Monday, December 27, 2010

Ok..last.last.. =)


Oooo..br tau. Sebenarnya bkn xblh upload >1 gmbr.. cuma td tu mgkn line x brapa nak ok.. Dah la gmbr2 besar gedabak. mana dia larat nk run.. Ok, ni last dh.. hehe=))
Published with Blogger-droid v1.6.5

Cobaan seterusnya..

Fuh..hok tadi berjaya..whee.. Mari coba lg masukkan gmbr dgn kuantiti melebihi 2..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Lagi cobaan..


Gmbar jamuan lagi..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Makan..makan..heyy.

Hari ni turn unit aku buat jamuan.. Farmasi terdiri dr 3 subunit.. pesakit luar, bekalan wad, n stor perubatan (ha..aku kt sini la..). Setiap bulan kami gilir2 buat jamuan..this month kene turn stor plak.. Lamenye aku x menulis , so hr ni sesaje nk share juadah yg kami sediakan.. Yurrrmmm...dapnyieeee =) P/s: alamak, xbley msk byk gmbr la plak..nnti coba lagi..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, December 21, 2010

Ada mimpi dak? ada mimpi dak?

Huhu..
Ni cerita time aku dispense ubat hari tu.

Ada suatu-suatu hari tu kan(ni gaya anak sedara aku bercerita), aku nk dispense ubat pada sorang patient lelaki ni.. umor around early 30 la..

Pts: Ada mimpi dak?

Aku: Ermm?? (lantas tgk nama ubat..'oo, PSY. ok' --> lantas menjawab) Ohh..mestila ada. (Sj nak melayan, kadang2 kelakar gk dorang ni).

Pts: Ada? (dia excited) mimpi apa? mimpi apa? Cerita la..cerita la..

Aku: (hah, siap. Pts ni nk cakap merapu ke ni?? mati aku..Tak boleh dilayan ni) Ok, ubat ni makan bla..bla..bla.. (explain ubat n cara makan).

Pts: Ala...ceritala, mimpi apa? mimpi apa? brapa? brapa? (bersungguh dia tanya)

Aku: (hishh, pts ni dah nk mula mengarut kot..brapa apa lak? takbley layan ni) Ok encik, dah habis na.. sy nak pgl org lain pulak ni (tanpa melayan soalan pts tersebut).

Pts: Alaa.. bgtau la.. (masih merayu)

Aku: (dah takut). Encik, bg lalu skit..sy nak bg ubat kt pts ni pulak (aku dh pgl next pts)

Pts: Alaa... (kecewa)

Dan pts tu berlalu keluar..

Aku bgtau kt kawan seblah,

Aku: Tau tak pts tu cakap apa?

C.Sue: Cakap apa?

Aku: Dia dok tanya bla..bla..bla.. (bc balik dialog kt atas, aku cerita mende tu la kt c.sue).

C.Sue: (gelak) La..hg tak tau lg ka? Dia mmg setiap kali amik ubat mesti tanya menda tu.. slalu dia tanya, "Mlm td mimpi no apa keluar?". Tak pun, "Smalam mimpi dak? no apa? no apa?"

Aku: Lahh, ya ka..Ya Allah..sy dok ingat dia nak cakap mende merapu2 sbb tanya pasal mimpi kan..huhu. Ni mesti gila sbb dok main no ekor la ni kan... na'uzubillah... haishhh...

C.Sue: huhu..ye la kot.

Patient tersebut org Melayu (kemungkinan besar, Muslim)... na'uzubillahi min zalik...

Pakcik..oo pakcik..bertaubat la pakcik ooo.. (sekadar gambar hiasan)

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Al Maa-idah (5) : 90].


Monday, December 20, 2010

Julie dah kaweenn!!! wheee... (turut gumbira..) =))


Dia cousin aku..
Cousin paling rapat la.. sama batch.
Skolah rendah same, kelas same (ceyh, sbb sekolah kg kan, mmg 1Darjah 1Kelas je.. -->tgk, dari dulu lg kami dah guna konsep 1Malaysia... hidup S.K.Bekuai!!! haha)


Pastu skolah menengah, mule2 masing2 skolah berasingan. Dia di Bota (SMKASAS), while aku dapat SRP Taayah@ Ipoh. Tapi disebabkan masing2 cengeng, tak boleh dipisahkan, maka kami berjaya ditukarkan ke sekolah yg sama iaitu SMKA Baling, di mana ianya lebih dekat dgn rumah, dan yg paling penting, kami bersama lagi.. (credit to my Mama.. mmg Mama ratu air mata.. adik aku pun berjaya ditukarkan atas usaha hebat mama.. hehe. Cayalah mama!!)

