagi tu..)
Hj: Ooo...hish ko ni.. dispense dulu iman..pagi2 lagi dh buat aktiviti ek..
Aku: Ngengggg!!! (huhu..maluuu!)
Tetibe Loh (another colleague) yg berada di seblah aku trus tergelak sbb aku di smash sebegitu..

(p/s: ceitt..Hj ni..kalau tak die yg slalu ngumpat dulu..die yg slalu suruh aku usha kalau ade pts pelik..skali pagi2 ni jd baik la plak..ingatkan aku ade geng..huh!! Pastu, actually pts tu, dulu die yg tunjuk dulu kat aku..huhu. Malu i! Tp aku pun gelak besar kena smash gitu. ceitt ko Hj! haha..)

Saturday, October 9, 2010

To SP with mama..

Hari ni..another kamikaze action..
Aku oncall hari ni..tp dgn brani matinye..
aku jalan2 ngn mama ke SP lps keje half day td.. (dah slalu buat..tp dh kene marah ngn bos..msh bdegil..huhu)

Time kilija..
smpat gi snap gmbr jap..
hr ni pts tak ramai, alhamdulillah..
siap blh tunggu pkl 1 smbil bc paper lg..
kalau tak, jgn nak harap dok relaks..pkl 3 br blk kot..


Before ke SP, singgah jap kt kedai basuh kete..
Dasat kete aku, dah lame tak basuh..
Ye la..sbb asik ujan je..sgtlah rugi duit kalo basuh..
malah, ia akan mengecewakan jugak bila tgk kete kotor blk dlm masa kurang 24jam..

Di SP:
Pegi makan..
Appoinment.
Then, makan lagi..malam br balik.

Smpai SP pkl 3.


Lunch kt sini.
'Q' Bistro.
Kat Tesco baru.
Tp owner die bkn Que Haidar rasenye. Ntah. tak sempat lak intebiu pekerja die td..

Podorono (Spagetthi bolognaise je..name kan main..tp aku suke sbb simple..tak byk smpah sgt..=) )
Air hebat! Banana Cappucino Ice Blended..yummy!!
Mama makan Mee Goreng Mamak je..gile byk die buat, x abis pun mama mkn.


Pastu, jenjalan jap mentara tunggu kul 4.30pm. ada appoinment kul 5..

Lps di'manja'kan, kami menuju ke Tesco lama plak..bsebelahan ngn tmpt kami dimanjakan td..
Sbb nak solat maghrib.
Lps solat..mama nak makan KFC.

Mama ngan Snack Plate (iye ke name ni? yg 2 ketul ayam tu..)
Aku ngn... HAPPY MEAL!!!
Behhoo..dpt mainan..
Actually sbb kuantiti die sikit..tu sbb aku suke order yg ni.. he

Lps makan, dlm pkl 9 kami blk..
kul 11 smpai rumah..
Pastu aku bk internet.
Smpai skarang (kul 1.20am) masih mengadap update blog..

Gilak kau!
Esok kilija lagi dowh!!

Mari kita tutup laptop dan tutup mata!!
(Bismikallahumma ahya wa amuut: Dgn nama Allah, aku hidup dan aku mati)

Tuesday, October 5, 2010

Atasi Trauma Pengkhianatan


Artikel ni ade dalam Jelita Oktober 2010..aku br je bc ni..kebetulan mengena plak..

Antara pointnya:

1. Percayalah, ini bukan salah anda.
- jangan salahkan diri sendiri atas kecurangan yg berlaku.
- ingatkan diri anda bahawa pasanganlah yg bertindak tidak adil pada komitmen san perasaan anda.
- hm, tetibe terasa nak cari buku After the Affair bu Jais Abrahams Spring.

2. Mengenali diri.
- belajar dari kesilapan lalu.
- perasaan sakit dilukai pasti memberi pengalaman dan dari perasaan inilah kita boleh belajar mendorong sensitiviti diri, empati, rasa menyayangi dan mbekalkan diri supaya tak terjebak lagi dalam phubungan seperti ini di masa hadapan.

3. Jalin hubungan baru apabila perasaan pulih.
- tidak perlu terburu-buru menjalin hubungan baru.
- kalau hati masih terluka, dan jalin hubungan baru..hubungan tsebut pasti akan terganggu
-sebaiknya pulihkan diri terlebih dahulu sehingga bersedia utk kembali memulakan hubungan baru.

4. Eksplorasi hubungan baru.
- jangan pilih ciri2 yang sama mcm pasangan dahulu
- mulai dgn mengenali perlbagai karektor pasangan sebelum mengambil keputusan utk membina komitmen bersamanya, selain mencari kualiti yg tiada pd pasangan sebelumnya.
- tanda hubungan sihat adalah lebih spontan dan bersikap terbuka antara satu sama lain.

5. Belajar membina kepercayaan.
- w/pun pengalaman dikhianati amat menyakitkan, tp anda perlu atasi perasaan ini dgn tidak mencurigai orang yg mendekati anda.
- sukar membina kembali kepercayaan kpd orang lain akan menyebabkan anda cenderung utk berperilaku tanpa alasan yg jelas.
- hubungan boleh terganggu jika tiada kepercayaan
- beri peluang kpd pasangan bahawa dia blh dipercayai, jangan bandingkan dgn bekas pasangan anda.


p/s: hmm...nasihat yg berguna..dan aku akan cuba lakukannya..thanks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...