(itu mama sy yg hebat!! bersama adindanya (mak julie))

Kalau diikutkan, Julie mmg la mudah ditukarkan sbb antara SMKA jugak..tp aku dr sekolah negeri, sepatutnya tak boleh tukar masuk SMKA..tp rezeki kan Allah dah tulis..makanya, walaupun kalau nak diikutkan, aku takde harapan dpt tukar..tp kuasa Allah tiada siapa yg dapat menghalang..hehe. Alhamdulillah.


Masa masuk SMKAB, aku yg masuk dulu..lps 2 minggu br Julie masuk.. Before Julie masuk, kebetulan ade sorang bdk kelas aku pindah sekolah, so kelas aku ada kosong..maka Julie ditempatkan sekelas ngn aku.. what a coincidence.. =). Asrama tak yah nak cakap la..mmg la satu bilik. Dari F1, smpai F3..hehe

Lepas PMR, kami dapat tawaran ke sekolah yg sama lagi iaitu KISAS..
Haa..mula kt sini la kami berpisah sikit --> berpisah kelas. Tapi dorm still sama.. =)


Lepas SPM, sekali lagi, kami dapat matrikulasi yg sama ---> KMPP.
Tapi start kt KMPP, kami mula berasingan.. kali ni, kelas lain, bilik pun lain. Bukan setakat bilik lain, bangunan pun berasingan. Bukan bangunan sebelah2, tapi jarak 2 bangunan.. cafe pun tak sama.. sbb blok dia ada cafe lain. So jarang la jugak kami berjumpa.. Cuma time nak exam aku slalu gak lepas study bilik dia.. Tapi dah tak macam belangkas dah la start dr KMPP.. (eh, actually kt KISAS pun tak belangkas sgt dah..he)

Lepas matrik, kami mengambil haluan masing2.. Julie dapat Dentistry UKM, while aku dapat Pharmcy UM. Kali ni mmg berpisah sungguh dah la..
Tak sama U dah.. tapi kitorang tetap rapat la.. belajar2 la berpisah sama...hehe

(Eh..jumpe Murtadha plak.. tp tak terkejut sgt, sbb tau dia br je kahwin dgn kawan kami Ain (KISAS) cum coursemate Julie..kechiknye dunia ni..)

Lepas grad, aku keje kt BPFK, PJ. Julie belum grad sbb course dia 5 tahun (aku 4 tahun je..). Kadang2 aku p la melepak ngn dia jugak kt UKM KL.. Pastu, lepas Julie grad, dia phydo (sort of houseman) kt Klinik Pendang. Lepas tu, kan aku apply balik kampung, aku dapat Baling. Masa tu, Julie lebih kurang nak habis phydo la jugak.. Lps phydo, posting dibuat semula. Tup2 Julie dapat Baling jugak.. tp dia di Klinik Kupang dan aku pulak kt Klinik Kuala Ketil. Dan aku kemudian bertukar plak ke Hosp Baling. Still kami dalam daerah yg sama..



Nak katenye kat sini..haih, dari kecik smpai besar...asik2 tengok muka mu ja Julie..
hehe..

Sekarang, Julie dah kawen..
Mungkin nnti dia apply pindah ikut sang suami..dah tak skali dah.. =(
But anyway, I'm really2 happy for them.
Congrats cousin!!

=)

Hmm..bila kau post gmbr dan caption ni kt FB;

Fuh..mereka ini..kalau bab ngutuk aku, mmg HEBAT sekali!! huhu..


Wednesday, December 15, 2010

Game Over.

Love is a game.

Sometimes, because you cheated, it's game over.

No replay.

-RT

The Truth and The Lie



The Truth hurt, but it doesn't kill.

The Lie pleases, but it doesn't heal.


-RT




Tuesday, December 14, 2010

Nak makan ape niii????

Tadi tercarik2 idea nak masak ape utk dinner.. bohsan tu, tiap kali aku masak, yg aku tau.. Sambal tumis, masak kicap, goreng.. Gila tekak pun nak buat demonstrasi ni kalau tiap kali makan itu je..

Oh..tapi aku tak la rajin masak sangat.. slalu mama yg masak.. tu sbb bile nak masak, rase cam.."aiisshhh...nak masak ape niiii???". Kalau tanye dorang nk makan ape, pasti di jawab, "masak je ape2..kami makan je.." . Aduss..jawapan ni yg aku plg tak besh nak dengar.. Dorang rasa itu memudahkan aku membuat pilihan, padahal itu la jawapan yang paling menyukarkan sbb aku tak tau nak masak ape lagi selian yg dinyatakan di atas.. aku pun bosan nak makan mskn tu lagi..huhu.

So, ptg td aku buka ini website.

Aku suke tau lawat kt situ utk cari resepi.. Dan aku sgt tak suke tgk resepi dalam buku.. Tak semua yg jujur.. Dorang bkn bg resepi yg betul sgt pun.. Selalu je bg bahan2 basic je.. Padahal nmpak hasil die cam lebih menarik je dr bahan2 yg disenaraikan. Tak shuke la gitu! Baik cari internet, dan bkn yg commercial punye website..

Kat MyResipi ni, macam2 juadah ade.. pilih je, nak cari kek, desert, kuih, lauk, ayam, daging, udang, etc..dan yg best nye sbb dorang letak gmbr hasilnya skali. Bkn sekadar tu, kalau ade org yg mencuba resipi tersebut, org yg mencuba pun akan share skali hasil dorang.. skali ngn gmbr.. kadang2 kalau dorang alter resepi, dorang akn btau jugak apa yg ditambah, apa yg dikurangkan..utk share dgn pembaca..pastu, 'owner resipi' akan turut comment kt hasil2 cubaan org lain..menarik kan? dari situ la kite belajar skill2 memasak (ceyyy..cakap bagaii..macam dah byk skill sgt dh la tu hasil mengusha kt website ni...hehe. Tak lah, jarang jgk buka. tp kalau nak cari resepi, aku prefer sini =) )

So, utk memilih resepi yg menarik, aku akan lihat pd kriteria2 ini:
1. Hasil owner resipi msti nmpk menarik di pandangan mataku.
2. Ada beberapa cubaan telah dilakukan oleh beberapa pembaca.
3. Hasil cubaan yg dibuat juga menarik di pandangan mataku (wpun tak jadi seropa sebijik mcm yg owner buat).
4. Kalau takde org lain mencuba pun, asalkan resipi dia aku nampak menarik, bahan mudah dicari, tak renyah sgt cara penyediaan, dan ada harapan utk ianya menjadi seperti yg digambarkan, maka resipi itu akan masuk dlm list aku.

Ok, back to the point.

Setelah mencari2 berdasarkan kriteria di atas, maka aku membuat 2 pilihan resepi:

1) Sotong Bakar Bersambal

(pedas ye..)

2) Udang Supreme

(Ini pun pedas juga...hehe. Sian perut..)


Disebabkan kedua2 lauk adalah pedas, maka kita memerlukan pencuci mulut yg menyejukkan bg menurunkan semula suhu dalam badan (teori tak hengat punye..bantai je ni..hehe).


Ussshhh...beshnye dapat makan acekelimmm!!!

=)

Sunday, December 5, 2010

Apa ada pada HARI JUMAAT??



Aku amik mende ni dr blog Hafiz Harun.

Pada yang belum tau apa kelebihan hari jumaat, bace..bace..

*************************************************

Hari Jumaat, Hari Mulia

Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Shahih, Abu Dawud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)


Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, dishahihkan oleh al-Albani)

p/s: diambil dr facebook Mohd Masri Ramli

*****************************************************

Ehhh, rupenye die pun kopipes..

Hehee...

=)

Saturday, December 4, 2010

Saya Syarifah Syahira. Oh, saya Syarifah Aini..

Tadi, selepas dispense methadone..aku menuju ke rumah kak ra.

Kak ra ni roomate aku masa kt Vista Angkasa. Die ex-UM jugak. Tp time km kenal, die dh keje, dan aku time tu final year. Lps aku grad, aku blk kg la mentara tunggu posting. So dah tak tinggal vista la. Walaupun kami dah berpisah, tp kami still keep in touch. Bile aku turun KL, kadang2 kami akan berjumpa la.

Esok adalah hari perkahwinan kak ra. Kampung kak ra kt sungai petani. Aku tak dapat attend esok sebab aku keje (on call), so aku pergi hr ni la jmpe die.

With Kak Ra

Kt rumah kak ra, jmpe kawan baru. Die kawan kak ra..schoolmate ms sekolah rendah. Namanya Syarifah Syahira.. panggil Sherry. Aku pgl kak sherry la..
Hebat bercerita kak sherry ni. Die kerja cikgu sekolah rendah. Mengajar darjah 2 ngn 6 kot. Macam2 cerita die keluar td, esp kepeningan die dgn students. Die mengajar sekolah rendah.

Antaranya:

CERITA 1:
Time lapor diri, berkenalan dgn cikgu2 kt situ.

SS: Hai..sy Syarifah Syahira.
SA: Oh..yeke..saya Syarifah Aini.
SS: Aiii...gurau nampak.
SA: Eh..betul la.. mmg nama saya Syarifah Aini.
SS: Oh..ya ka..ingat perli nama saya..haha

Note: Hebat skolah tu..chekgu aci semua nama artis punyaa...

CERITA 2:
SS: Okay murid2.. hari ni cikgu nak buat bancian.
Murid: Cikgu...bancian tu apa?
SS: Em..bancian tu...undi. Cikgu nak tau, berapa ramai antara kamu yg datang sekolah naik bas.
Murid1: Cikgu..saya datang naik bas, balik naik kereta..macam mana?
SS: ermm..kita kira macam ni.. cikgu nak tau yang datang saja. Balik tak kira.
Murid2: Cikgu..saya datang naik bas..balik pun naik bas.. pastu macam mana???
SS: (Pening..haiiii...itu pun nak tanya...sajaaa ja budak2 ni...stresss)

CERITA 3:
Time mengajar kelas Sains..ade topik microorganisma. nak masuk topik AIDS (sbb virus pun dlm microbs jugak).

SS: Okay murid2 semua...hari ni kita akan belajar pasal AIDS.. tau tak ape itu AIDS???
Murid: AEDEEEEESSSSSSSSSSS.... (komfiden ye)
SS: (Adoiiiiiiiii...) Bukan.. AEDES tujnama nyamuk. Kalau kene gigit dgn nyamuk Aedes, dapat demam denggi. Kalau AIDS tu, ia sejenis jangkitan darah.
Murid: Jangkitan darah? Macamana dia berjangkit cikgu?
SS: (Pening nk eksplain). Mcm ni, contohnya cikgu ada AIDS, pastu tgn cikgu luka. Tangan kamu pun luka jugak..Bila darah cikgu terkena luka kamu, maka darah akan bercampur dan mengakibatkan AIDS berjangkit pada kamu.
Murid: OOooo..macam tu je ke cikgu?
SS: Contoh lain AIDS boleh berjangkit, melalui seks rambang.
Murid: Cikgu..seks rambang tu macamana cikgu??
SS: (pening pikir contoh yg sesuai..argghhhh. Semua bende tak tau.)

CERITA 4:
SS: Okay murid2..mari kita kira duit..mula dari sepuluh sen.
Murid: Seplo sen, dua plosen, tiga plosen, empat plosen, lima plosen, enam plosen, tujuh plosen, lapan plosen, sembilan plosen, seploh ringgit!!
SS: Arrrkkkksss? Lepas sembilan puluh sen brape??
Murid: SEPLOH RINGGGITTTTTT (konfiden)

Lagi SS cerita.
Akak pernah jugak la xde2 keje tolong mjual kt kantin.. ade budak2 ni, beli makanan terus blah gitu je..tak ambil duit balance.. akak panggil balik, "eh..eh..kenapa pergi terus..taknak duit baki ke??" Murid tu jawab, "erkk...ade baki ke..tak tau..hehe" Diorang tak pandai kire..adoiyyy.. akak pening ni camner nk start mengajar diorang dr mula..byk yg tak pandai budak2 ni...

With Kak Sherry n Kak Ifa

SS cakap kt kami, "akak sampai dah pening..tiap hari dok fikir.. apalah masalah budak2 skarang ni?? bebai. padahal depa lagi terdedah dgn macam2 sekarang ni..tp satu haprak pun tak tau.. internet ada, dok berkapel segala.. English tak reti, padahal depa yg selalu dok dengar Justin bibeir la..ape2 la lagi..pening.

Huhu..kesian aku dengar.

Friday, December 3, 2010

Semangat methadone!

(Gambar sangat tiada kena mengena dgn cerita)


Semalam 2hb.

Time di ofis, time tgk jadual on call, tetibe tergerak utk tgk jadual methadone.
"Hah?? esok aku punye turn???"

3hb.

Aku terjage lewat. Pkl 8.30 sepatutnya aku bertolak dr rumah (sbb perjalanan almost sejam la utk ke KK Kuala Ketil tu). Start dispense pukul 9.30. Memandangkan aku bgn lewat, maka aku bersiap ala kadar je la.. cincai gitu..mandi ala p ramlee (calit air buang taik mata ja)..tepung bedak kt muka sket. siap. (tipu la sgt..aku mandi okay.. dgn tenang skali..). 9.00am br bertolak dr rmh.

10.00am (lambat 30min tu..kdg2 pts mengamuk jugak kalau kite dtg lmbat..huh, byk songeh kau!)

Sesampainya aku ke dalam pagar KK Kuala Ketil (KKKK),
"Aikk?? nape nmpak cam kete tini je?"

Sahh...aku msti silap tarikh niiii....
Adusss..

Masuk bilik dispense, tgk tinie tgh dispense..

"Ayarrkkksss...Iman salah tarikh ke?
Nape dalam jadual iman tgk smalam, Iman dispense rini?"

Tini: "Haihhh...Iman ni..mesti tgk jadual lama.. Dah keluar jadual baru la..
Iman punye turn utk tahun ni dah habis..hishh. Terkejut tinie tgk iman datang..ingatkan isteri patient..huhu"

(Hoiii..apedshal tangkap gmbar shaye tgh pakek seluar?? dush tendang dia!!)
(Selingan. Ok. Sambung.)

Trus msg Chee Hau (sbb beriye aku dok iklan kt status kate aku dispense methadone rini.)

"Chee hau, ade 1 cerita sedih.. i datang nak dispense methadone hr ni..dah tiba tgk2 tinie tgh dispense.. i simpan jadual lama daaa...huhu"

CH reply dgn kejam skali:
"Kesian u! Malang then terjumpa muka masam pulak. Lagi malang. Haha. faster pick some flower then bath. Tmrrw my turn, don't rebut. "
note: Chee hau mmg tak ngam ngn tinie..tu yg keluar ayat kejam tu..hishhh..tak paham apa mslh depa ni..tp gado2 manja ja tu..

Walaupun silap date, tp aku nak tunggu gak tinie habis dispense..dah alang2 smpai, takkan nak patah balik kot..
So, tunggu la smpai tinie habis, then ajak die sarap bersama.. pekena roti chanai satu! (satu je..).
(Wa mmg talak paham apa pasai ini olang perlu letak jugak gambar wa kt post dia ni..sudah mengong ini olang wooo -->smbil pandang sinis)



Tuesday, November 30, 2010

Which one is better???

Jus tumbikai laici atau LIWITA honey??
(cut.cut. merapu..ni bc yg bawah)


WHICH ONE IS BETTER?

Single and happy

OR

in a relationship but suffered?

Okay, I know u're smart enough to think about that.

-retweet.

.Budak smart.
(aku cakap bdk kt blakang tu..)




Monday, November 29, 2010

Opss..silap kereta..sorry incik.. heee (Geng Beg Ija)

Whoopp..whoopp..
Bukan aku yg silap..
Org lain la.

Mama.


Cute tak my mama?
CUTEEEE!!! (ade suara jawab)


Kami pegi kedai. Mama masuk kedai tu. Kami tunggu dlm kereta tepi kedai.
Then nmpk mama keluar.
"Eh..nape mama menuju kereta lain?"
Ingatkan kawan mama ke ape.. nmpak mama dok ketuk2 cermin kereta tu..
Ifan kate, "hah..mama silap kereta pa..?" Terus ifan hon sket..
Then mama tengok.. pastu mama gelak n datang kt kami.

"Laaa...silap kereta. Mama ingat kereta tu..Patut dok ketuk2 tak buka.. Tak pakai spek, tak perasan.. Nasib baik tak de org dlm kereta tu..". Mama cerita panjang..kami gelak besar la..

Sebnarnye,
Tulis cerita ni kt sini sbb teringat balik kisah "Budak Beg Ija".

Suatu hari yg damai 3 tahun yg lepas (aku rase la..)
Tatkala Gie, Wafa n Iman nak ke IIS.
Mereka naik kereta Gie (Myvi BDJ tu..)

Wafa mohon Gie stop kt CIMB UM.. (kami mmg bertolak dr UM).
Sementara Wafa cocok uwang, Iman dan Gie hebat bersembang ketawa hu ha hu ha dlm kereta..

Lama mereka tunggu, Wafa belum datang2..
Tak lame lepas tu, Wafa tiba.. lalu masuk kereta dgn tergelak..
"Eiii..malunye..korang tau tak ape yg berlaku??"

Si Iman mcm dah bajet ape yg berlaku..
"Wafa ni silap kereta la tu.."

Wafa, "Huuuuuu...malu. Kan Gie jarang bw kereta ni.." "Wafa pegi buka kereta org belakang tu.. Sama warna.."

Mereka, "Hah?? Siap dah buka kereta ke? Ade org tak?"

Wafa, "Ade.. Wafa buka pintu belakang n cakap, 'sorryyy..lambat sket'.. pastu org laki tu pandang blakang.. Wafa br prasan dah salah kereta"

Mereka, "Pastu?? Org tu kata apa??"

Wafa, "Tak tau..Wafa sedar salah kereta, terus tutup pintu tak kate ape..pastu lari ke sini.."

Mereka, "HAHAHAHAHAHAAAAA.....Wafa..Wafa.. at least cakap la sorry ke hape.. adoiii..."


Wafa..anda mmg kelakar secara tak sengaja..
(huhu..rugi la wafa tak dpt bace post ni..die belum berjaya menembusi tembok lagi ni..)
Tp kalau aku gelakkan wafa, muke aku lebih huduh dari kt atas tu.

MODE: Rindu semua sahabat (tak tersebut namanya.ramai) suka ria, gelak tawa, berkongsi ilmu, laser pd aku (hat ni exclusive utk gie ;p)...

Pasepottt!!

Wheettt...wheett..

Aku teruja hari ini..
Sebab:

1. Aku amik day off hari ni (tp still pg ofis. Cuma aku nk buat kerja tnpa gangguan luar. Bunyik phone aku mintak staff angkat ckp aku xde). Aku dapat rehat yg secukupnya be4 pergi ke ofis hr ni (sbb dpt pegi lewat =) ).

2. Aku pegi buat passport hr ni.. wheehaaa.. =)
yg excited tu, sbb dah lame plan, asik tak jadi je..
hr ni br jadi kenyataan.

Jrennngggg..
Hanya 1jam dah siap (ni aku tulis blk iklan kt banner die..lupe nk snap gmbr)


Nanti ko kate aku bgaye ngn passport org lak.. ;p


Buat kt mane?
PENGKALAN HULU la..
ingat cikai?
boleh wat passport tu..
(ayat jakun gile..sila biarkan minah ni dgn dunia dia..)

Lepas siap passport, lunch dgn family..then aku bergegas ke ofis.. dh pkl 2.30..
Lari pi, lari mai buat keje.. kul 6.30 br balik.. perut lapo giles..
Then mama ajak beli barang rumah..
Aku lapo banget ni..
Lepas maghrib br kami keluar beli barang..
Aku cakap kt mama, 'mama, jom makan luar la..tak tahan lapar dh ni..teringin chicken chop'.
Mama ON je..

Dan di kedai..
Aku mengkedarah juadah ni..


Chicken Chop (small size je ye..)

Nasi goreng kampung
(tp aku mkn separuh je..share ngn mama..ayat mesti mau ada ciri2 'cover' punya..)


Aku happy.
(bukan senyuman sebenar)

Dah. Abaikan dia.

So, skarang ko btau aku..
camner la nilai cholesterol nak menurun??
huhu..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...